03.04.2011, Ahad - Pagi nie Syah bangun terlewat dam pagi tadi Syah mimpi macam Syah dan Muss naik bas. Tiba-tiba pintu belakang bas terbuka dan Syah minta Muss bertukar ke seat hadapan walaupun Muss macam nak tutup pintu tu tapi macam Syah tak bagi dan suruh dia bergerak ke seat hadapan. Lepas tu Syah rasa bas macam condong tapi bas tu tak jatuh tetapi Syah yang jatuh dan ada macam dokumen penting Syah masuk longkang dan basah tetapi Syah dapat sambar dokumen tu dari hilang. Syah terus cari paip air dan basuh dokumen tu dan Syah kata Shukur tak rosak dan dalam bas kering lah nanti. Masa nak menuju ke bas semula melalui jalan sempit macam ada orang badan besar dari arah bertentangan tetapi Syah dapat keluar juga dari tempat tu dan dapat naik bas semula.
Bangkai anak biawak
Lepas mandi Saja Syah buka pintu belakang dan lihat kucing yang biasa tu ada diluar pagar dengan beberapa ekor kucing lain. Yang tak best nya tu dia berak kat belakang rumah plak tapi bukan dalam kompaun Syah lah. Syah lihat ada kotak McD kat belakang tempat jiran Syah selalu bakar daun-daun pokok mempelamnya. Takkan dia nak jadikan tempat tu tempat buang sampah kot. Mungkin ada orang lalu dan campak kotak tu tapi tak tahulah kan? Tiba-tiba Syah nampak ada bangkai anak biawak yang sudah mati kat sinki belakang rumah Syah. Adalah 6 ke 7 inci panjangnya tak termasuk ekornya.
Syah sebenarnya geli dengan benda-benda macam nie tetapi disebabkan kita stay seorang semua beda Syah kena buat sendiri samada suka atau tidak. Elok juga sebab akan jadikan kita lebih cekal dan berdikari dan tak mengharapkan pertolongan orang lain dalam semua hal. Berbalik kepada cerita anak biawak tu, tahulah macam mana boleh ada samada kucing putih jantan tu bawa masuk atau dia yang bunuh biawak tu kerana masak dalam kompaun belakang rumah Syah. Lalu Syah buang keluar menggunakan kayu dan bila Syah simpan kayu tu tangan Syah entah macam mana tercucuk selumbar kayu tu.
Jadi Dr Tak Bertauliah dengan peralatan Itew
Alamak ................... pagi-pagi lagi dah kena. So Syah ambil nail cutter tapi tak boleh keluar. Lalu Syah keluarkan Set Perapi Diri Clinique yang dalamnya ada berbagai alat untuk cabut bulu, bersihkan kuku, cungkil blackhead dal lain-lain. Syah dapat percuma sebagai pelanggan Clinique KL Pavillion, Jadi doktor plak hari ini. Dalam juga selumbar tu masuk dan Syah cuba dengan beberapa peralatan tapi tak keluar juga sampai naik fedup rasanya. Tapi Syah terus cungkil hingga berdarah tapi dia patah separuh dan ada balance lagi. Syah ketip daging yang ada selumbar tu dan akhirnya dapat keluarkan balance tu dengan penyepit janggut. Selepas Syah cuci darahnya baru Syah ambil air sembahyang untuk solat Subuh (Qada) sebab sudah jam 07:20hrs.
Sekarang jam 09:52hrs dan Syah makan Puding Roti yang Arip bagi untuk alas perut kerana hendak makan ubat. Tak tahu apa nak buat hari ini dan ada masanya boring juga lama duduk dirumah since Isnin lepas kerana Syah MC. Minggu lepas Syah kerja satu hari sahaja. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry................. Syah ucapkan agar anda semua memanfaatkan cuti hari minggu ini untuk bersama-sama keluarga dan orang yang tersayang. FAMILY BONDING Yo...........
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.