Arip sedang sibuk menyediakan menu untuk dinner malam ini di Azrin Residence
03.04.2011, Ahad - Sekarang jam 12:23hrs dan Syah belum mengantuk lagi. Jam 22:00hrs tadi Syah ke Azrin Residence kerana dia invite Syah untuk dinner. Lepas Maghrib tadi Azrin, Arip dan Syah ke Pasaraya Giant untuk beli keperluan dapur. On the way ke Giant, Arip tanya Syah makan Spaghetti tak? dan Syah kata makan. Mereka hendak masak spaghetti malam nie. Di Giant Syah beli Mineral Water, Susu Kolestrol, Soya Bean, Spray Nyamuk dan Green Apple serta makanan ringan, Semuannya RM106.00. Syah sempat beli tiga aic cream cornetto, Cashier India tu kata RM3.00 dan bila Syah bayar Syah lihat ada ballance RM0.05 dan Syah kata mana ballance.
Sambil ketawa dia kata mengapa tak minta tadi, pelik Syah balance kena minta ker dan dia kata mesin dah tutup dan kalau hendak balance tu kena tunggu orang lain beli ice cream baru boleh buka. Malas nak layan dan Syah kata its ok, Syah tak marah tapi kalau seorang ada balance RM0.05 kalau 1 hari berapa agaknya untuk atas angin yang Giant dapat, tapi rasanya itu cashier tu punya hal bukan Giant kot? Disebabkan hari Sabtu tak ada plastic bag Syah kata bagilah plastik percuma dan dia kata tak boleh sebab ada camera. Habis yang dia tak pulangkan balance customer tak ingat pula ada camera. Heheheheh.............. Giant kena pantau perkara-perkara seperti ini. Selepas hantar Syah dan Ael balik, Arip call Azrin inform tomato paste dia lupa beli lalu Azrin ke kedai belakang rumah Syah untuk beli bahan tu. Sampai rumah Syah solat Insyak dan konsert AF dah bermula pun. .......... Syah sedang berurut dengan mesin urut Ogawa sambil bersantai di Rumah Azrin ........
Bila hidangan sudah siap, Azrin call Syah dan waktu itu sedang busy menonton Konsert AF. Arip masak Spagetthi, Puding Roti dan Goreng Nuget siap ada Meat Ball yang dia buat sendiri. Memang sedap Arip masak sebab dia pun dulu pernah ambil course dalam bidang nie so memanglah expert memasak ala-ala professional chef. Lepas makan Syah lepak-lepak sekejap di rumah Azrin. Bak dan Kak Cik ke rumah Firdaus. Azrin suruh Syah cuba mesin urut Ogawa mereka dan Syahpun gunalah mesin tu sambil menonton TV. Mula-mula memang sakit badan dibuatnya tetapi lepas tu rasa sedap plak. hehehehe.............. . Sebelum balik mereka siap Taw Powkan sekali makanan tu dan beri Syah empat ice cream cornetto kerana katannya stock tu banyak dalam peti sejuk mereka dan tak ada orang nak makan sangat. By the way thanx Azrin dan Arip kerana invite Syah dinner malam nie. Really appreciate It.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.