Hari ini lunch kat area rumah KL di Platinum Walk, Jalan Langkawi, Setapak. Approx jam 03:15pm we all keluar rumah. Sebenarnya Muss dan CD nak tidur rumah Kak Ngah Faziah malam nie dan Syah minta temankan Syah untuk beli enam barangan elektrik bernilai RM300.00 setiap satu untuk TM Award Nite.
Sebelum ke kedai elektrik, CD belanja makan di Old Town White Cofee. Macam kopitiam yang lain juga ianya menyediakan kemudahan internet. Adalah Syah lihat beberapa orang pelanggan yang sedang concentrate mentenet. Kalau kebetulan anda berada di area setapak mai lah singgah ke Old Town White Cofee sambil story-story gosip semasa. Ianya terletak di 1-0, Platinum Walk, No.2, Jalan Langkawi, Setapak.
Inilah habuan petang nie. Syah - Hazelnut White Cofee Ice- RM4.20 dan Asam Laksa - RM.6.30. Muss - Organic Spirulina Orange - RM4.80, Omega Boil Egg - RM2.50 dan Hainan Chicken Chop Rice - RM9.80 dan CD - Orange Yogurt Smoth - RM6.80, Ipoh Chic Hor Fun - RM6.30, French Toast - RM4.50, Fried CHicken Platter - RM6.90. CD macam banyak jer tapi bukan dia makan seorang we allpun kendurikan sama portion dia. Semuanya RM57.30.
Amboiiiii Mus, lately nie kalau ambil gambar mesti tunjuk isyarat good. Mana dia dapat style tu tah. By the way thanks CD kerana belanja Syah dan Muss.
Sebelum ke kedai elektrik Muss singgah di kedai perabut. Katanya nak tengok tilam tapi benda lain yang di test. Konon. Takut jer tengok dia test kerusi tu....runtuh kang....
Selepas tu we all ke Senheng Electric (KL) Sdn Bhd. Kedai nie terletak di no 15-0 dan 13A-0 - Ground Floor juga di Platinum Walk. Syah dapat instruction dari boss (Dek No) untuk beli barang elektrik bernilai RM300.00 setiap satu untuk sponsor hadiah cabut bertuah untuk TM Award Nite, hari Jumaat minggu hadapan - 07.05.2010. Syah cadangkan beli sendiri dan kemudian claim kerana itu lebih murah dari beli terus dari vendor. So Syah kena gunakan duit Syah dahulu dan claim kemudian. kita panggil reimburesement. Syah beli philips Juice Extractor - RM300.00 (x2), Panasonic Rice Cooker - RM243.00, Philips Food Processor - RM253, Electrolux Vacum Cleaner - RM329.00 dan Panasonic Microwave. Semuanya berjumlah RM1734.00.
A the same time Muss beli mesin basuh baru kerana mesin sediaada tak boleh digunkan kerana ada masalah, basuh ta kering dan kita kena perah airnya. Muss beli jenama Toshiba untuk 9.0kg dengan harga RM1358.00. Cd pula beli laptop Acer dengan harga RM2199.00. Walau bagaimanapun mereka hanya ada satu display stock jer dan dapat diskaum RM100.00 tapi CD tak nak dan dia nak yang baru. So mereka telefon cawangan Seri Rampai ada satu stock baru. We allpun bertolah ke Seri Rampai untuk ambil laptop. Dari Seri Rampai ke Menara TM dan sampai lebih kurang jam 07:00pm dan parking di Level -4 coz main lobby tutup ada proses membaiki jalanraya. Sian CD terpaksa pangku salah satu kotak hadiah kerana tak muat nak letak dalam kereta. Mana taknya kotak besar-besar. CD tolong angkat naik office Syah. Masa balik Muss drop Syah di Setiawangsa sebab dia nak guna highway ke Rumah Kak NgahFaziah.Walau bagaimanapun jam 10:00pm tadi Muss dan CD balik bawa Nadia sekali.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.