Semalam adik Cd, Lan bertunang dengan orang Pontian dan hari ini seorang lagi adiknya Yus @ Yusri pula bertunang dengan orang Felda Inas, Kulai, Johor. Jam 10:30hrs kami semua sudah bertolak dari Seelong Jaya, Senai, Johor Baharu ke Kulai. Adat di Johor nie Syah lihat unik sedikit, contohnya pada dulang hantaran yang diletakkan cincin pertunangan diletakkan duit note RM10.00 dan para hadirin boleh mengetahui berapa hantaran perkahwinan dengan mengira jumlah note RM10.00. Setiap RM Sepuluh Ringgit mewakili RM1,000.00 dan jika ada 7 keping RM 10.00 (yang digubah - i.e. berbentuk bunga) bermakna hantarannya RM7,000.00. Tarikh perkahwinan tidak ditetapkan tetapi tempoh bertunang adalah "setahun hidup" kata mereka semasa perbincangan, maknanya satu tahun lah tue. Walau bahagimanapun tarikh berkenaan boleh dipercepat atau dilanjutkan bergantung kepada perbincangan keduabelah pihak. Wang hantaran pula hendaklah di jelaskan sebulan sebelum Majlis Akad Nikah. Selepas Zohor, keluarga tunang Yus akan menerima satu lagi peminangan iaitu adik tunang Yus pula bertunang pada hari yang sama.
Pasangan Bertunang Bersama Ibu Masing-Masing
Selepas segala perbincangan dipersetujui, Ibu Cd menyarungkan cincin ke jari manis calon menantunya. Ada dua cincin sebenarnya sebab bakal tunang Yus nie "melangkah bendul" maksudnya dia ada Kakak yang belum berkahwin lagi dan mengikut ada melayu pihak lelaki terpaksa memberikan sebentuk cincin sebagai tanda atau simbolik adiknya akan berkahwin dahulu dari dia. Cincin tersebut tidak perlu disarungkan ke jari wanita berkenaan oleh wakil lelaki. Itulah yang diistilahkan melangkah bendul. Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan. Selepas majlis menyarungkan cincin diadakan pula doa selamat. Selepas itu kami semua dijemput menghadiri jamuan makan tengahari Nasi Jagung yang disediakan oleh tuan rumah. 1st time Syah makan nasi jagung......... Sedap. Sebelum balik kami diberikan beg kecil berisi cenderahati daripada pihak perempuan. Dari Felda Inas Syah, Cd dan Muss ke Kota Tinggi kerana Syah hendak melawat Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang dan beberapa Makam Sejarah lainnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.