Thursday, March 3, 2011

Sempat kejar Bas 07:30hrs

03.03.2011, Khamis - Hari ini Syah baik ke Rawang Residence dengan bas Metro. Jam 18:05hrs bas bertolak dan sampai Rawang jam 19:20hrs dan cepat-cepat Syah berjalan untuk kejar bas ke Rawang Residennce yang kebiasaannya bertolak jam 19:00hrs. Banyak bas tapi tak nampak bas ke Kuala Garing, rupa-rupanya ada dibelakang sekali dan Shukur alhamdulillah bas ada lagi dan Syah ingatkan tadi bas dah jalan. Biasalah kalau dah lambat berdirilah jawapnya. Syah sampai sudah Maghrib.

Sampai rumah terus Syah minum untuk buka puasa dan kemudiannya solat. Lepas Solat Syah ke Pasar Malam dan beli Taufo Fa, Laksa dan Kuaci. Sampai rumah Syah keluarkan Sayur Campur dan Tempe Berlada yang Syah beli di office tadi untuk berbuka puasa. Minuman pula Soyabean Less Sugar. Kenyang betul sebab meriah buka puasa hari ini. Sekarang jam 00:05hrs dan Syah sudah bersiap-siap untuk tidur. Selamat malam semua semuga dibuai minpi-mimpi yang indah di Malam Jumaat yang damai ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.