Tuesday, August 17, 2010

Balik Rawang dan Internet Not Connected - 17.08.2010

Malam tadi Syah balik ke Rawang Residence. Sampai sahaja di KTM Rawang, sudah hujan tapi bolehlah diredah. Ingat nak naik teksi dan tanya pakcik tu dan dia caj RM15.00 kerana jalan jam terutamanya depan sekolah masuk ke Rawang Residence Syah. Tambang biasa RM10.00 sahaja, Bila Syah fikir balik, membazir saja dan buat apa nak balik cepatpun, bukannya hendak memasak. So Syah jalan kaki terus ke stesyen bas Rawang untuk naik bas sahaja dengan kos RM1.oo berbanging RM15.00. Sebelum naik bas Syah ke 7E untuk purchase 3 botol mineral water (1.5L), Roti Gardenia Breaktthru dan tuna in myao. +96Sampai Rawang Residence ingat hendak beri bubur lambuk pada Bak tapi dia tak ada rumah, mungkin tidur rumah Firdaus. Sampai rumah Syah bersihkan car porch dan cuci kereta sambil start enjinnya. Beberapa minit kemudian hujan turun mencurah-curah, shukur alhamdulilah Syah dan sampai rumah. Berbuka macam biasa dengan jusmate 5 dan jam 10:30pm makan kurma, Gardenia Breakthru - roti dengan formula multi wholegrain fibermeal yang mengandungi beta-glucan untuk membantu merendahkan kolestrol. Roti ini lebih baik daripada roti gandum penuh (wholemeal) dan bagi anda yang berdiet cubalah sekali sekali walaupun harganya agak mahal RM4.50. Syah mamam roti itew dengan Tuna in Mayo. Sambil menonton makan kacang goreng. Sepatutnya tak boleh makan groundnut tapi biasalah benda sudah ada dalam petisejuk, jadi Syah kasi habiskan. Heheheheh.

Ingat hendak mentenet tapi ada signal Internet not connected. Syah angkat phone tiada nada dail. Frustrated sangat dan cal 100 buat report. Customer servicepun ambil report Syah dan inform service akan dibaiki dalam masa selewat-lewatnya 72 jam atau tiga hari. Kalu cepat-cepatlah ianya diperbaiki. Pagi tadi masa tunggu bas Syah lihat ada kerja-kerja penyelanggaran oleh pihak Tm iaitu kerja-kerja pembinaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi. Patutlah internet tak jalan kerana ada maintenance work rupanya dan sepatutnya customer service perlu maklum akan perkara ini supya dapat disampaikan kepada pengguna apabila ada aduan seperti yang berlaku pada Syah. Mereka ini adalah kontraktor TM dan Syah rasa mereka bekerja 24 jam tapi tak tahu berapa shif untuk mencapai target mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.