Syah bertolak dari KL Residence selepas habis kerja rumah lebih kurang jam 12:00 tengahari. Hari ini sakit perut dari pagi lagi dan masa dalam LRT sakit perut lagi dan turun Stesyen Damai tapi tandas tutup - rosak. So Syah dan Firdaus naik semula taik semula train ke Ampang Park dan gunakan tandas disana. Sampai Ampang Point lebih kurang 01:00 tengahari dan call Kak Lang suruh datang Ampang Point dan dia kata tengah makan dan minta Syah belikan track suite dan pisau pemotong buah. Syah makan difood court lagi macam semalam Meehon Tom Yam Putih dan Syah bawa bracoli dan Salad Manis dari rumah. Firdaus makan nasi ayam dan we all minum air soya.
Lepas beli beli barang Kak Lang, Syah terus ke Ampang Puteri. Sampai di Ampang Puteri Syah singgah ke surau dan suruh Firdaus naik dulu. Masa kat surau jumpa Azam dan Ku Chik yang hendak solat juga. Dia inform baru hantar Haziq balik dengan Papanya. Tak per lah tak sempat nak jumpa, lagipun Haziq sudah hendak balik Sabak Bernam dan kalau nak panggil lambat pula dia nanti. Lagipun malam tadi sudah jumpa mereka di KLCC. Have a safe journey. Kak Lang beri fruit dan biskut pada Haziq untuk Ejon.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.