09.02.2011, Rabu - hari ini Syah cuti dan selepas cuci pakaian, Syah keluar rumah lebih kurang jam 09:40hrs untuk tunggu bas ke KTM Rawang. Sedang tunggu bas ada orang panggil, nak ke Rawang ker dan Syah kata ok. Ingatkan dia nak tumpangkan Syah, rupa-rupannya kereta sapu. Kalau ikut harga teksi sapu, dari pekan Rawang ke Rawang Residence Syah dia caj RM10.00 tetapi mana-mana kereta sapu yang keluar semula ke pekan Rawang dia akan caj RM1.00 jer seorang. Kira rezeki Syahlah dapat transport cepat hari ini. Dari KTM Syah beli ticket untuk turun di Sungai Buluh. Tak lama tunggu train, komuterpun sampai. Bila turun sahaja di KTM Sungai Buluh, Syah lihat bas sudah ada menunggu diseberang jalan. So Syah berlari-lari anak naik jejantas untuk mendapatkan bas. Bas tu hendak ke Batang Berjuntai dan Syah tanya turun Ijok tak dan dia kata ok. Untuk ke Ijok kita boleh naik bas yang hendak ke batang Berjuntai ataupun Kuala Selangor. Tambang komuter Rawang - Sungai Buluh RM1.60 manakala Sungai Buluh-Ijok RM3.00.
Bas ke Batang Berjuntai yang Syah naiki untuk turun di Ijok
Syah sampai rumah Kak Long approx jam 11:30hrs. Syah spend masa satu jam dirumah Kak Long dan masukkan semula sim kad baru Kak Long. Kak Long nak bagi Syah makan tetapi Syah tak mahu sebab on diet dan Kak Long kata tak tahu nak bagi Syah nie makan apa. So Syah minta air suam sahaja. Sebelum balik Kak Long bagi keropok (dia beli di Terengganu) dan mineral water. Kak Long keluarkan buah kana dan asam jeruk tetapi Syah ambil sebiji buah kana sahaja dan Kak Long hendak bungkuskan dan Syah kata tak mahu. Suami Kak Long, Abang Tooha ada tapi sakit mata dan sedang tidur. Bila sampi sahaja di Stesyen Bas Ijok, tak sampai 5 minit bas ke KL sampai dan Syah terus naik bas untuk ke KTM Sungai Buluh. dari Sungai Buluhpun tak sampai lima minit tunggu komuter, iapun sampai. Sampai Rawang Syah singgah lunch dikedai berhampiran Pasaraya Bintang, Syah minum Milo O Kosong Panas dan makan Laksa. Selepas makan, Syah singgah ke kedai bunga untuk beli daun untuk buat sedikit deco di Rawang Residence. Dari kedai bunga, Syah terus ke Bas stand untuk tunggu bas ke Rawang Residence. Sampai jer, bas sudah ada dan Syah terus naik. Sampai rumah hampir jam 14:10hrs. Shukur Alhamdulilah, perjalanan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang halangan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.