05.05.2011, Khamis - Pagi tadi sampai jer ke KTM Rawang train ke Bangi jam 07:00hrs ada dilandasan dan Syah serta rombongan yang sama bas berlari mengejar komuter tu tetapi sebelum masuk ke landasan train sudah jalan. Adoii buat sakit lutut Syah jer berlari. Heheheh ...........padan mukan kan? Lepas tu ada pula announce komuter Rawang - KL dari Serendah akan sampai di Platform 2. Semua orang bergesas naik jejantas untuk ke platform 2 dan Syah gagahkan jugalah naik tangga tu tetapi kena pelan-pelan, slow and steady kalau tak lutut akan rasa sakit. Adalah 10 minit baru train sampai dan untung Syah dapat duduk dibelakang sekali dan dapat seat dua-dua.
Dalam komuter Syah sempat menyemak catatan mengenai Sultan Tengah yang Syah sedang siapkan untuk blog ini. Perlu beberapa semakan baru boleh dimasukkan dalam blog jika tidak nanti para pengkritik AF yang membacanya nanti akan marah kalau salah tolis. Siapa yang kena, Syah jugak nanti kan? Hehehehe tetapi learn from the mistake tu lebih baik dari tak buat silap langsung kerana nanti perasan bagus lak diri kita kan? Thanks kepada semua yang memberi pendapat dalam entry Syah dan terima kasih juga kepada yang sudi membaca tengkusyah.blogspot.com. Sayang you all semua.
Sampai office hampir 08:30hrs dan Syah cepat-cepat uruskan Direct AP Payment yang boss dah sign untuk dihantar ke TM Annexe 2 dan Syah juga ada fisio dibangunan yang sama pagi tadi. Lunch nie Syah tak kemanapun dan rasa letih pula dan tertidur sekejap dalam 10 mini, mungkin puasa agaknya. Ok lah, sehingga berjumpa lagi dilain Entry dan Syah nak sambung kerja semula.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.