04.04.2011, Isnin - Hari nie semuanya lambat tetapi sempat, nak tau ceritanya begini .............. Syah bangun tidur jam 05:15hrs dan buat aktiviti macam biasa. Keluar rumah 10minit sebelum 06:30hrs. Bas lambat pula hari ini, ingatkan pemandu biasa tu cuti tapi dia yang bawa bas tu. Sampai KTM approx 07:10hrs train dah lepas dan terpaksa tunggu next train.
Lagi lambat sebab beri laluan kepada Train ETS dari Ipoh ke KL Sentral. Dalam train ok jer sehinggalah sampai Stesyen Sungai Buluh dan seterusnya orang mula ramai dan berhimpit-himpit dengan berbagai kerenah dan ada yang marah-marah dan meninggikan suara kerana train penuh tetapi ditolak oleh orang yang hendak masuk. Sampai di KL Sentral lebih kurang jam 08:15hrs tetapi terpaksa beratur panjang untuk keluar menggunakan Touch & Go.
Keluar jer KTM terus ke LRT Station. Sampai di track LRT ada announcement train bergerak agak perlahan dan berhenti lama di setiap stesyen kerana ada masalah teknikal. Alamak ..........lambatlah jawabnya tetapi Shukur Alhamdulillah dapat juga masuk LRT. Sampai office orang sudah mula baca doa, maknanya sudah jam 08:30hrs dan Sepat juga Syah sampai tetapi mungin lewat dua atau tiga minit sahaja. Itulah yang Syah maksudkan Semuannya Lambat Tapi Sempat - Sempat juga sampai office on the dot walaupun dotnya tu tersasar seminit dua jer.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.