Wednesday, October 27, 2010

Terlepas Bas - 27.10.2010

Pagi tadi Syah terlewat bangun kerana terlupa hendak kunci alarm. Biasanya Syah bangun jam lima pagi tapi hari ini jam enam setengah baru Syah bangun. Sure Heboh punya ................. bas sudah terlepas. So Syah mandi, solat dan bersiap untuk ambil next bas lebih kurang satu jam lagi. Masa Syah lalu rumah Kak Cik tak nampak kereta mereka means mereka tak ada dirumah lagi. KEmana pula yer ……….. mungkin rumah Firdaus atau balik Pontian. Teringat pula dekat Amsyar (cucu Kak Cik) bila agaknya nak operate telinga dia. Masa tunggu bas, sempat sms my boss dan Kak Has informed Syah lambat kerana terlepas bas. Bas sampai hamper jam 07:30am dan bila sampai sahaja ke KTM, komuter suda ada dan dah mula hendak bergerak. Apa lagi dengan tergesa-gesa terus Syah masuk train.

Beginilah Keadaan Dalam Coach Wanita yang Syah Tersilap Naik Pagi Tadi


Tak berapa lama kemudian Syah rasa mengapa train nie rasa lain macam sahaja dan Masyallah ………….. rupa-rupanya Syah tersalah Coach coz Syah masuk gerabak khas untuk Perempuan …… Kuang ….3 X. Untung tak ada wanita-wanita yang dalam coach tu sound Syah kalau tidak malunyerrrrrrrrrrrr. Bila sampai stesyen berikutnya iaitu Batang Kali Syah terus keluar dan berpindah ke gerabak hadapan. Mak aiiiiiiiii dari KTM Sungai Buluh sampai KTM Putra orang ramai dan Syah berdiri tersepit dicelah-celah orang ramai yang bertolak hendak masuk juga. Rasa macam nak mengamuk jer tapi sabarlah nak buat macam mana memang situasi begitu perlu dihadapi terutamanya pada waktu puncak. Keadaan lega bila sampai Stesyen Putra dan baru boleh bernafas sedikit. Sampai KL Sentral jam 08:30am. Dari KL Sentral naik LRT ke Kerinchi dan Syah sampai office jam 09:00am.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.