Wednesday, September 15, 2010

Perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan ke-29 - 14.09.2010

Tahniah
Kepada Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra diatas pemasyhuran Baginda sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 pada hari Isnin 13.09.2010 menggantikan Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Ismail Petra yang gering semenjak setahun yang lepas kerana mengidap angin ahmar dan masalah jantung. Pengistiharaan Al-Sultan Kelantan yang baru telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu istiadat yang diadakan di Balairong Seri, Istana Balai Besar, Kota Baharu, kelantan pada jam 12:30 tengahari.

  • Pengistihraan Al-Sultan Kelantan oleh MB Kelantan : Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.
Perlantikan dan Permasyhuran Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad Faris Petra adalah atas persetujuan Majlis Perajaan Negeri (MPN) berdasarkan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. MPN dalam mesyuarat yang dihadiri oleh 15 orang ahli MPN dan dipengerusikan oleh Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim pada 13.09.2010 jam 09:00am di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Darul Naim telah sebulat sura bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Al-Sultan Kelantan yang baru menggantikan Paduka Ayahandanya yang sedang gering. Keputusan yang telah dibuat oleh MPN adalah muktamad dan sepatutnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ianya mengikut perlembagaan dibawah undang-undang tubuh kerajaan negeri.


Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan
  • Jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.