Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli menghadiri sidang pertama Konvokesyen UiTM ke-73 di Dewan Sri Budiman, Kampus Induk UiTM Shah Alam semalam 25.11.2010. Turut mengiringi Tuanku Mizan adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Pada istiadat yang diadakan pagi semalam, baginda telah menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Mekanikal kepada Datuk Dr Mohd Mansor Salleh dan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Elektrikal kepada Datuk Ahmad Zaidee Laidin atas sumbangan dan jasa mereka terhadap UiTM. Tahun ini seramai 10 graduan menerima anugerah graduan terbaik UiTM bagi kategori-kategori berikut :-
- Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor
- Anugerah Pingat Emas Naib Canselor
- Anugerah Tan Sri Arshad Ayub
- Anugerah Pelajaran Diraja
- Anugerah Cemerlang Pharmaniaga
- Anugerah Sains dan Teknologi
Anugerah-anugerah lain adalah seperti berikut :-
- Anugerah Pingat Emas (Yayasan Budiman UiTM)
- Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hashim
- Anugerah Kepimpinan Cemerlang
Dalam majlis ini Tuanku Mizan juga turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang perubatan diantara UiTM dengan dua buah universiti dari Kanada dan Amerika Suarikat. Pada Konvokesyen kali ini seramai 21,475 garduan menerima diploma, diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah.
Dalam Titah baginda, Tuanku Mizan mengingatkan warga UiTM agar perlu mengeratkan perpaduan dan saling bekerjasama antara satu sama untuk mengelakkan perpecahan. Mereka juga harus memahami dasar dan pendekatan UiTM disamping bersama-sama memainkan peranan serta menyokong halatuju UiTM. Baginda pasti setiap individu mempunyai kekuatan dan keistemewaan tersendiri yang boleh membantu menambahbaikkan UiTM. Ujar baginda lagi, pihak pengurusan UiTM perlu mengenalpasti kekuatan setiap individu dan harus mendapatkan yang terbaik dari modal insan berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.