Sebentar tadi Syah minta kebenaran daripada Boss untuk ke Maybank Bukit Bintang kerana ada urusan banking disana. Terlanjur Syah ke BB Syah singgah ke Snips Academy di Suite 4.0, Aras 4, Bangunan Yayasan Selangor bersebelahan Maybank sahaja iaitu berhampiran Stesyen Monorail Bukit Bintang. Syah hendak beli minyak rambut Hydromoist Aroma Ionic Series - H2O Mud. Syah memang biasa menggunakan produk dari Korea ini. Harganya RM60.00 dan pakai sedikit sahaja dan bolehlah tahan selama tiga bulan. Hari Ahad lepas, Syah ke salonnya di 1st Floor, Sungai Wang Plaza tapi kehabisan stock. Actually dari bulan lima lagi Syah nak beli tapi mereka tiada stock dan Syah beli waxnya dari jenama yang sama tapi ada masalah kulit kepala gatal bila pakai wax tu dan tak sampai sebulan habis. Jadi Syah terpaksa nipiskan rambut dan sekarang sudah hendak panjang sedikit tu lah sebabnya nak cari benda tu semola. Mud nie memang selesa memakainya kerana kita boleh ubah gaya rambut pada bila-bila masa kerana dia tidak mengeras seperti gell atau wax. Maksudnya, pagi nak rambut tegak dan petang kita boleh buat style lain tanpa membasuh rambut atau menambah minyak rambut. So mudahkan kalau anda nak cuba carilah produk ini di Snips Salon kerana iannya tidak dijual di supermarket.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.