Monday, December 21, 2009

Mee Rebus Mastan Ghani - 19.12.2009

Mee Rebus atau Rojak. Hemmmm Sedapnya........ terliur kita dibuatnya. Biasanya bila sebut mee rebus atau rojak kita refer kat kedai mamak lah mana lagikan. kalau kat gerai orang melayu biasanya famouse dengan mee kari atau mee jawa. Tapi kalau di KL jika nak makan mee rebus kena hati-hati kerana rasanya tak sama macam mee rebus kat kampung. Mamak kat KL buat Mee Rebus buat syarat jer, rasanya hampas. Di Teluk Intan ada tempat yang Mee Rebus atau Rojaknya Meletopsssssssss. Makan sekali memang ingat sampai bila-bila. Lokasi kedai ini berhampiran Menara Condong Teluk Intan. Restoran nie namanya Mastan Ghani Mee & Rojak. Memang asli mee rebusnya. Inilah sebahagian daripada petugas di restoran ini. Yang dikiri sekali tu, cashier inform Syah dia bertugas sudah hampir 40 tahun di restoran ini.
Muss makan mee rojak dengan kuih udang lebih dan sirap limau. Syah pula, mee rebus dan cendol - Very the mamak style.
Mee Rebus dan Rojak harganya RM3.00, Cendol, Bandung dan Air Nenas RM3.50, Air Tin RM1.50 dan Air Manis, Laici dan Sirap Limau RM1.00. Inilah dia Mastan Ghani pengasas mee dan rojak Mastan Ghani dan dibawah tu rakan kongsinya masa dulu. Dua-dua dah jadi Allahyarham. Syah ambil gambar nie di restoran berkenaan. Di Teluk Intan sahaja restoran ini ada 3 cawangan tak silap Syah. Bilalah agaknya mereka nak buka cawangan di KLCC atau Pavalion. Mesti untung banyak. Harga makanan di restoran nie taklah mahal sangat - affordable. check it out kat bawah nie. Jadi kepada pembaca semua kalau singgah ke Teluk Intan, Perak, jangan lupa menikmati mee rebus atau rojak di Mastan Ghani. Sure anda takkan rasa hampa dengan rasanya. Tanya jer orang Teluk Intan mereka mesti tahu kat mana lokasi restoran ini. Nak buat tempahanpun boleh just call 012 - 5562608

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.