Wednesday, October 27, 2010

Kacang Pangang - 27.10.2010


Malam tadi makan kacang panggang dan Soyabean. Sepatutnya orang makan benda nie untuk breakfast tapi Syah buat dinner pulak. Tak per hentam jer lah labu … Heheheh. Syah beli bake beans dan masukkan hirisan bawang merah kemudiannya panaskan dalam microwave. Kadangkala Syah goring keropok juga guna microwave juga. Cuma masukkan keropok dan guna volume high lebih kurang 2 atau 3 minit. Kena jenguk-jenguk juga dalam microwave takut keropok tu hangus. Sedap juga coz tak guna minyak. Malam tadi semasa turun dari bas, Syah jumpa jiran Syah (perempuan) orang India dan dia jemput Syah datang rumah dia depavali nanti, Wahhhhhhhhh terharu rasanya, teringat pula semangat 1 Malaysia. Kebetulan Syahpun tanya dia mengenai jiran sebelah rumah Syah yang macam sudah pindah tu. Kakak tu inform memang jiran Syah tu sudah pindah ketempat lain coz Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak benarkan lori berat parking ditepi jalan besar hadapan Rawang Residence Syah. Jadi dia terpaksa cari rumah lain untuk parking lori besar dia. Cam tu rupanya tapi, yang Syah heran tu ada juga jiran Syah yang parking jentolak depan rumah atau lori belakang rumah MPS tak kisah pula. Kalau nak kata lori muatan berat akan rosakkan jalan apa beza dengan jentolak tu, Entahlah…………..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.