Monday, February 15, 2010

Sultan Tidak Berputera - 15.02.2010

Tahukan anda siapa gerangannya individu dalam gambar ini. Baginda adalah Sultan Ahmad Tajudin Akhazul Khairi Waddin ibni Almarhum Sultan Muhamad Jamalul Alam II, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Baginda merupakan Sultan Brunei ke 27 yang memerintah mulai 1924 hingga 1950. Diputerakan pada 02 September 1913 di Istana Pekan, Bandar Brunei dan Mangkat secara mengejut di Singapura pada 04 Jun 1950. Sebelum jenazah Baginda dibawa balik ke Brunei, iannya diletakkan di Istana Besar Johor Baharu, Johor untuk Istiadat Penghormatan.

Baginda berkahwin dengan Tengku Ampuan Raihani bt Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah. Tengku Ampuan adalah puteri kepada Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Kelima. Baginda diputerikan pada 11 Oktober 1911 dan mangkat pada 22.09.1993 dan dimakamkan di Makam DiRaja Selangor, Kelang. Memang membanggakan anak Bugis dari Selangor ini menjadi Raja Isteri bagi Sultan Brunei. Walau bagaimanapun, apabila kemangkatan Sultan Ahmad, Baginda telah digantikan oleh adindanya sebagai Sultan Brunei yang baru iaitu Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien yang merupakan Ayahanda kepada Sultan Brunei Sekarang KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah. Keadaan ini berlaku kerana Sultan Ahmad tidak mempunyai putera. Hasil perkahwinan Baginda dengan Tengku Ampuan Raihani dan Kedayang Amas hanya menghasilkan empat orang puteri sahaja, seorang berbondakan Tengku Ampuan dan selebihnya anakanda Kedayang Amas.

Itu adalah ketentuan dan takdir seorang Sultan yang tidak mempunyai zuriat lelaki yang akan mewarisi legasi Baginda sebagai seorang Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negara Brunei Darussalam. Jika dilihat di Malaysia sekarang ini, keadaan yang sama akan berlaku di Kedah kerana Sultan sekarang tidak mempunyai Putera dan Baginda hanya mempunyai tiga orang puteri yang mana seorang daripadanya telah mangkat.

4 comments:

  1. Why is this My spouse and i never thought of their?
    My webpage - http://www.zuneauto.com

    ReplyDelete
  2. Thank you so much many on your interesting in addition to
    useful comments so far. A great deal food for imagined.
    Quite a few attention seeking tips along with sides around.

    I cannot express that To be sure with everything else which you claim when i
    didnrrrt admit a legitamecy of one's publish I'd
    personally end up being uninformed for your information.
    My site - Treating Genital Warts

    ReplyDelete
  3. Mungkinkah sultan ini belum mangkat lalu meninggal kan istana akibat daripad krisis keluarga? Kemungkinan juga baginda menjalani hidup sebagai rakyat biasa dan kemudian berkahwin dan mempunyai putera mahkota. Ini andaian saya sahaja. Yuhan maha kuasa...

    ReplyDelete
  4. Mungkinkah sultan ini belum mangkat lalu meninggal kan istana akibat daripad krisis keluarga? Kemungkinan juga baginda menjalani hidup sebagai rakyat biasa dan kemudian berkahwin dan mempunyai putera mahkota. Ini andaian saya sahaja. Tuhan maha kuasa...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.