Monday, August 2, 2010

Pengiran Mahkota Melawat Kuwit - 02.08.2010

Semalam 01.08.2010 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota Brunei dan juga merupakan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakah kunjungan rasmi selama empat hari ke Kuwait. Berangkat sama mengiringi DYTM ialah sepupu baginda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi. Ketibaan rombongan DiRaja telah disambut oleh Putera Mahkota Kuwit, His Highness Crown Prince Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan kenamaan Kuwait. Turut hadir sama adalah Pengiran Haji Mustapa bin Pengiran Haji Aliuddin, Duta Brunei di Kuwait and Mr Ghassan Mohammed Al-Duwaisan, Duta Kuwait di Brunei Darussalam.
Segak dan bergaya, dua orang Putera Mahkota berjalan seiringan.
DYTM juga telah berkenan mengunjungi Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah di Istana Al-Seif. Pada sebelah tengaharinya DYTM telah menghadiri Majlis Santapan Tengahari bersama Putera Mahkota Kuwait di Istana Bayan. Brunei dan Kuwait telah menjalani hubungan diplomatik pada 01 May 1990. Ini adalah merupakan lawatan pertama DYTM ke Kuwait atas undangan Putera Mahkota Kuwait.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.