Sampai rumah Syah lihat jentolak jiran Syah, Chong makin banyak. Asalnya dua sekarang empat dan dia parking depan rumah termasuk rumah orang. Jentolak yang baru tu sebelum nie dia parking kat belakang rumah tapi hari nie Syah tengok ada kat depan seberang jalan rumah jiran Syah yang kosong tu. Masa Syah balik Chong ada depan rumah dia dan Syah kata banyak sekarang jentolak you. Dia inform itu abangnya punya. Syah cakap dengan penuh diplomasi dengan dia " Chong kalau parking jentolak jangan parking depan rumah saya tapi kalau nak letak belakang rumah saya tak kisah". Dia kata Ya dan mengganguk tanda faham.
Rumah Syah nie rumah depan dan tak ada rumah lain lagi. Hadapan rumah kami ada longkang besar, jadi kami ada ruangan sedikit depan rumah. Jiran Syah nie dan adiknya yang duduk lat satu rumah dari rumah dia ada jentolak. Mereka letak didepan rumah masing-masing. Dari dua jadi tiga dan dari tiga jadi empat. Adik beradiknya punya jentolak pun parking kat area kawasan rumah kami kerana banyak tempat kosong walhal rumah mereka di taman yang lain. Tapi Chong faham yang Syah tak suka mereka parking depan rumah Syah dan minta-minta mereka faham sampai bila-bila. Bukan apa Syah tak mahu depan rumah rosak dan nampak bersepah. kalau letak kereta, Syah tak kisah. Mereka seolah-olah ambil kesempatan parking depan rumah orang dan rumah yang mereka parking tu kebanyakannya penyewa.
Dalam bas tadi makan kuaci dan red bean bun. Sampai Rawang tadi ingatkan hendak beli mee goreng tapi takut tak sempat bas datang caoz 20:30hrs adalah last bus ke Rawang Residence. Untuk dinner malas nak masak dan Syah makan lebihan red bean bun dan buat horlic O dengan Oat. Perut rasa kenyang pula. Mungkin malam sedikit nak makan Dragon fruit, itupun jika perut rasa lapar. Sekarang jam 21:43hrs dan Syah hendak mandi dan solat. Jumpa lagi dilain entry.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.