KDYTM Tengku Puan Pahang begitu berminat melihat kek berukiran Naga - Gambar dari Bernama
03.04.2011, Ahad - Hari ini KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenaan menghadiri Majlis Penutup Cabaran IKIP Culinaire 2011 yang diadakan di Kuantan, Pahang. Dalam cabaran ini seramai 234 peserta mengambil bahagian yang terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta Industri Perhotelan. Pertandingan yang diadakan selama tiga hari ini adalah anjuran IKIP Advance Skills Center adalah bertujuan untuk menguji kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pelatih yang mengikuti kursus perhotelan. Cabaran ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Perintis dan Terbuka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.