04.03.2011, Jumaat - Asik Nak Terlepas jer Pagi Nie................. Hey jangan salah anggap, bukan KENTUT tau tapi Komuter dan LRT. Pagi tadi Syah sampai KTM jam 07:00hrs dan cepat-cepat berlari dan beli ticket coz Touch & Go Syah hilang. Terus masuk dan bila tiba kat pintu Komuter, tiba-tiba pintunya tertutup dan tak dapat masuk. So buat-buat ketawa jer lah bagi menghilangkan malu dok orang tengok. Train seterusnya jam 07:15hrs dan Syah sampai KL Sentral jam 08:10hrs dan ada problem lagi satu. Tak tahu mengapa hanya dua entrance gate untuk masuk menggunakan tiket dibuka dan yang lainnya tutup. Mak aiiii.......... beratur panjang lah jawabnya nak masuk stesyen. Sampai jer ke landasan ada LRT dan Syah berlari-lari untuk masuk dan tiba-tiba pintu tertutup dan orang-orang kat dalam tue senyum kambing jer kat Syah. Alamak dua kali terlepas naik pengangkutan awam pagi nie. Tak tahu mengapa mungkin kebetulan jer agaknya. Sampai office Syah ke TM Annexe untuk menghantar dokumen bayaran dan dalam lif terjumpa anggota dari GEMS Careline dan dia tegur Syah, katannya kawan-kawan dia suka baca blog Syah. Alamak terharunya and by the way kepada semua pembaca blog Syah yang dikasihi semua terima kasih atas sokongan anda terutamanya anggota-anggota cun di GEMS Careline.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.