Monday, December 21, 2009

Menara Condong - 19.12.2009

Dalam perjalanan menuju Sabak Bernam, My Bro Muss kata nak ikut balik melalui Teluk Intan, Perak. Dia nak tengok rumah yang pernah duduki semasa ayahandanya bertugas di Teluk Intan, Perak. So kita orang ikut highway. Dulu masa Syah kecil bandar ini dikenali sebagai Teluk Anson dan kemudianya sekarang telah di Tukar ke Teluk Intan kerana tidak mahu mengekalkan nama PENJAJAH.Tempat pertama we all melawat Menara Condong. Dulu masa Syah kecil pernah nenekanda bawa ke sini tapi tempat nie taklah sefamouse sekarang. Orang tak pandangpun menara nie masa tu. Salah seorang penderma utama menara ini adalah seorang kontraktor cina bernama Leong Choon Cheong serta kontraktor Ceylon. Ada dua pendapat berbeza mengenai tarik pembinaannya. Ada yang menyatakan tahun 1885 dan ada yang menyatakan 1892.
Dulu ianya dikenali sebagai Jam Tinggi tapi sekarang Menara Condong mungkin kerana bentuk fizikalnya yang condong seperti menara pisa. Nama asal Teluk Intan adalah Teluk Anson. Ditukar kerana tak mahu ada ciri-ciri penjajah. Dulu Muss, Kak Long Fadilah, Kak Ngah Faziah dan Zul tinggal di Teluk Intan kerana ayahandanya bertugas di Shell. Menara Condong ini terletak diantara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara. Pada masa dahulu penduduk tempatan telah membeli jam berkunci di London buatan Firma J.W. Benson - Ludgatehill London untuk diletakkan di menara ini. Actually, diantara tujuan asal pembinaan menara ini adalah sebagai sebuah tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau, Bagi memperingati jasa pentadbir masa itu (British), Bagi membekalkan air untuk memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran, sebagai penentu waktu (time keeper) dan sebagai mercu tanda bandar. Dalam masa tertentu loceng akan dibunyikan. Sebenarnya loceng nie kecil jer cuma anda semua nampak besar sebab Syah ambil gambar dari dekat. Menara ini pernah dijadikan sebagai pejabat pengakap di tingkat 2 pada tahun 1940 dan pada tahun 1977 - 1992 dijadikan sebagai Pejabat Cawangan Perancangan Keluarga (National Family Planning Board) Dibahagian bawah sekali ada kolam air. Syah lihat banyak duit syiling kat dalamnya. Adalah agaknya visitor yang beranggan sambil buat wish masa baling duit tu. So kepada sesiapa yang datang melawat Teluk Intan jangan lupa singgah di Menara Condong yer. Masuk ke Menara ini tidak dikenakan sebarang bayaran cuma register nama dan bilangan visitor sahaja. Nampak tak tangga menuju ke aras atas menara condong. Ianya diperbuat dari kayu. Gayat bro......... tangga berpusing dan curam sangat. Syah terfikir kalaulah bangunan nie collapse habis lah Syah kat dalam nie.
Jika kita naik sampai ke atas, kita akan dapat melihat Bandar Teluk Intan dari pelbagai arah. Ganbar diatas menunjukkan Salah satu view bandar Teluk Intan dari atas Menara Condong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.