Sunday, June 6, 2010

Aktiviti Petang Ahad - 06.06.2010

Tetamu last balik selepas Asar. Syah keluar rumah lebih kurang jam 05:40pm. Penat memasak tadi tak habis lagi tapi happy tengok tetamu datang dan makan. Muss dalam bilik baring complain kakinya sakit, tapi Muss ni degil dah tahu ada gaut makan juga sea food. Cd sedang mengemas pinggan/mangkuk didapur. Syah dengar Cd inform Muss supaya tak pergi meeting rumah Kak Ngah Faziah dan dia pergi seorang. Ingat nak tumpang Cd ke stesyen LRT tapi tak jadi. So Syah jalan kaki ke Stesyen LRT Melati untuk ke Ampang Park.

Click pic for larger view
On the way ke setesyen, Syah kena lalu satu kawasan rumah flat. Syah tak tahu apa nama flet nie coz tak nampak signboardnya, mungkin ada kot tapi kat tempat lain. Bertahun-tahun lalu tapi tak tahu apa nama flat nie. Masalah flet nie sampah yang dibuang tidak ditempat sepatutnya. Lihat sahajalah sampah bersepah diluar tong sampah, berbu dan dihurungi lalat. Nak salahkan pendudukpun tak boleh juga coz cuba anda semua lihat............ Tong sampah yang disediakan hanya satu dan yang satu lagi tu dah azab sangat tunggu mat fit ambil jer untuk dijual. kat belakang tu sebenarnya bilik untuk sampah tapi dikunci pula, jadi hendak tak hendak sampah terpaksa diletakkan disekitar tong sampah sahaja. Syah rasa kalau pintu tu dibuka sekurang-kurangnya sampah tidak bersepah seperti yang anda lihat sekarang. Siapalah committee kat flat nie agaknya dan mungkin mereka ada sebab mengapa pintu tu dikunci.

Sampai Ampang Park Syah ke Maybank untuk keluarkan duit. Dari Ampang Park balik semula ke stesyen LRT untuk ke Citibank. Selepas buat bayaran credit card Syah jalan kaki ke KLCC. Dekat jer dan malas nak membazir naik LRT. Di KLCC Syah ke RHB Bank untuk bayar credit card RHB pula. Pusing-pusing sekejap dan rasa malas dan nak balik coz ingatkan Muss tak sihat tinggal sorang kat rumah tapi dia call dan inform ada di Hospital Ampang Puteri. Ingatkan dia admit hospital tapi Auntie Tina, Mum Muss masuk hospital coz demam. Muss inform nak ke rumah Kak Ngah Faziah dan tak confirm samada balik atau tidak malam nie. Everybody busy coz Rabu nie Hafiz akad nikah.
Click pic for larger view
On the way ke KLCC Syah lihat saudara nie bentang tikar tepi jalan untuk tidur. Tak tahulah jika tempat nie jadi port homeless. Kawasan berhampiran Restoran Nasi Kandar Pelita, Jalan Ampang berdekatan dengan jejantas. Syah lihat dibawah jejantas tu ada juga seorang lagi macam nak cari tempat. Tak tahulah diKL pun masih ramai lagi orang-orang macam ini. Di KLCC pula terserempak member lama tapi dia tak perasaan Syah walaupun berselisih dengan dia. Tu dua orang baju putih dan hitam tu. So Syah SMS dia dan jam 09:18pm tadi dia call Syah tapi tak boleh jawab sebab Abah call masa tu dan Syah call dia semula selepas tu.

Akhir sekali bagi Nomi dan Blacky makan. Makanan yang sediada dalam bekas tu yang Muss tinggalkan dia tak nak makan, so Syah beri yang lain. Dia tak suka jenama tu kot. Sekarang Syah diruang tamu menonton TV sambil update blog dan view facebook dengan Nomi dan Blacky yang kadangkala berlari kehulu ke hilir dan menjaganya lebih susah dari jaga budak nakal. heheheheheh......... Jap lagi nak masukkan dia dalam bilik tuannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.