Pagi tadi Syah, Muss dan CD ke Pasar Tani Setapak untuk beli bahan mentah. CD yang memandu, maklumlah orang baru dapat lesen katakan. Lunch nie we all masak sendiri. Sebentar tadi depa ke Rumah Kak Long Fadilah coz Kak Long suruh datang bawa apa yang dimasak tadi kerana uncle Shariff stay dengan dia sementara menunggu next appointment di HKL dalam dua minggu lagi.
Masing-masing ada tugas tersendiri, Muss siang sayur cum Floor Manager, Nadia masak nasi dan blender apa-apa yang patut mengikut arahan kita orang........hehehhehe, dia masak nasi lembik hari ini, katanya Chinese Style (belajar dari boy friend dia) Cd masak Sup Tulang dan Kailan Goreng Sos Tiram manakala Syah masak Ketam Goreng Berlada dan Kerabu Ulam. Syah sertakan resepinya sekali dan anda semua boleh mencubanya jika berminat. Syah dan Cd kalau masak bahan-bahannya kami agak-agak jer tidaklah ikut gram dll. So anda semua agak-agaklah yer bahan-bahannya ikut kesesuaian.
Bahan-bahan/cara :-
Ketam dibersihkan. Letakkan garam dan serbuk kunyit dan perap seketika kemudian digoreng hingga masak dan asingkan. Ambil cili kering, halia, bawang putih dan bawang merah, dikisar halus. Panaskan kuali dan minyak, masukkan daun kari dan biarkan sehingga wangi. Masukkan bahan kisar tadi, serai dan masukkan sedikit cili sos. Anda juga oleh masukkan telur ketam atau bahan-bahan dicengkerangnya jika ada lah. Masukkan serbuk perasa, garam dan sedikit gula. Masak hingga bahan tadi garing. Masukkan ketam goreng dalam kuali dan gaul hingga rata. Ambil sebiji telur dan kacau dalam mangkuk. Tuangkan dalam kuali dan kacau rata hingga telur tadi masak. Angkat dan hidangkan dalam pinggan mengikut citarasa anda.
Bahan-bahan/cara :-Potong/hiris kecil bahan-bahan berikut - Peria katak, kacang botol, ulam raja dan bawang merah, asingkan. Untuk pastenya ambil sedikit cili merah, udang kering, belacan dan kelapa parut. Bakar /goreng (sedikit minyak) belacan tu. Tumbuk hingga lumat cili merah (buang bijinya tapi jika suka hentam jer lah), belacan dan udang kering. Bila sudah hancur masukkan kelapa parut dan ditumbuk seketika untuk bahan-bahan tadi meresap dalam kelapa parut. Campur dan gaulkan paste tadi dengan ulam-ulam yang dihiris tadi. Gaul sampai rata dan sebati. Perahkan sedikit limau dah dah sedia untuk dihidangkan. Kalau ada balance letak dalam peti sejuk takut nanti basi.
Bahan-bahan/cara :-Tulang dibersihkan dan direbus lebih kurang dua jam hingga lembut. Ambil sedikit lengkuas, halia dan bawang merah. Kisar bahan-bahan tadi. Setelah hampir dua jam atau daging lembut, masukkan kentang, sup bunjut dan jika suka boleh dimasukkan juga kuib sup bunjut. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkeh dan masukkan bahan kisar yang Syah cakap tadi. Kacau hingga wangi dan curahkan dalam rebusan tulang tadi. Anda juga boleh masukkan beberapa biji cili api kedalam sup (tak perlu diketuk - tapi ikut suka andalah). Masukkan lobak merah, garam dan serbuk perasa (jika suka). Sebelum api dapur dipadamkan masukkan hirisan daun sup yang dihiris kasar (ikut citarasa anda). Sup lebih enak jika dihidangkan panas-panas.
Bahan-bahan/cara :-Siang dan bersihkan sayur kailan. Potong/cincang bawang putih. Tumiskan bawang putih dengan minyak dan masukkan sos tiram. Lebihkan sedikit minyak untuk mendapatkan warna berkilat pada sayur. Biarkan seketika dan masukkan kailan tadi hingga masak. Hidangkan panas-panas dan taburkan bawang goreng jika suka. Jangan campur air dalam sayur ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.