Dalam bas menuju ke KL hari pun hujan lebat dan tempat duduk Syah bocor sedikit adalah terkena setitik dua air tapi consider ok lah tu bukannya air mencurah-curah masuk. Pernah sekali Syah naik bas dan memang banyak air masuk sampai passanger terpaksa berdiri dok takut dibasahi air hujan dalam bas. Lawakkan tetapi itulah hakikatnya yang kita hadapi apabila menggunakan public transport.
Sampai KL hujan lebat gila dan Syah terpaksa redah kalau tidak lagi lambatlah jawabnya. Syah naik LRT Central market dalam keadaan basah kuyup. Tapi apa boleh buat jalan saja lah labu............. Tenghari tadi sebelum ke Kelab Nutrisi, Syah ke KL Sentral untuk cuci dan gunting rambut kerana tak selesa terkena hujan tadi. Ingatkan hendak gunting di Plaza Pantai tetapi ada kedai tu semalam Syah datang dan dia inform ada orang booking gunting rambut waktu lunch dan hari nie bila Syah datang kedai dia buka tapi dia pula tak ada. Lama Syah tunggu so buat decision ke KL Sentral jer. Perniagaan tu orang melayu punya, ingatkan nak supportlah business dia tapi ada sahaja masalahnya so terpaksalah buat pilihan yang lain.
Balik dari Kelab Nutrisi Syah singgah sekejap di HP Fair yang diadakan di ground floor Menara TM dan beli USB 3-button optical mouse (mini) dengan harga 25.00 dan harga asal RM45.00 untuk netbook Syah. Memang dah lama cari benda nie dan terlanjur ada offer terus Syah beli. By the way produk yang Syah minum di Kelab Nutrisi yang mereka istilahkan sebagai makanan abat ke-21 tu rupa-rupanya Produk Herbal Life.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.