Wednesday, July 17, 2013

Raja Nazrin Berbuka Puasa dan Merasmikan Masjid Kampung Kubu Gajah


17 Julai 2013, Rabu :-

Malam semalam, Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Kubu Gajah di Kerian.  Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.  Sebagai kenang-kenangan, baginda telah menanam sepohon pokok dalam kawasan masjid. Dalam majlis ini juga, baginda telah berkenan menyerahkan cek berjumlah RM37,000.00 untuk masjid-masjid di Mukim Tanjung Piandang.



Kelihatan baginda menyerahkan replika cek berjumlah RM37,000.00 kepada Penghulu Tanjung Piandang, Mohamad Nazri Saidin.

Sumber :- Bernama

Tuesday, July 16, 2013

Raja Azmi Bertunang



16 Julai 2013, Selasa :-

Shukur Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada Raja Azmi Raja Sulaiman yang telah selamat bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, Mohd Eddie Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Eddie.  Majlis pertunangan diadakan lebih kurang jam 18:00hrs  semalam 15 Julai 2013 di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana, Hulu Klang. Ibu kepada Eddie, Mariah Abu Samah (73 tahun) telah menyarungkan cincin pertunangan kejari manis Raja Azmi sebagai tanda mereka telah diikat dengan tali pertunangan.


Majlis pertunangan ini agak unik dimana pihak perempuan diwakili oleh anak sulong Raja Azmi, Puteri Suraya Jalani (28 tahun) manakala pihak lelaki pula diwakili oleh anak sulong Eddie, Muhammad Daniel (21 tahun). Persetujuan telah dicapai oleh kedua-belah pihak dimana pasangan ini akan bertunang selama dua bulan sebelum mendirikan rumahtangga pada tarikh 15 September 2013.



Pihak Raja Azmi menerima tiga dulang hantaran berupa buah-buahan, coklat dan telekong serta senaskah al-Quraan menggantikan wang hantaran. Hantaran pihak lelaki dibalas 5 dulang oleh pihak perempuan berupa  beg duit, jam tangan, baju kemeja, kek dan coklat.

Bak kata orang Cinta Tak Mengenal Usia, Raja Azmi berusia 54 tahun bertemu jodoh dengan Eddie yang berusia 45 tahun. Itulah suratan takdir namanya kerana jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh ALLAH. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang sebaik mungkin tetapi Allah yang menentukan segalanya. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri.

Entry Syah terdahulu berhubung Raja Azmi ini :-


Sumber :- Kosmo / MBS / Utusan Online

Monday, July 15, 2013

Sultan Brunei Hadiri Majlis Semahyang Fardhu Zuhur Berjemaah, Membaca Yassin, Bertahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda


15 Julai 2013, Isnin :-

Petang tadi Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien serta Kerabat Diraja Brunei telah berkenan berangkat ke Majlis Semahyang Fardhu Zuhur Berjemaah, Membaca Yassin, Bertahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Brunei  yang ke 67 Tahun.  Majlis diadakan di Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Majlis Berbuka Puasa Di Istana Iskandariah



15 Julai 2013, Isnin :-

Malam semalam telah diadakan Majlis Berbuka Puasa untuk kerabat diraja Perak.  Majlis diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Turut berangkat dalam majlis malam semalam adalah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa.


\

Sumber :- Ku Jannah / Raja Putra Shah /Ku Yam / Ku Duya

Queen Elizabeth II Silver Jubilee Commemorative Plate


15 Julai 2013, Isnin :-


Semalam Syah ke AmCorp Mall di Petaling Jaya untuk melihat-lihat jualan barangan lama atau junk sale di pusat membeli belah berkenaan yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad semenjak dari dahulu lagi. Syah berkunjung kesini pada hari Sabtu dan Ahad lepas tetapi lebih banyak gerai dan pilihan boleh dibuat jika anda datang pada hari Ahad.  Jalan punya jalan akhirnya Syah terjumpa Queen Elizabeth II Silver Jubilee Commemorative plate. Syah sekarang sedang dalam usaha membuat koleksi piring/pinggan peringatan Queen Elizabeth II. Harga yang ditawarkan memang berpatutan dan Syah terus membelinya. Bertambahlah koleksi Syah dan Insyallah Syah akan kumpul duit untuk membeli pinggan/piring peringatan baginda yang lain terutamanya semasa pertabalan baginda Queen Elizabeth II pada 1953.

Hari Keputeraan Sultan Brunei Ke-67

























15 Julai 2013, Isnin :-

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena

Hari Keputeraan Yang Ke-67 

"Semuga Allah Merahmati Tuanku"

"Dirgahayu Tuan Patik"



Sembah Takzim Daripada

Prince Maharum Bugis Syah

Upacara Tembak Meriam Sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei

15 Julai 2013, Isnin :-

Pagi tadi telah diadakan upacara Tembak Meriam sebanyak 21 das sempena Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 67 Tahun.  Puja Usia merupakan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien . Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei


Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Di Makam Al-Marhum Sultan Sharif Ali

15 Julai 2013, Isnin :-

Pada hari Sabtu lepas bersamaan 13 Julai 2013, Universiti Islam Sultan Sharif Ali atau UNISSA telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk Al-Marhum Sultan Sharif Ali.  Majlis diadakan di Makam Al-Marhum Sultan Sharif Ali di Jalan Kota Batu, Bandar Seri Bagawan. Mereka yang hadir ke majlis ini merupakan pegawai, tenaga pengajar dan kakitangan UNISSA yang diketuai oleh Rektornya, Pengiran Anak Dr. Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail.  Majlis dimulai dengan bacaan Al Fatihah diikuti bacaan Yasin yang dipimpin oleh Dr. Azme bin Haji Metal manakala bacaan Tahlil dipimpin oleh Supri bin Haji Sudin. 

Al-Marhum Sultan Sharif Ali merupakan Sultan Brunei ke-3 yang memerintah diantara tahun 1426 hingga 1432.  Al-Marhum juga dikenali dengan panggilan Sultan Berkat  dan merupakan Sultan Brunei yang pertama membina Masjid di Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Pelita Brunei

Sunday, July 14, 2013

Tuanku Muhriz Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan


14 Julai 2013, Ahad :-

Malam semalam Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan di Seremban. Turut berangkat mengiringi baginda adalah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud dan kerabat diraja Negeri Sembilan.
 
Sumber :- Bernama 

Yang Di-Pertua Negeri Melaka Hadiri Majlis Pengkebuman Bekas Ketua Menteri Melaka.

14  Julai 2013, Ahad :-

Semalam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt Kasim telah menghadri majlis pengkebumian bekas Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahir Ithnin. Jenazah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim di Bukit Palah.  Allahyarham yang berusia 74 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 17:50hrs 12 Julai lepas dikedaman Allahyarham di Kampung Merlimau Pasir, Merlimau kerana mengalami komplikasi buah pinggang. Allahyarham telah dimasukkan ke Hosptal Gleneagles pada Mei lepas sebelum dipindahkan ke Hosptal Melaka pada 09 Julai lepas sebelum dibenarkan pulang pada 11 Julai.

Allahyarham dilahirkan pada 14 September 1939 di Kampung Merlimau Pasir Jasin merupakan seorang bekas guru dan pernah menjadi Speaker Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai dan Merlimau. Allahyarham menjadi Ketua Menteri Melaka mulai 23 Mei 1997 hingga  02 Disember 1999 menggantikan Allahyarham Datuk Seri Mohd. Zain Abdul Ghani yang meninggal dunia akibat angin ahmar. Jawatan terakhir beliau dalam kerajaan adalah Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri yang disandangnya mulai tahun 1999 hinggan 2004.  Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Khalijah Mohd. Jiddi (66 tahun) dan enam orang cahayamata.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham diatas kehilangan ini, Al-Fatihah ........ semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang berman dan beramal solleh. Amin

Sumber :- Bernama / Kosmo

Saturday, July 13, 2013

Kerabat Diraja Arab Saudi Ditahan Atas Tuduhan Memperdagangkan Manusia

Central Park West
13 Julai 2013, Sabtu :-

Baru-baru ini, isteri kepada seorang putera raja dari Arab Saudi telah di tahan atas tuduhan memperdagangkan manusia. Beliau yang dikenali sebagai Michele ditahan dikediamannya di Southern California Condominium di Central Park West atas tuduhan memaksa seorang wanita dari Canyon yang berusia 30 tahun sebagai hamba demostik (domestic slave).  Mangsa mendakwa bekerja tujuh hari seminggu tanpa diberi cuti. Mangsa bekerja siang dan malam selama 16-17 jam sehari dan terpaksa menjalankan apa juga tugas yang diarahkan majikannya.  Mangsa mula bekerja dengan majikannya semenjak 2012 di Arab Saudi dan kemudiannya pada awal tahun ini majikannya telah membawa mangsa ke USA tetapi enggan menyerahkan pasport mangsa kepada mangsa. Mangsa berjaya melarikan diri dari kediaman majikannya pada Selasa lepas 09 Julai 2013 dan telah membuat laporan polis.

Pihak polis memaklumkan bahawa Michele yang berusia 42 tahun mungkin akan menghadapi lebih banyak pertuduhan lagi apabila pasukan polis yang datang ke kediamannya mendapati ada empat orang pekerja Filipna yang pasport mereka juga disimpan oleh majkannya. Michele sekarang sedang ditahan dengan jaminan USD 5juta dan jika didapat bersalah, beliau akan berhadapan dengan hukuman penjara 12 tahun. Undang-undang tidak mengenal siapa kita apatah lagi kesalahan yang dilakukan itu berlaku di negara lain yang mempunyai undang-undang tersendiri. 

Teringat Syah pepatah Melayu ada mengatakan jika masuk kandang kambing mengebik, masuk kandang kerbau menguak.  Maksudnya, kita harus menyesuaikan diri atau ambil tahu adat istiadat tempat orang yang kita datangi itu. Mungkin apa yang kita lakukan boleh diterima ditempat kita tetapi tidak ditempat orang lain.

Sumber :- CNN

Friday, July 12, 2013

Tuanku Abdul Halim Berbuka Puasa Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak

12 Julai 2013, Jumaat :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jemaah Menteri Kabinet dan tetamu-tetamu jemputan khas.  Turut mengiringi baginda adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun.  Majlis diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Seramai 36 pelajar Tahfiz dari Madrasah Nurul Hidayah di Kampung Pandan turut serta dalam majlis ini.

Sumber :- Bernama

Sultan Selangor Terima Zakat Daripada PKNS dan Sampaikan Sumbangan Hari Raya


12 Julai 2013, Jumaat :-

Semalam Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, Selangor.  Dalam majlis ini juga, baginda turut menerima bayaran zakat dan  memberi sumbangan Hari Raya kepada fakir miskin,anak yatim dan mualaf.  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS telah menyerahkan wang zakat sebanyak RM4,025,180.84 kepada Tuanku Sultan Selangor yang disampaikan oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.  Tuanku Sultan Selangor juga telah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya berjumlah RM400.00 kepada 150 orang asnaf fakir, 150 orang asnaf miskin, 100 orang asnaf mualaf dan RM100.00 kepada 150 orang anak yatim.


Sumber :-Bernama

Wednesday, July 10, 2013

Dua Kubah Dikiri dan Kanan Singahsana Di Balairong Seri Istana Syarqiyyah


10 Julai 2013, Rabu :-

Ini adalah Singahsana baru di Balairong Seri Istana Syarqiyyah yang merupakan Istana rasmi Sultan Terengganu. Singhsana ini merupakan singahsana yang baru dibuat dan bukannya diambil daripada Balairong Seri Istana Maziah yang merupakan istana rasmi sebelum ini.  Singahsana di Balairong Seri Istana Maziah masih dikekalkan di Istana berkenaan. Tentunya kita tertanya-tanya apakah fungsi dua buah kubah dikiri dan kanan singahsana berkenaan kerana iannya tidak ada sebelum ini.  

Kubah disebelah kiri adalah tempat bersemayam Yang di-Pertuan Muda Terengganu dan isteri baginda. Buat masa ini Yang di-Pertuan Muda Terengganu masih lagi bujang, sebab itulah hanya diletakkan sebuah kerusi sahaja. Manakala kubah yang disebelah kanan adalah untuk persemayaman bonda kepada Tuanku Mizan iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu, Dato' Seri Sharifah Nong Asegaff dan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja yang merupakan Nenda Tiri kepada Tuanku Mizan.  Gambar ini diambil sempena Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu ke-51 pada 07 Julai lepas.  Tiada kerusi diletakkan dibawah kubah berkenaan kerana bonda dan nenda tiri baginda tidak hadir pada istiadat berkenaan.

Sungguh mulia hati Tuanku Mizan yang tidak melupakan bonda tersayang dan nenda tiri baginda untuk bersama-sama berada diatas singahsana untuk setiap majlis rasmi kerajaan negeri Terengganu.  Bonda Tuanku Mizan merupakan isteri kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj.

Dirgahayu Tuanku Patik. 

Sumber :- Husam / Protokol Istana Syarqiyyah

DYMM Raja Zarith Rasmikan Pusat Perkhidmatan Paediatric Palliative Care, Hospital Sultan Ismail

10 Julai 2013, Rabu :-

Petang semalam lebih kurang jam 15:00hrs, isteri kepada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mencemar duli merasmikan Pusat Perkhidmatan Paediatric Palliative Care di Hospital Sultan Ismail di Johor Baharu, Johor. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Subramaniam Sathasivam ; Menteri Besar Johor, Dato' Seri Mohd Khalid Nordin dan isteri, Datin Seri Rosni Omar.  Tuanku sempat meluangkan masa melawat pusat berkenaan.

Sumber : Ismail/ Raja Zarif Fanpage

Tuesday, July 9, 2013

Al-Sultan Kelantan Akhiri Lawatan Rasmi Ke Sabah


09 Julai 2013, Selasa :- Hari ini Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammmad V telah mengakhiri lawatan rasmi lima hari baginda ke Sabah. Kelihatan baginda berkenan melakukan pemeriksaan perbarisan pasukan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berangkat pulang.

Sumber :- Bernama

Queen Elizabeth II Bakal Menerima Dua Orang Cicit

09 Julai 2013, Selasa :-

Seluruh dunia sekarang sedang menunggu-nunggu berita mengenai kelahiran bakal pewaris tahta Britain yang dijangka dilahirkan pertengahan Julai ini dan tentunya berita ini mengembirakan semua pihak terutamannya baginda Queen Elizabeth II dan Prince Philip, Duke of Edinburgh.  Kegembiraan baginda bertambah berlipat kali ganda apabila mendapat berita bahawa baginda akan menerima seorang lagi cicit pada awal tahun hadapan.  Cucunda baginda, Zara Phillips yang berkahwin dengan pemain rugby, Mike Tindall dilaporkan akan menerima cahayamata pertama mereka pada awal tahun hadapan. Istana Buckingham telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Zara merupakan anak perempuan kepada Her Royal Highness The Princess Royal dengan bekas suaminya Kapten Mark Philips. Zara  yang berusia 32 tahun berkahwin dengan Tindall yang berusia 34 tahun pada Julai 2011 berada dikedudukan ke-15 sebagai pewaris tahta Britain apabila anakanda kepada Duke and Duchess of Cambridge dilahirkan nanti. Anak kepada Zara yang bakal lahir ini nanti tidak akan menggunakan sebarang gelaran diraja atau menggunakan gelaran His/Her Royal Highness sepertimana Zara dan abangnya sendiri, Peter Philip yang tidak diberikan gelaran diraja.

Sumber :- 

Monday, July 8, 2013

Pemangku Raja Perak Cadangkan Kerajaan Memperkenalkan Subjek Kenegaraan

08 Julai 2013, Isnin :- 

Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menyampaikan ucapan dalam Majlis Syarahan Angkatan Tentera Malaysia bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 : Permuafakatan dan Perpaduan yang diadakan di Wisma Perwira, Kuala Lumpur. Dalam ucapanya, baginda meminta agar pihak kerajaan memperkenalkan subjek Kenegaraan dengan kadar segera bagi mendidik jenerasi muda mengenai perlembagaan dan seterusnya melahirkan warga Malaysia yang memahami aspek perpaduan dan permuafakatan. Titah baginda lagi, selagi rakyat tidak memahami perlembagaan selagi itulah ada segelintir rakyat yang cuba menghina sistem demokrasi raja berpelembagaan di negara ini.

Sumber :- Bernama / BH Online

Kek Hari Keputeraan Sultan Terengganu Ke-51 Tahun


08 Julai 2013, Isnin :- 

Sambutan Hari Keputeran, Hari Jadi atau Hari Lahir tidak akan sempurna jika tiada kek sebab iannya sudah menjadi lumrah bagi masyarakat kita semenjak dari dahulu lagi.  Walau bagaimanapun ada diantara kita menukarkan kek dengan pulut kuning, pie, cup cake dan seumpamanya mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing. Gambar diatas merupakan kek Hari Keputeraan yang ke-51 tahun Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Malam tadi telah diadakan Majlis Santapan sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang ke-51 buat julung kalinya di Istana Syarqiyyah, yang merupakan Istana baru Sultan Terengganu.


Sumber :- To' Puan Anna

Sunday, July 7, 2013

Balairong Seri Istana Syarqiyyah


07 Julai 2013, Ahad :-

Inilah dia Balairong Seri Istana Syarqiyyah yang merupakan Istana  Baru Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu. Dari jauh lagi kita boleh melihat Singahsana Kesultan Terengganu berdiri megah melambangkan kedaulatan Sultan-Sultan Terengganu.  Hari ini balairong Seri ini telah digunakan buat pertama kalinya untuk Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang ke-51.  Istana baru ini merupakan istana rasmi Tuanku Sultan Terengganu dan semua majlis rasmi akan berlangsung di istana ini.


Sebelum ini ianya lebih dikenali dengan panggilan Istana Bukit Chendering kerana kedudukannya diatas bukit dalam mukim Chendering dan kemudiannya atas perkenan Tuanku pada 04 Julai 2013 baginda telah berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana ini dengan nama Syarqiyyah yang membawa maksud "Permata Timur".  Istiadat dimulai dengan laungan Azan oleh pegawai agama istana diikuti upacara menaikkan Bendera Sultan sebelum Menteri Besar Terengganu membacakan pengisytiharan pemasyhuran nama istana tersebut. 


Istana ini dibina dalam empat fasa bermula pada tahun 2006 sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun 2014. Fasa pertama dan kedua melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik. Fasa ketiga dan keempat melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalaman dan seumpamanya.

Sumber :- Husam / Kosmo / Bernama / Malaysianreview

Majlis Istiadat Bersanding YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri Di Brunei Darussalam

07 Julai 2013, Ahad :-

Malam tadi telah diadakan Majlis Istiadat Bersanding YAM  Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri yang berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja Negara Brunei Darussalam. Istiadat berlangsung di Bilik Singahsana, Balai Penghadapan Bukit Kayangan di Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Selepas Majlis Istiadat Bersanding selesai, para tetamu dijemput ke Dewan Santap, Balai Penghadapan Bukit Kayangan untuk menghadiri Majlis Santapan sempena Majlis Istiadat Bersanding ini. Tetamu kehormat dalam majlis ini adalah Timbalan Sultan Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan isteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman.

Pelamin Penganti Diraja

YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri diatas pelamin bagai pinang dibelah dua.

Sama Padan Sama Cantik

Upacara Memotong Kek Perkahwinan Diraja

Sebahagian daripada rombongan Pengantin Diraja Perempuan, Kiri sekali DYMM Sultan Ismail Petra, YMM Raja Perempuan Tengku Anis, Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah, Tengku Mahkota Kelantan YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani dan Tengku Muhammad Fakhry.


Keluarga Diraja Brunei :- Dari kanan sekali adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan isteri Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan isteri, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei

YMM Raja Perempuan Tengku Anis Melawat Kampung Air


07 Julai 2013, Ahad :- Sempena Istiadat Bersanding Diraja diantara YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri, keluarga diraja Kelantan telah berada di Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri istiadat berkenaan.  Semalam Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid dan rombongan diraja Kelantan telah dibawa berangkat menyusur Sungai Brunei, melawat Galeri Pelancongan dan Kebudayaan Kampung Ayer serta singgah ke rumah Ketua Kampung Lorong Sikuna. 

Turut serta dalam lawatan ini adalah besan kepada YMM Raja Perempuan Tengku Anis,  Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. 

Keberangkatan tiba YMM Raja Perempuan Tengku Anis di Jeti Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan disambut oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Rombongan diraja telah diberi taklimat mengenai pameran yang diadakan di  Galeri Pelancongan dan Kebudayaan Kampung Ayer. Galeri ini mempamerkan kegemilangan Kampung Ayer di masa silam sebagai pusat kerajaan dan pentadbiran negara, pusat perdagangan, kebudayaan dan kemahiran pertukangan tangan orang-orang Brunei 

Sumber :- Pelitabrunei/ Jabatan Penerangan Brunei

Saturday, July 6, 2013

Al-Sultan Kelantan Melakukan Pemeriksaan Perbarisan PALAPES

06 Julai 2013, Sabtu :-


Pagi tadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah berkenan mencemar duli melakukan pemeriksaan perbarisan Pasukan Pegawai Simpanan (PAPAPES) ke-32 di Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.  Tuanku Muhammad V berada di Sabah untuk lawatan rasmi 5 hari bermula semalam. Kelihatan baginda membalas tabik hormat ketika melakukan pemeriksaan perbarisan PALAES.  Malam ini majlis resepsi sempena perkahwinan adinda baginda, YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi akan berlangsung di negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Bernama

Friday, July 5, 2013

Tuanku Abdul Halim Solat Jumaat Di Masjid Negara Dan Ada Sedikit Kelainan Hari Ini


05 Julai 2013, Jumaat :-

Tengahari tadi Syah Solat Jumaat di Masjid Negara di Jalan Perdana, Kuala Lumpur dan kebetulan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Solat Jumaat disana.  Tapi hari ini agak pelik kerana Syah lihat tiada hamparan permaidani merah seperti kebiasaannya.  Disebabkan tiada hamparan permaidani merah kebanyakan jemaah mungkin tidak perasaan kehadiran Tuanku Abdul Halim kecuali mereka yang berada di saf hadapan. Syah lihat Tuanku dan rombongan berjalan keluar dengan seorang dua jemmah sahaja bersalaman dengan Tuanku dibahagian luar masjid tidak seperti kebiasaannya ramai yang beratur dihamparan permaidani merah menunggu Tuanku untuk bersalaman.  Di satu sudut yang lain pula orang ramai berkerumun dan bersalaman dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bergambar dengan Tun.  Lebih ramai yang mengerumuni Tun daripada Tuanku Abdul Halim.  Syah cuba menghubungi PR Masjid Negara tetapi beliau tidak dapat dihubungi.



Gambar ini Syah ambil pada 31 Mei lepas sewaktu keberangkatan pulang Tuanku Abdul Halim setelah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara. Lihat betapa ramai orang beratur dikiri dan kanan hamparan permaidani merah untuk bersalaman dengan Tuanku Abdul Halim berbanding gambar diatas.

Update :-

Jam 16:31hrs tadi Syah dapat bercakap dengan PR Masjid Negara dan Syah dimaklumkan tiada hamparan karpet merah pada hari ini kerana keberangkatan Tuanku ke Masjid negara sebentar tadi bukan atas urusan rasmi sebagai contohnya keberangkatan baginda ke Masjid Negara sempena Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan seumpamanya.  Sebab itulah tiada hamparan permaidani merah pada hari ini.

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Penyampaian Sumbangan kepada Mangsa Insiden Pencerobohan di Lahad Datu


05 Julai 2013, Jumaat :-

Petang semalam lebih kurang jam 19:00hrs telah diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Penyampaian Sumbangan kepada Mangsa Insiden Pencerobohan di Lahad Datu di Istana Negara, Kuala Lumpur. Turut serta mencemar duli menghadiri majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah ; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri  Jamil Khir Baharom.



Sumber :- DS Jamil Khir Baharom

Thursday, July 4, 2013

Tengku Jun Menjalani Prosidur Endoscopy dan PEG Feeding Tube

04 Julai 2013, Khamis :- 

Baru sebentar tadi Mak Engku Jun atau Tengku Khillah binti Tengku Yahya telah selesai menjalani prosidur endoscopy dan memasukkan PEG feeding tube kedalam usus beliau di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Prosidur dilakukan oleh  Mr Yan, Ketua Unit Bedah Hospital Raja Permaisuri Bainun. Prosidur ini adalah untuk memudahkan beliau mengambil makanan. Sekarang beliau dalam keadaan stabil tetapi belum sedar sepenuhnya dari kesan ubat bius. Shukr Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Syah doakan semuga Mak Engku cepat sembuh. Amin.

Sila click Entry Syah terdahulu berkenaan kesihatan Mak Engku Tengku Jun Dimasukkan Ke Hospital

Sumber :- Kuyam

Wednesday, July 3, 2013

His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani Dilantik Emir Qatar Yang Baru

03 Julai 2013, Rabu :-

Inilah dia His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, Emir Qatar yang baru dilantik  menggantikan Ayahanda baginda, His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.  His Highness Sheikh Hamad telah memberi laluan kepada anakandanya yang baru berusia 33 tahun ini untuk memimpin negara yang kaya dengan hasil minyak dan sekaligus menjadikan baginda sebagai pemimpin termuda di dunia Arab. Penyerahan kuasa seperti ini jarang terjadi didunia Arab kerana kebiasaannya ia berlaku selepas kemangkatan pemerintah berkenaan sepertimana sistem penggantian Raja di negara kita. Walau bagaimanapun kaedah ini dilihat sebagai satu langkah perubahan bagi golongan muda menerajui negara dengan idea-idea yang baru. His Highness Sheikh Hamad berusia 61 tahun dan telah memerintah Qatar selama 18 tahun semenjak 1995.  Qatar telah diperintah oleh Keluarga Al-Thani hampir 150 tahun yang lalu. His Highness Sheikh Hamad mengidap masalah penyakit buah pinggang tetapi pengunduran beliau bukanlah atas faktor kesihatan tetapi untuk memberi laluan kepada pemimpin muda mentadbir Qatar.

His Highness Sheikh Tamim diputerakan pada 1980  dan merupakan putera kedua His Highness Sheikh Hamad bersama isteri keduanya Her Highness Sheikha Mozah.  Baginda mendapat pendidikan di Harrow dan Sherborne di United Kingdom serta menamatkan latihan tenteranya pada 1998 di Royal Militar Academy Sandhurst. Semenjak 2005 lagi baginda telah menerima latihan dan diberi pendedahan pendedahan sebagai Emir Qatar. 

His Highness Sheikh Tamim berkahwin dengan sepupu baginda His Highness Sheikha Jawaher binti Hamad bin Suhaimi Al-Thani pada 2005 dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata.  Pada tahun 2009, baginda berkahwin sekali lagi dengan His Highness Sheikha Anoud binti Mana Al-Hajri dan dikurniakan dengan dua orang cahayamata.  Baginda mempunyai tiga orang putera dan tiga orang puteri setakat ini.

Sumber :- News Middle East / Tentang Qatar.Com / Republika Online

Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap oleh Bakal Ketua-Ketua Asing Ke Malaysia

03 Julai 2013, Rabu :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap oleh Bakal Ketua-Ketua Asing ke Malaysia.  Istiadat diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menerima watikah daripada Duta Besar Burkina Faso, Idriss Raoua Ouedraogo. Diantara Bakal Ketua-Ketua Asing yang mengadap Tuanku Abdul Halim di Istana Negara semalam adalah Duta Besar Republik Estonia, Andres Unga ; Duta Besar Republik Serbia, Jovan Jovanovic, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka, Ibrahim Sahib Ansar ; Pesuruhjaya Tinggi Kepulauan Solomon, Victor Samuel Ngele dan Duta Besar Republik Liberia, Youngor Sevelee Telewodo.

Sumber :- Bernama

Tuesday, July 2, 2013

Wartawan Dari Seluruh Dunia Sudah Berada DiLondon Untuk Liputan Kelahiran Bayi Prince William

02 Julai 2013, Selasa :-

Isteri kepada Duke of Cambridge, Prince William iaitu Duchess of Cambridge atau lebih dikenali dengan panggilan Kate dijangka akan melahirkan bayi sulongnya pada 11 Julai ini dan sudah tentu iannya menjadi buruan para wartawan dari seluruh dunia untuk membuat liputan mengenai kelahiran bakal pewaris tahta Britain ini. Kate dilaporkan akan melahirkan bayi berkenaan di Hospital St Mary dan beliau dikatakan berharap akan dapat menjalani proses kelahiran secara normal. Kelahiran pewaris tahta ini ini akan disambut dengan bedilan meriam dan bunyi loceng di Kota London.  Mulai 01 Julai lepas para wartawan dari seluruh dunia yang ingin membuat liputan berhubung kelahiran ini telah mula berada disekitar kawasan Hospital St. Mary dan mendirikan khemah walaupun kelahiran dijangka berlaku dalam masa dua mingggu lagi.

Sumber :- Royaltynu / US Weekly

Monday, July 1, 2013

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Santapan Malam Jubli Emas SMSAH

01 Julai 2013, Isnin :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam Jubli Emas Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim atau SMSAH yang berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. SMSAH ditubuhkan pada tahun 1963 dan telah menghasilkan seramai 5,500 pelajar hingga kini.  Dalam majlis ini Tuanku Abdul Halim telah berkenan melancarkan Yayasan SMSAH yang ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk aktiviti pembangunan sekolah. Alumni SMSAH mempunyai seramai 2,000 anggota yang aktif.

Datuk Rasli Basir telah dipilih untuk menerima Anugerah Tokoh Alumni SMSAH.  Anugerah Tokoh Alumni SMSAH merupakan pengiktirafan yang diberi kepada almuni SMSAH yang berjaya dalam sektor awam, politik serta korporat. Anugerah ini  merupa pertama kali diwujudkan sempena sambutan Jubli Emas SMSAH. Salah seorang Alumni SMSAH, Datuk Jamaluddin Hasan begitu bernasib baik malam tadi kerana telah memperolehi Proton Saga SV dalam cabutan bertuah.

Tuanku Abdul Halim pula telah menerima sepasang burung kakak tua bewarna merah sebagai cenderahati yang disampaikan oleh Professor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak. Jualan meja bagi sambutan jubli emas ini terbahagi kepada tiga kategori bernilai RM20,000.00, RM10,000.00 dan RM5,000.00 sebuah.  turut mengiringi baginda dalam majlis ini adalah Presiden Alumni SMSAH, Professor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Pengelola Majlis Santapan Jubli Emas SMSAH, Datuk Muhammad Faizal Zainol.

Sumber :- Bernama / Sinar Harian