Dari jauh lagi Muss inform Syah, itu makamnya dalam bangunan tu. Syah kata tak lah dan Muss kat Yaaaaaaaaaaa. Bila masuk ke kawasan Masjid berkenaan memang bangunan yang gah tu merupakan komplek makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Wahhhhhh........ Syah ingatkan makamnya hanya didirikan pondok kayu sahaja tapi tak sangka se Gah ini, Setaraf Dengan Kedudukan Almarhum Baginda sebagai Seorang Sultan. Sebelum melangkah ke Makam DiRaja, Syah Solat Jamak Zohor/Asar dahulu kemudian baru bersama-sama Muss dan Cd masuk ke Makam. Dalam komplek ini terdapat 15 buah makam termasuk Makam Sultan Mahmud sendiri. Untuk masuk ke makam kami terpakas menanggalkan kasut terlebih dahulu. Komplek Makam ditadbir oleh Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi dan dibuka setiap hari seawal jam 08:00hrs sehingga jam 18:00hrs. Jika ada sesiapa yang ingin memasuki komplek makam selepas waktu berkenaan hendaklah berurusan dengan En Azahari Hj Tarpani, Pengaji Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.
Syah sempat menghadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Mahmud Mangkat Di Julang dan Almarhum-Almarhumah di kompleks berkenaan. Selepas itu Syah mencium batu nisan Almarhum yang diperbuat daripada Batu Aceh yang hanya dikhaskan untuk golongan Bangsawan atau Kerabat DiRaja zaman dahulu. Terhidu bau wangi di Batu Nesan Almarhum.
Dikawasan permakaman ini juga dikatakan ada Makam Kucing Bertanduk. Syah ada lihat arah tunjuk Makam Kucing Bertanduk tu tapi tak terfikir untuk mencarinya. Kucing ini dikatakan kepunyaan Sultan Mahmud dan ada tanduk kecil dikepalanya. Kucing ini makan sayur dan suka berjalan dibumbung rumah orang. Kucing ini boleh meramalkan atau memberi tanda kepada Sultan Mahmud jika ada musuh yang akan menyerang Kota Tinggi. Ada orang mengatakan Sultan Mahmud memanggilnya Si Comel. Kucing berkenaan dikatakan telah mati seminggu sebelum kejadian pembunuhan Sultan Mahmud oleh Laksamana Bentan. Sultan telah menitahkan agar iannya ditanam dikawasan permakaman Diraja.
Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijualang bermula dengan Megat Sri Rama atau dikenali juga dengan nama Laksamana Bentan telah dihantar oleh Sultan Mahmud untuk memerangi lanun di Perairan Johor. Semasa ketiadaan Laksmana Bentan, Isterinya Dang Anum yang sarat mengandung telah meminta sepotong Nangka yang dibawa oleh Penghulu Kebun Sultan Mahmud. Nangka berkenaan adalah untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud sebagai santapan baginda. Kerana kesian akan Dang Anum yang sarat mengandung, dia memberikan seulas nangka berkenaan kepada Dang Anum.
Sultan Mahmud teramat murka kerana apabila baginda hendak santap (makan) nangka berkenaan didapati telah ditebuk orang. Keadaan ini seolah-olah menghina baginda sebagai seorang Sultan diberikan santapan sisa hambanya. Selepas mengetahui hal sebenar Sultan Mahmud telah menitahkan agar Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya sebagai hukuman kerana menghina Baginda. Akhirnya, Dang Anum dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia.
Tidak berapa lama kemudian Megat Seri Rama atau Laksamana Bentanpun pulang dari memerangi lanun dengan kejayaan yang besar. Selepas kembali ke rumahnya beliau telah dimaklumkan bahawa isterinya, Dang Anum telah dititah bunuh oleh Sultan Mahmud. Laksamana Bentan berasa amat kecewa dan marah dengan tindakan Sultan Muhamad sehingga timbul dendam dihatinya.
Pada suatu hari Jumaat, Laksamana Bentan telah menunggu Sultan Mahmud yang hendak berangkat masuk ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sewaktu Azan pertama, Laksamana Bentan menghalang perjalanan Sultan sambil melaungkan :-
- Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah
Lalu sepantas kilat Laksamana Bentan menikan Sultan Mahmud yang sedang diusung oleh pengawal-pengawal baginda untuk naik ke Masjid. Lantas baginda melemparkan sebilah keris kearah Laksamana Bentan dan terkena kaki laksamana serta bertitah :-
- Tujuh Keturuna Laksamana Bentan Tidak Boleh Menjejak Kaki Ke Kota Tinggi dan Jika Iannya Di engkari akan Bermuntahkan Darah.
Selepas itu Sultan Mahmud pun Mangkatlah diatas usungan pengawal-pengawal baginda dan sebab itulah iannya dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Ditakdirkan Allah Megat Seri Rama atau Laksamana Bentanpun kemudiannya meninggal dunia bermuntahkan darah.
Berkenaan sumpahan itu memang ada kebenarannya kerana ada kawan Syah penah memaklumkan kepada Syah jika ada Keturuna Laksamana Bentan ke Kota Tinggi mereka akan muntah darah kalau tak muntah darahpun mereka akan batuk dan kemudiannya ada darah yang keluar sedikit. Tetapi sekarang dikatakan sumpahan itu telah tamat (putus) kerana Keturuna Laksamana Bentan yang ada waktu ini adalah generasi ke-8.
wahai...kepada Maharum Bugis Syah...dengarlah kenyataan saya ini....bahawasanya...tidak semua catatan sejarah itu betul...cuba bayangkan sejarah mengatakan orang yang pertama manusia purba adalah berasal daripada beruk...padahal...manusia pertama adalah Nabi Adam A.S...begitu juga kematian laksamana bentan...sebenarnya....yg sebenarnya...saya adalah warisan laksamana bentan...yg ke-6...ayah saya masih hidup...warisan ke-5...anak saya yang terakhir warisan ke-7...semua cerita dlm sejarah tak betul...sebenarnya ada...7 keturunan adik beradik daripada darah daging laksamana bentan...selepas peristiwa berkenaan waris kami 7 adik beradik..lari ke Terengganu....cuba anda kaji....saya waris daripada yg sulung...Tun Raja Alauddin...cuba cari nama berkenaaan....carilah dari cerita Orang Tua...kalau ada nama berkenaan...kalau ada baru boleh contact saya....gurudata78@gmail.com......ssaya tak boleh cerita selanjutnya...kerana ini adalah rahsia antara keluarga...
ReplyDeleteapa bukti anda keturunan laksamana bentan? buat ujian DNA dengan dna tulang dalam makam bleh?
ReplyDeletesaya mahukan bukti kukuh
ReplyDeletebyk bukti yg anda boleh lihat....yg nyata....salah satunya...saya ada lembing warisan laksamana bentan....merupakan pemberia n...waris laksamana bentan di riau-bentan..tempat asal usul beliau...dan mmg ada ke tujuh2 kubur adik2 gelaran tok raja...
ReplyDeleteKalau betul tuan hamba keturunannya.berapa ramai adik beradik bugis yang yang datang ke tanah melayu waktu dahulu...
ReplyDeleteCubaanpertama utk menipu ke?? x yah lah nak ngaku perwaris megat seri rama konon, setakat bukti ada lembing, kubur x kukuh lagi? semua org boleh buat citer mcm ko ckp... Ko x muntah darah tu mmg sah lah ko bukan keturunan die...
ReplyDelete