Thursday, November 25, 2010

Kesihatan Syah dan Tension Pasal Kerja - 25.11.2010

Since malam tadi Syah sudah mula makan ubat kolestrol yang Dr Faridah bekalkan untuk satu bulan dan Syah kena jaga makan dan kena jauhkan dari makanan bergoreng dan berlemak. Sakit semasa buang air besar atau kecil tu sudah ok tapi ada juga rasanya sekali sekala. Lutut Syah kadangkala rasa macam panas sekejap lepas tu hilang. Tak tahulah dari dulu lagi ada macam tu dan kadangkala rasa sejuk pula. Macam-Macam kan? Hehehehheeh

Hari ini Syah tension dengan staff bahagia perolehan. Buka apa benda kecil jer sebenarnya. Dari pagi hendak jumpa Manager mereka Ermi, tapi dia kat Hospital kerana Kakak Iparnya bersalin dan katanya lunch baru ada. Lima atau enam kali Syah call dia tak jawap dan jam 16:00hrs dia call balik inform tak dengar coz phone silent mood. Dia suruh Syah jumpa dia dan bawa dokumen berkenaan. Syah jumpa Ermi untuk create Purchasing Order dan Ermi minta Syah jumpa Staff dia dalam bilik di Wing satu lagi. Masa nak ketuk tu mereka kata jangan masuk sebab ada buat apa tah dalam bilik tu - macam ada aktiviti peribadi. Dan Syah tunggu hampir 10 minit kat luar dan ketuk balik pintu tu dan salah seorang staff cakap we all ada aktiviti nie........... Heran tul aktiviti apa, sepatutnya kerja lah diutamakan dahulu. Syah cakap hendak jumpa Fairous juga sebab urgent. Selepas jumpa Fairous dan serahkan document Syah rehat sebentar di corridor lebih kurang 15 minit untuk release tension dan jumpa Ermi semula. Bila Syah masuk Ermi dan Fairous ada dan dokumen tu sudah siap. Lega coz Syah perlukan Purchase Order tu untuk buat Good Receipe dalam SAP System kerana Syah tak mahu akru bayaran berkenaan. Masalahnya esok Ermi cuti tu yang kena settle hari ini juga. Sampai office terus Syah buat Good Receive dalam system. Bulan Disember nanti baru hantar dokumen ke Akaun untuk proses payment. Jika tak buat macam tu Syah kena Akru bayaran tu dan jika tidak diakru akan dikenakan non compliance sebab tarikh invoice bulan November. Lega ........ Thanks Ermi dan Fairous.

Jap tadi jam 17:00hrs Talib dan Saiful datang complain LCD bilik boss tak clear. Alamak dah nak balik nie kena cari nombor vendor tu pulak.......... Heheheh inilah kerja namanya. Bye semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.