Tuanku Sultan Muhammad Ke-V Sewaktu Sidang Akhbar Semalam di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan - Gambar dari Bernama.
05.05.2011, Khamis - Berita baik untuk rakyat Kelantan khusunya dan Malaysia amnya kerana hari ini Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Petang semalam telah diadakan satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian bagi mengemumkan pelancaran Yayasan Kelantan di Kuala Lumpur yang akan diadakan pada hari Sabtu ini. Ada pertanyaan dari wartawan bila baginda mahu berkahwin dan sambil tersenyum Tuanku menjawab Insyallah Saya Berdoa, InsyAllah Tuhan Akan Makbul. Jadi Saya Fikir InsyAllah Dengan Berkat Doa Tok Guru, Datuk-Datuk, Sahabat-Sahabat, Insyallah Berjaya.
Baginda yang berumur 42 tahun memang membahasakan diri baginda sebagai SAYA atau KITA semasa bertitah. Walau bagaimanapun baginda tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkahwinan ini. Sebelum ini baginda pernah berkahwinan dengan Tengku Zubaidah bt Tengku Norudin yang merupakan seorang wanita warga Thailand dari keturunan sebelah Bonda baginda, YMM Raja Perempuan Tengku Anis. Walau bagaimanapun baginda tidak dikurniakan dengan sebarang zuriat dari perkahwinan tersebut.
Sama-samalah kita menunggu dengan sabar pengumuman dari pihak Istana Kelantan berhubung perkahwinan baginda ini dan marilah kita berdoa agar perkara baik ini dipercepatkan kerana gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan masih lagi kosong. Tuan punya blog bila lagi lah agaknya.... Doa-Doakan Lah Juga Yer...............
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.