Monday, June 7, 2010

Jamuan Teh DiRaja 2010 - 07.06.2010

Sepertimana kebiasaan setiap tahun Istana Negara akan menganjurkan Garden Tea Party atau Majlis Jamuan Teh DiRaja sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada tahun ini seramai 5000 tetamu telah dijemput menghadiri majlis ini yang diadakan di perkarangan Istana Negara pada Sabtu lepas bersamaan 05.06.2010. Gambar-gambar nie Syah ambil daripada Tengku Ismail Su.

Diantara jemputan pada hari ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah, anggota kerabat diraja, menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing serta orang kenamaan dari dalam dan luar negara. Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan orkestra dan kumpulan kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama artis jemputannya Hazami dan Jaclyn Victor.

Tuanku Mizan berangkat ke majlis berkenaan diiringi oleh Permaisuri Baginda, Tuanku Nur Zahirah, kedua-dua puteri Baginda, Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra serta bonda tercinta YTM Tengku Besar Terengganu. Pada majlis berkenaan Tuanku telah berkenaan mencemar duli beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Click pic for larger view
Dah namapun Orang TERENGGANU. Keropok Lekor dan Nasi Dagang memang tidak pernah dilupakan oleh Baginda dalam menu Istana Negara untuk dikongsi bersama tetamu-tetamu yang hadir pada petang ini.

Pic from Mystar Online
"Birthday Boy".......... Kalau tak ada kek bukan birthday lah namanya. By the way Tuanku telah menerima sebanyak 31 buah kek dari berbagai-bagai organisasi di Malaysia sempena keputeraan Baginda pada tahun ini. Pada majlis ini Tuanku telah berkenan memotong kek sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sambil diperhatikan oleh permaisuri tercinta Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Akhir kata :-
DIRGAHAYU TUANKU PATIK

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.