Malam Raya Syah di Rumah Nenda, Raya pertama hingga kedua di Rumah Ayahanda, Raya ke-3 dan 4 Syah di rumah nenda. Esok Syah, Kak Lang Ella dan Razak akan balik semula ke KL manakala Kak Long balik hari ini. Pagi-pagi lagi Kak Long ajak Syah ke pasar, Razakpun nak pergi sama. Syah ingat dia nak naik kereta tapi rupanya dia naik basikal. So we all kepasar jalan kaki dan lagipun rumah Nenda dalam kawasan Pekan Sabak Bernam dan nak pergi mana-manapun senang, tak perlu guna kenderaan.
Jam 11:00am Syah dan Mamat ke Rumah Ayahanda kerana Ayahanda minta Syah hantarkan di ke Sungai Besar kerana ada urusan dengan Tabung Haji. Ayahanda inform Syah kalau tak boleh hantar tak mengapa coz dia akan pergi sendiri naik motor ............. biasalah orang tuakan? Tentu anda juga ada menghadapi situasi beginikan? Sebagai anak kita kenalah jaga hati mereka kerana bukan selalupun mereka minta tolong dengan kita. Hehehhehe................... Ramai juga orang menunggu gilirandi Tabung Haji dan Syah sempat ke Shopping Complex depan tabung haji untuk ke tandas.

Kalau ikutkan pelan asal dari Sungai Besar terus balik rumah tapi Syah teringat sepatutnya semalam we all beraya ke rumah saudara mara Syah sebelah Al-Marhumah Bonda di Sungai Keli, Hutan melintang Perak tapi tak jadi. So Syah cadangkan we all ke Perak dan bukannya jauhpun seberang jambatan sahaja kerana Sabak Bernam bersempadan dengan Perak. Ayahanda cadangkan balik rumah dulu coz waktu tengahari time orang makan dan tak sesuai untuk bertandang. So we all balik Rumah Ayahanda dan selepas solat & rehat sebentar baru keluar rumah hampir jam 02:00pm. Di Sungai Keli, Syah bertandang ke rumah sepupu Syah, Abang Munir seorang bekas anggota polis. Dulu dia duduk di Kuala Selangor tapi semenjak pencen dia balik ke kampung. Kebetulan Kak Esah pun ada sekali. Kak Esah merupakan Adik Abg Munir dan baru datang dari Ipoh, Perak dan suaminya bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh tak silap Syahlah. Actually mereka ini Syah jumpa setahun sekali sahaja.
Syah di Makam Bonda dan dipetak hadapan Syah itu adalah makam adinda Syah Abdullah yang mangkat sewaktu dilahirkan. Bonda Syah mangkat sewaktu melahirkan Abdullah.

Dari rumah Anjang, Syah, Encik, Abah dan Mamat ke kawasan Beting Beras Basah dimana tempat Bahtera Raja Muzafar ibni Sultan Mahmud dari Kampar tersangkut pada tahun 1528. Baginda membawa alat kebesara Neger Melaka bersama baginda iaitu Keris Taming Sari, Potoh Ular, Pedang Chura Si Manja Kini, Mahkota dan Mohor DiRaja. Setelah membuang Mahkota berkenaan ke dalam laut barulah kapal berkenaan dapat melalui kawasan berkenaan. Disini jugalah Raja Muzafar dilantik sebagai Sultan Perak pertama dan kemudiannya ditabalkan di Tanah Abang atau dikenali sebagai Teluk Bakung sekarang di muara sungai Perak dengan menggunakan gelaran Sultan Muzafar Shah. Disinilah juga dikatakan berasalnya keturunan Syah iaitu Bugis dari Beting Besar Basah yang kemudiannya mengalir ke seluruh Tanah Melayu. Tahukah anda bahawa Sultan Selangor Pertama telah di tabalkan oleh Sultan perak? Kalau mengikut adat istiadatnya begitulah tetapi sekarang Sultan Perak tidak lagi perlu menabalkan Sultan Selangor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.