Tuesday, August 23, 2011

Satu Lagi Perkahwinan Diraja Tahun Nie Diantara Prince George Friedrich dan Princess Sophie

Prince of Prussia dan Princess of Isenburg mengumumkan pertunangan mereka pada 21.01.2011 lepas


24.08.2011, Rabu - Georg Friedrich Prinz von Preußen atau His Imperial and Royal Highness the Prince of Prussia, Prince George Friedrich akan melangsungkan perkahwinannya dalam usia 35 tahun pada 27.08.2011 akan datang. Beliau merupakan Ketua Empayer Keluarga Diraja Hohenzollern yang merupakan sebuah Empayar Beraja yang pernah memerintah Jerman dan Purssia yang telah digulingkan pada 1918. Beliau merupakan cicit kepada His Imperial and Royal Majesty Wilhelm 11, Maharaja Jerman dan Raja Prussia yang terakhir. Pasangannya adalah Princess Sophie of Isenburg daripada keluarga aristokrat Zaman pertengahan Jerman. Sophie yang berusia 29 tahun merupakan puteri kepada Prince of Isenburg, Franz-Alexander dan Countess Christine von Saurma-Jeltsch.

Mengikut jadual, sehari sebelum istiadat pernikahan dilaksanakan, kedua-dua pasangan pengantin akan menjadi tuan rumah kepada Konsert Tahunan Yayasan Princess Kira of Purssian yang akan diadakan di Konzerthaus Berlin. Kebiasaannya konsert ini diadakan Istana Hohenzollern tetapi memandangkan hari tersebut merupakan hari teristemewa kedua mempelainianya telah ditukarkan ke lokasi lain untuk memuatkan lebih ramai tetamu. Dianggarkan seramai 1500 orang akan menghadiri konsert ini yang bertemakan 950 year House of Hohenzollern.

Pada keesokan harinya pula akan diadakan Istiadat Perkahwinan Diraja yang akan berlangsung di Friedenskirche atau Church Of Peace dengan disaksikan oleh seramai 700 para jemputan serta 70 orang wartawan dari dalam dan luar negara yang membuat liputan berhubung majlis ini. Para jemputan terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan jerman dan seluruh dunia. Pada majlis ini Princess Sophie akam mengenakan Tiara Pusaka Dinasti Hohenzollern serta Veil, walau bagaimanapun gaun pengantin masih lagi dirahsiakan dan menjadi tanda tanya.

Buka Puasa Dengan Mee Sua Tomyam Sayur Sahaja Harine

23.08.2011, Selasa - Nileah juadah buka puasa Syah arine, Mee Sua Tomyam Sayur. Nie jer yang sempat Syah masak kerana lewat sampai rumah. Sampai KTM Rawang jam 18:00hrs tetapi Syah tak ambil bas jam 18:30hrs kerana nak ke Giant beli keperluan dapur yang dah habis. So Syah ambil bas jam 19:30hrs dan berbuka dengan minum air soyabean sahaja dan malas nak beli makanan lain coz dah beli barang-barang dapur untuk masak kalau tak nanti banyak balance coz minggu depan dah balik kampung alamat busuklah stock sayuran tu.

Syah sampai Rawang Residence jam 20:00hrs dan terus Syah solat Maghrib. Lepas tu ingat hendak masak Meehon Tomyam tetapi memikirkan nak celur meehon lagi nanti lambat so Syah gantikan dengan Mee Sua dan dalam Tomyam tu Syah masukkan Bracoli, Tahu, Putik jagung, Tomato dan Cendawan. Syah makan jam 20:30hrs. Sebeluim tu makan supplement untuk lutut. Habis 5 pcs of Penut Candy atau Kacang Tumbuk Syah makan sebab lapar dan kalau lapo lagi Syah buat sandwich jer nanti........

Sultan Kedah Bertitah Supaya Golongan Asnaf Miskin Berusaha Memajukan Diri Sendiri

23.08.2011, Selasa - Semalam Sultan Kedah telah merasmikan Pusat Haemodialisis Zakat Kedah dan Pusat Kemahiran Jahitan Zakat bertempat di Menara Zakat, Alor Star, Kedah. Tuanku juga telah berkenan mengagihkan zakat kepada golongan asnaf miskin yang telah dikenalpasti. Semalam juga baginda telah menyempurnakan penyerahan zakat kepada Kolej Universiti Insaniah (RM1.1 juta), Sekolah Menengah (Arab) Yayasan Khairah, Baling (RM500,000.00), Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani (RM300,000.00) dan Sekolah Akademi Islam Abdullah Suboh, Sungai Petani (RM139,000.00)
Dalam titahnya baginda memaklumkan bahawa Zakat merupakan tunjang dalam pembangunan ekonomi dan taraf hidup masyarakat sesebuah Negara dimana ianya akan dapat membantu golongan asnaf menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Walau bagaimanapun, baginda mahukan golongan asnaf miskin berusaha memajukan diri sendiri serta keluarga dan seterusnya menjadi pembayar zakat pula dimasa hadapan.
Baginda juga menyarankan agar syarikat-syarikat korporat diberi inisiatif perlepasan cukai bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih terhadap bayaran zakat. Semalam juga baginda telah menerima pembayaran zakat daripada Syarikat Air Darul Aman (sada) sebanyak RM600,000.00,

Monday, August 22, 2011

Buka Puasa Ke-22

22.08.2011, Isnin - Hari nie buka puasa di Rawang Residence lagi dan sampai KTM Rawang jam 18:25hrs dan terus ke stesyen bas dan bas dah ada. Alamat berdirilah jawapnya, tak pe lah yang penting dapat balik buka puasa on time. Sampai rumah Syah masak Mee Sua Sayur, Bracoli Rebus dan Roti Telur tetapi bukan roti telur Mamak tu tapi roti yang Syah masak dengan telur dadar. Macam biasa mineral water, buah kurma dan buah kiwi kering serta buah pula anggur balance semalam dan ada lagi dalam peti ice untuk esok plak. Itew je menu hari nie simple dan jimat sket............... hehehehhe Makan Semua

Sultan Selangor Terima Bayaran Zakat Daripada Ariyani Textile Sdn Bhd

Sultan Selangor Menerima Mock Cheque Daripada Pengarah Urusan Jakel Silk House - Gambar dari Bernama.

22.08.2011, Isnin - Semalam Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenaan menerima bayaran zakat daripada Mohamed Faroz Mohamed, Pengarah Urusan Jakel Silk House bagi anak syarikatnya Ariyani Textile Sdn Bhd berjumlah RM180,164 .00. Penyerahan Zakat berkenaan berlangsung selepas majlis berbuka puasa di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang, Selangor.

Raja Muda Perlis Minta Masyarakat Selidik Pusat Tuisyen Sebelum Menghantar Anak Mereka Belajar di Pusat berkenaan.

22.09.2011, Isnin - Semalam Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa Jabatan Pelajaran Perlis yang diadakan di Komplek Warisan, Kangar, Perlis. Tuanku yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam titahnya menyarankan agar ibu bapa menyelidiki latarbelakang sesebuah pusat tuisyen sebelum menghantar anak mereka belajar bagi mengelakkan tiada agenda tersembunyi yang menimbulkan masalah atau kecurigaan agama.

Kenyataan ini berikutan insiden sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang didakwa menyebarkan agam Kristian kepada pelajar termasuk pelajar yang beragam Islam yang menimba ilmu di tempat itu. Turut mengiringi Tuanku adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat serta Pengarah Pelajaran Perlis, Don Kasa.

Perjalanan Ke Tempat Kerja

Syah dalam Komuter Pagi Nie. Malam Tadi Tiba-Tiba Rasa Nak Cukur Misai serta Gottee dan Tinggalkan Janggut Jer, macam orang-orang beriman jer......... Heheheheh


22.08.2011, Isnin - Hari nie Syah keluar rumah macam biasa lima minit sebelum jam 06:30hrs. Masa tunggu bas sempat sembang dengan kakak Indian jiran Azrin yang jual nasi lemak dan Syah tanya jual nasi lemak ke sekarang dan dia kata yer. Katanya syarikat tempat dia kerja tu dah nak tutup so dia jual nasi lemak jer, lagipun masa kerja dulupun dia jual nasi lemak bawa ke tempat kerja dia. Bau macam sedap jer dan kita tak boleh makan sebab dia yang buat kan....... Sampai KTM Rawang komuter baru sampai dan Syah berlari masuk stesyen dan since malam tadi peha Syah rasa sakit ototnya, nie mesti ada connection dengan lutu Syah, biasalah ......... adoi !!!!!!!!

Hari nie Syah dapat train yang seatnya dua-dua dan selesa lah rasanya dan Syah duduk tepi tingkap sebelah belakang sekali. Cuma bila orang ramai mereka letak tangan atas seat dekat kepala Syah dan rasa tak selesa. Biasalah, namapun naik public transport kan. Train mulanya berjalan lancar cuma bila sampai Segambut dia berhenti agak lama. Syah dengar ada annoucement dari pemandu minta penumpang tutupkan pintu bahagian belakang sekali. Lepas tu Syah nampak dia ke belakang buat inspection dan balik semula ke kepala komuter dan keluar balik bawa peraltan pertukangan. Tak tahu buat apa, betulkan pintu tu kot.

Adalah 5-10 minit berhenti baru jalan semula. Sampai LRT Kerinci Syah upload Touch & Go card guna mesin tu, RM10.00 jer sebab tak berani nak letak banyak-banyak takut nanti ada masalah susah wooooooo. Sampai office hampir jam 08:30hrs kira lambatlah tu sebab bulan puasa masuk kerja jam 08:00hrs. Manalah Syah nak sempat sampai coz dari Rawang Residence Syah naik bas tetapi kalau ada orang hantar mungkin cepatlah tapi nak buek cam mano.........................

Sunday, August 21, 2011

Artikel Mengenai Tengku Ismail Su Dalam NST Hari Ini - Princely Passion For Woven Heritage

Klick Gambar Untuk View Yang Lebih Besar UntukMembaca Artiikel Ini

21.08.2011, Ahad - Hari nie artikel mengenai Almarhum Tengku Ismail Tengku Su keluar diakhbar The News Straits Times. Klick gambar diatas untuk membaca artikel nie.

Buka Puasa ke 21 @ Rawang Residence

21.08.2011, Ahad - Salam semua dan apa khabar. Dah berbuka Puasa ..... tentu dah buka puasakan?. Haaaa......... nielah menu Syah hari nie di Rawang Residence. Today tak ke Pekan Rawang kerana rasa malas nak keluar dan cuaca panas tak hujanpun arie nie dan kepala Syah sakit sedikit tetapi dah ok dah sekarang. Syah buat Instant Mushroom Soup, Cucur Bawang Ikan Bilis, Tahu Goreng, Buah Anggur dan buat lagi Toasted Tuna Sandwich sebab nak habiskan roti yang expired 25 Ogos nanti.. Tak habispun Syah makan semua benda nie masa berbuka tadi dan bolehlah makan ulang-ulang sampai sahur nanti. Nielah menu orang bujang simple dan ala kadar jer janji perut kenyang kan? Heheheheh............

Sepanjang Hari Di Rumah

21.08.2011, Ahad - Dari pagi tadi Syah tak kemana hanya dirumah sahaja. Nak kata boring tak juga sebab facebook dan blog jadi teman dan tak sedar masa berlalu. Sekarang jam 18:01hrs dan Syah baru siapkan bahan-bahan untuk berbuka puasa. Syah nak buat Cucur Bawang ikan bilis, Sup Cendawan dan Sandwich. Hari nie tak ke Pekan Rawang kerana rasa malas sedikit nak keluar. Tulah rasanya juadah buka puasa hari nie, tak pe lah makan jer apa yang ada. Sebenarnya kepala Syah rasa sakit sedikit dan sekarang beransur ok. Jam 18:45hrs nanti baru Syah mula nak masak apa yang patut. Ok ........... anda semua bagaimana ............mesti ada temujanji buka puasa dihari minggu nie kan........selamat berbuka dan bergembira disamping keluarga atau orang tersayang.

Sultan Brunei Tunaikan Solat Insyak dan Terawikh di Masjid Raja ISteri Pengiran Anak Saleha


21.08.2011, Ahad - Pada 19.08.2011 lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menunaikan sembahyang Fardu Isyak dan Sunat Terawih berjemaah di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kg.Perpindahan Rimba, Gadong. Turut berangkat sama adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Al-fatihah Kepada Almarhum Sultan-Sultan Selangor

21.08.2011, Ahad - Bukti sejarah telah menunjukkan bahawa dalam kurun ke-17 masihi, terdapat ramai orang Bugis yang berasal dari Sulawesi mendiami pantai laut Selangor terutamanya di Klang dan Kuala Selangor. Pada kurun ke-18 masihi pula, merupakan permulaan sejarah beraja Negeri Selangor apabila raja-raja bugis lima bersaudara dari makasar berangkat ke kepulauan Melayu. Pada tahun 1722 Bugis Lima bersaudara ini telah menolong Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah untuk mendapatkan semula kerajaan Johor-Riau daripada kekuasaan Raja Kecil, Siak. Daripada kemenangan ini telah menaikkan martabat dan populariti orang Bugis di Nusantara, khasnya Tanah Melayu. Selepas kejayaan ini juga didapati orang-orang Bugis berulang alik dari Riau ke Selangor malah Daeng Perani dan Daeng Chelak telah berkahwin dengan keluarga diraja Bugis yang menetap di Selangor.

Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Riau pada 1756, Raja Lumu iaitu Putera Yamtuan Muda (II) Daeng Chelak dari Selangor telah dirajakan di Selangor pada 1765 dengan gelaran Sultan Salehuddin. Baginda juga di gelar Tuanku Raja Selangor atau Raja Selangor. Bermula dari sinilah keturunan baginda memerintah negeri Selangor hingga ke hari ini iaitu Sultan Selangor Kelapan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Al-Fatihah kepada Almarhum-Almarhum Sultan yang memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan Semuga Roh Baginda ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin.

Almarhum Sultan Salahuddin ibni Yamtuan Muda (II) Daeng Chelak (1765 - 1770) Sultan Selangor Pertama

Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Salahuddin (1770 - 1826) Sultan Selangor Kedua

Sultan Muhammad ibni Sultan Ibrahim (1770 - 1826) Sultan Selangor Ketiga

Sultan Sir Abdul Samad ibni Raja Abdullah (1826 - 1898) Sultan Selangor Keempat

Almarhum Sultan Sir Alaaeddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa - Sultan Selangor Kelima yang memerintah dari tahun 1898 - 1938. Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Keenam yang memerintah pada 1939 - 1942 dan diturunkan tahta sewaktu pemerintahan Tentera Jepun di Malaya dan naik tahta semula 1945 - 1960. Almarhum mangkat sewaktu menjadi Seri Paduka baginda yang di-Pertuan Agong ke-2 pada 01.09.1960.

Almarhum Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah yang memerintah sewaktu pemerintahan Jepun di Tanah Melayu 1942 - 1945. Almarhum turun tahta selepas British mengambil alih semula Tanah Melayu daripada Jepun. Almarhum merupakan Raja Muda Selangor tetapi terpaksa dilucutkan jawatannya kerana baginda Anti British dan digantikan oleh adindanya Tengku Hishamuddin (Kemudiannya Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj) sebagai Raja Muda Selangor. mangkat pada 08.11.1955 di Kuala Lumpur. Almarhum tidak meninggalkan sebarang zuriat.


Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Alhaj merupakan Sultan Selangor Ketujuh bermula (1960 - 2001). Baginda mangkat sepertimana Ayahanda baginda iaitu sewaktu menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Kesebelas pada 21.11.2001

Keluarga Diraja Sweden

21.08.2011, Ahad - Hari nie Syah hendak memperkenalkan secara ringkas kepada anda semua kerabat diraja Sweden. Disebelah kiri sekali adalah HRHPrincess Madeleine, HM King Carl XVI Gustaf, HM Queen Silvia, HRH Prince Carl Philip dan HRH Crown Princess Victoria. Baginda berdua mengumumkan pertunangan mereka pada 12.03.1976 dan berkahwin tiga bulan kemudiannya di Stockholm Cathedral pada 19.06.1976. Ada yang menyatakan jika mereka berkahwin semasa pemerintahan datuknya mendiang King Gustaf VI Adolf, Baginda akan kehilangan status sebagai pewaris tahta Sewden. Ini adalah kerana prinsip Mendiang yang mempercayai bahawa keturunan raja-raja hanya berhak berkahwin dengan mereka yang mempunyai darah Raja sahaja. Hasil daripada perkongsian hidup ini, baginda dikurniakan dengan seorang putera dan dua puteri iaiatu HRH Crown Princess Victoria yang dilahirkan pada 14.07.1977, HRH Prince Carl Philip dilahirkan pada 13.05.1979 dan akhir sekali HRH Princess Madeleine yang dilahirkan pada 10.06.1982.

Prince Carl Philip dilahirkan sebagai Putera Mahkota, walau bagaimanapun setelah tujuh bulan kelahiran beliau iaitu pada 31.12.1979 undang-undang telah digubal bagi membolehkan anak sulung baginda iaitu kekanda (kakak) Prince Carl Philip menjadi Puteri Mahkota Sweden iaitu sebagai pewaris tahta pertama Sweden. Pada 01.01.1980 Prince Carl Philip telah dianugerahkan gelaran baru iaitu HRH Prince Carl Philip, Duke of Varmland. Crown Princess Victoria pula telah berkahwin dengan Daniel Westling yang merupakan lelaki kebanyakan (rakyat biasa) pada 19.06.2010 dan kemudiannya mendapat gelaran Prince Daniel. Pada 17.08.2011 lepas pihak Istana mengumumkan berita baik mengenai kehamilan Crown Princess Victoria dan berita baik ini sememangnya ditungu-tunggu oleh rakyat Sweden.

HM King Carl XVI Gustaf diputerakan di Haga Palace, Solna, Stockholm dan merupakan satu-satunya anak lelaki bungsu Prince Gustaf Adolf dan Princess Sibylla yang terdiri daripada lima orang adik beradik. Ayahandanya mangkat dalam kemalangan kapalterbang pada 26.07.1947 di Copenhagen Airport sewaktu baginda berusia sembilan bulan dan merupakan pewaris kedua tahta Sweden. Baginda menjadi Raja Sweden menggantikan Mendiang Datuknya King Gustaf VI Adolf pada 15.09.1973 selepas kemangkatan datunya dan ditabalkan pada 19.09.1973 di Istana Diraja Stockholm.

Saturday, August 20, 2011

Sultan Selangor Rasmikan Masjid dan Beri Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim

Tuanku Sultan Selangor berkenaan menyampaikan Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim - Gambar dari Bernama

20.08.2011, Sabtu - Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan merasmikan Masjid At-Taqwa di Desa Subang Permai, Shah Alam. Selangor. Masjid ini dibina pada 1997 diatas tanah seluas 1.04 hektar dengan kos RM2 juta. Selepas majlis perasmian, Tuanku Sultan telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Dalam ucapan perasmiannya, baginda bertitah agar Masjid tidak dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik kerana ianya akan memecah-belahkan perpaduan ummah dan memusnahkan kemajuan negeri yang dikecapi selama ini. Baginda juga berharap agar jawatankuasa masjid merancang pelbagai program yang melibatkan seluruh kariah dari pelbagai lapisan usia dan status. Sektor korporat juga disarankan agar menyumbang melalui tanggungjawab sosial mereka bagi menaiktarafkan kehidupan masyarakat di Selangor.


Buka Puasa Hari Ke-20 Syah dan Resipinya Sekali

20.08.2011, Sabtu - Hari nie Syah masak untuk berbuka puasa. Jam 15:00hrs tadi Syah ke Pekan Rawang beli keperluan dapur dan balik jam 17;00hrs. Selepas solat Asar Syah terus sediakan makanan. Nie nak kongsi resipinya sekali. Ala masak biasa-biasa jer. Ini adalah Toasted Wholemil Sandwich With Tuna and Low Fat Cheese. Senang jer nak buatnya benda nie.
Bahan-Bahannya 4 Keping Roti Gandum Penuh, Tomato, Salad, Low Salt Soft Majerine, Low Fat Cheese dan Tuna Mayo serta Chachos. Mula-mula bakar roti tu dalam Toaster ikut style masing-masing.... nak hitam legam pun boleh atau biasa-biasa sajer pun ok. Suka hati Che' Nooooooooooo. Bila sudah siap keluarkan dan sapu majerine. Letakkan Tuna, susunkan tomato serta salad dan cheese. Tangkupkan dan potong ikut style anda suka, macam Syah suka bentuk tiga segi tu. Susun dalam pinggan dan letakkan Chachos disebelahnya.
Ini pula Mee Sua dengan sayur-sayuran. Biasanya Syah makan, makanan seperti nie masa berdiet. Ialah orang bulan puasa kurus tetapi Syah mantain jer beratnya sebab tiap-tiap hari asik makan nasi jer............. Sekarang dah masa untuk jaga makan semula dan kalau kadangkala makan lebih tu tak perlah tetapi jangan selalu. Bukan apa jika anda biasa berdiet dan tiba-tiba makan lebih dalam jangka masa panjang tu yang cepat jadi lebih gemuk dari biasa kerana askar dalam badan yang biasa membakar masa kita diet tu tak boleh buat kerja lebih dan jawapannya ia akan simpan benda tu. lama-lama jadi bukitlah means gemuk balik. Itulah bahayanya berdiet dengan cara yang salah tu. Ingat berdiet bukan membawa maksud menahan makan, Ada fahammmmmmmmmmmmm.......

Bahan-bahan untuk masak Mee Sua dengan Sayur-Sayuran nie adalah sudah semestinya Mee Sua......Mee Sua nie bentuknya macam meehon tapi lain sket la bahan dia dan biasanya orang cina suka makan benda ni. Selain daripada itu baahan-bahannya adalah Tahu, Bracoli, Cendawan, Tomato dan Bawang Merah serta Kiub Ayam. Mee Sua nie boleh didapati di pasaraya atau kedai runcit. Potong sayuran tadi kecil-kecil. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan tahu dan Kuib Ayam. Biarkan seketika dan masukkan sayur tadi kacau dan letakkan mee sua. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan. tak payah bubuh garam kerana kiub ayam tu dan memang ada garam. Senangkan masaknya tak payah tumis-tumis bak kata orng main campak jer dalam kuali. Amacam .... cubalah, sedapppppppp. Anda juga boleh campurkan ayam, sotong atau udang ikut citarasa anda, ikan bilispun sedap juga tapi kena tumbuk sedikit. Nak lagi sedap tumis lah tapi Syah tak suka sebab berminyak. Haaa ...........Yang nie pula adalah Air Nenas yang Syah buat sendiri. Actually Air Nenas dan Mee Sua tu adalah resipi keluarga Syah yang selalu dimasak oleh Almarhumah Mak (Nenda Syah) dan Bonda Ejon. Tiba-tiba teringat plak resipi Ikan Kembung Rebus Berlada resipi Bonda Ejon, terliur dan memang sedappppppppppppppppp dan Syah pernah cuba buat tapi tak sama macam Bonda Ejon masak. Berbalik pada Air Nenas nie tadi, buat Air Nenas nie senang jer ........ very the simple one dan rasanya memang sedap apatah lagi jika diminum sejuk-sejuk. Tak payah susah-susah beli air nenas yang dalam tin tu kerana ada bahan pengawit. Buat sendiri lagi fresh dan berkhasiat.



Bahan-bahanya - Nenas, Gula dan Air. Hehehehhe....... tiga barang nie jer yang kita perlukan. Macam tadi Syah beli Nenas RM1.00 sebungkus, actualy nenas untuk berbuka tetapi tiba-tiba teringat nak buat Air Nenas so hentam jer lah labu. Potong dadu nenas tadi dan rebus nenas tu dalam air terlebih dahulu. Bila mengelegak biarkan seketika, angkat dan toskan. Tujuan celur (rebus) nenas nie untuk hilangkan rasa macam nenas (sebab ada nenas masam dan ada nenas masam) tapi tak kiralah kalau manispun kena celur juga. Masukkan air dalam periuk dan gula ikut suka hati anda dan panaskan. Kita hendak buat air gula. Bila gula sudah hancur dan mengelegak (mendidih ler tu), masukkan nenas tadi dan masak seketika. Tutup dan sejukkan sebelum dihidangkan. Jika air tadi tu manis sangat anda boleh tambahkan air atau lebihkan air batu semasa menghidangkannya. Selamat mencuba yer resipi Syah nie. Sure anda tak kecewa............


Yang nie buah-buahan - Anggur dan Betik. Nie tak ada resipi yer, hahahah resipinya belilah di supermarket dan kalau nak murah beli jer di gerai tepi jalan. Betik elok untuk melawaskan buang air besar. Selamat berbuka puasa kepada semua pembaca setia tengkusyah.blogspot.com semuga anda bahagian selalu disamping keluarga dan orang tercinta.


HM Queen Beatrix Menjalani Pembedahan Catarax

HM Queen Beatrix

20.08.2011, Sabtu - Istana Belanda mengeluarkan kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa HM Queen Beatrix of The Netherlands telah selamat menjalani pembedahan catarax mata kanan baginda pada hari Khamis lepas. Pembedahan berjalan dengan lancar dan baginda dibenarkan pulang pada hari yang sama. Baginda Ratu dijadualkan akan menghadiri European Champion Dressage di Rotterdam pada hari ini.

Makam Baru Almarhum Tun Sardon bin Haji Jubir


20.08.2011, Sabtu - Kedua-dua makam diatas dan dibawah merupakan makam individu yang sama dimana gambar diatas adalah makam sebelum diubahsuai dan dibawah selepas pengubahsuaian baru-baru ini. Gambar ini Syah rakamkan semalam sewaktu ziarah ke Makam Pahlawan sebelum menunaikan Solat Jumaat. Makam ini adalah kepunyaan Almarhum Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Jubir yang merupakan bekas Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang (1975 - 1981). Makam lamanya diperbuat daripada batu mamar manakala yang baru dibuat daripada batu granite kelabu.

Almarhum dilahirkan pada 19.03.1917 dan mangkat pada 14.12.1985 dalam usia 79 tahun. Anak jati kelahiran Rengit, Johor ini berkahwin dengan Toh Puan Hajjah Saadiah pada 1944 dan telah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak angkat perempuan. Antara perkhidmatan Almarhum dalam kerajaan adalah sebagai Menteri Kerjaraya dan Komunikasi pada tahun 1971-1975. Pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO -1948, Ketua Pemuda UMNO - 1951, Menteri Kerjaraya, Telekom & Pos -1957, Menteri Pengangkutan - 1959 - 1968, Timbalan Presiden UMNO - 1967, Menteri Kesihatan - 1969, Menteri Pengangkutan - 1972-1974, Menteri Komunikasi - 1972 dan Wakil Tetap Malaysia Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - 1974.


Friday, August 19, 2011

Entry Baru Syah DiBawah Iklan Ini

Kepada anda semua yang ingin melangsungkan perkahwinan, kami di Issyaz Wedding Enterprise amat berbesar hati menawarkan promosi untuk bakal raja sehari meraikan hari bahagia anda seperti berikut :-

Pakej untuk 1000 pax termasuk Perkhidmatan Katering, Meja Makan Pengantin, Pintu Gerbang, Red Carpet, Pelamin 3 Panel dengan Bunga Segar, Baju Akad Nikah dan Persandingan, Dua Makeup, Bunga Tangan, Bantal Nikah, Photographer dan Kek Pengantin hanya dengan kadar harga RM19,500.00. Promosi ini hanya untuk 11 pasangan pengantin yang terawal sahaja dan anda akan diberikan Cup Cake secara Percuma.

Perkhidmatan Issyaz Wedding Enterprise merangkumi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja. Rebutlah Peluang ini untuk merealisasikan Impian Raja Sehari Anda Menjadi Satu Kenyataan. Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung promosi ini anda boleh menghubungi Isz - 013 435 9383 atau Syaz - 019 260 5077 dari Issyaz Wedding Enterprise di No.7, Jalan Garing Utama, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor. Anda juga boleh melayari page Issyaz Wedding Enterprise di laman sesawang berikut :-



Jumpa Anda Semua di Issyaz Wedding Enterprise

Prince Severre Magnus Menghadiri Majlis Suaikenal Sebelum Memulakan Alam persekolahan

Prince Sverre Magnus

19.08.2011, Jumaat - Pada 17.08.2011 lepas putera bungsu kepada Putera Mahkota Norway, Prince Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Marit telah menghadiri upacara majlis tradisi suaikenal sebelum memulakan sesi persekolahan pertamanya pada Disember 03, 2011 apabila beliau berusia enam tahun. Prince Sverre Magnus telah ditemani oleh tidak lain tidak bukan Nenda kesayangannya HM Queen Sonja serta kedua ibubapanya. Queen Sonja dan suaminya King Harald memang terkenal atas sikap keperihatinan baginda berdua terhadap kebajikan anak-anak dan cucu-cucu baginda berdua.

Si kecil ini baru berusia lima tahun dan merupakan pewaris ketiga Tahta Norway. Prince Sverre Magnus belajar di Janslokka School di Asker yang lokasinya berhampiran dengan Skaugum iaitu kediaman diraja bagi Putera Mahkota Haakom dan keluarganya. Istana Diraja di Oslo mengeluarkan aturcara rasmi keberangkatan diraja sempena majlis ini di Janslokka School. Rombongan diraja tiba pada jam 11:58hrs dengan menaiki kenderaan rasmi dan kemudiannya mereka akan berjumpa dengan Guru Besar sekolah, guru dan pembantu guru yang akan mendidik si cilik nie.

Kemudiannya guru besar akan berucap diikuti dengan persembahan nanyian oleh penuntut sebelum pelajar-pelajar baru dipanggil untuk diperkenalkan kepada semua satu persatu sambil berjabat tangan. Kemudiannya murid-murid baru dan penjaga akan melawat bilik darjah mereka. Kerabat Diraja sentiasa memastikan privasi mereka dilindungi terutamanya daripada pihak akhbar dan jurugambar dalam majlis ini dimana para guru juga tidak dibenarkan merakamkann gambar-gambar mereka.

Buka Puasa Ke-19

19.08.2011, Jumaat - Petang nie sampai KTM Rawang jam 18:00hrs dan macam biasa beli Kuih - 6pcs for RM2.00 dan buah betik dan nenas -RM2.00. Untuk berbuka puasa Syah buat Mee Segera perasa laksa campur sayur Bracoli, Tahu dan Tomato sementara untuk Miuman Syah buat Soya Bean Cincau. Soya Bean dan Cincau Syah beli kat kedai runcit RM3.80. So menu buka puasa hari nie Mee Segera Laksa dan Sayur, Buah Betik dan Nenas, Buah Kurma dan Kiwi Kering, Kuih Gelang dan Kuih Cucur Badak. Memang kenyang dan buah tu Syah simpan dulu dalam peti sejuk dan makan tengah malam nanti sebagai sahur manakala kurma tu Syah makan satu jer dan kiwi tu tak usikpun. Selamat Berbuka Puasa Semua.

Solat Jumaat Di Masjid Negara

Syah dihadapan Makam Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Hussein. Al-Fatihah Untuk Almarhum dan Almarhumah di Makam Pahlawan Semuga Roh Mereka DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN

19.08.2011, Jumaat - Hari nie tergerak hati nak solat Jumaat di Masjid Negara dan biasanya lah kalau tergerak hati tiba-tiba kesana mesti ada sesuatu di Masjid Negara seperti kunjungan VIP dan seumpamanya. Sampai je ke Masjid macam biasa ambil air sembahyang dan naik ke Masjid. Kemudian Syah ke Makam Pahlawan untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum dan Almarhumah yang bersemadi disini. Kan betul kata Syah kalau tergerak hati ke Masjid Negara mesti ada sesuatu dan sesuatu tu adalah Makam Almarhum Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Jubir yang merupakan bekas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi tempoh 1975 - 1981 telah diubahsuai.

Makam Almarhum betul-betul bersebelahan makam Allahyarham Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar yang merupakan bapa mertua Perdana Menteri Malaysia ke-2 dan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Binaannya diperbuat daripada batu granite bewarna kelabu. Nanti Syah buat Entry mengenai makam ini. Selepas solat Syah singgah sebentar ke pasar Ramadhan dihadapan Masjid dan beli Kurma RM10.00 dan Buah Kiwi Kering RM5.00. Cuaca hari nie memang panas dan lepas beli barang-barang tu terus Syah balik ke office.

Perjalanan Hari Jumaat KeTempat Kerja

19.08.2011, Jumaat - Salam Jumaat semua dan apa khabar dan jangan lupa yer menunaikan Solat Jumaat kepada kaum Adam sekalian Heheheh.... saja ingat mengingati. Pagi nie sampai KTM Rawang jam 06:57hrs dan sempatlah naik komuter jam 07:05hrs. Tetapi masalahnya nak terkencing sesangat dari dalam bas lagi lalu Syah masuk terus ke toilet dan dalam hati kalau ada rezeki dapatlah naik keratapi nie. Syah kena ke bilik air kalau tak sakitlah alamat menahan kencing hingga sampaio KL Sentral. Selepas selesai urusan ditandas Syah keluar dan komuter masih ada, shukur alhamdulillah Syah dapat tempat duduk.

Walau bagaimanapun sampai jer Kepong Sentral Syah kesian tengok seorang wanita kaun India yang sarat mengandung dengan perut yang terboyot-boyot. Kesian plak dalam hati lalu Syah bagi dia duduk dan Syah berdiri sampai KL Sentral. Memanglah sepatutnya dia nie naik woman coach tetapi nak gerabak campuran juga dan tak apalah bagi jer lah dia duduk dan sian Syah tengok dia macam pegang perut dia, mungkin babynya menendang kot? Heheheh. Macam biasa dari KL Sentral naik LRT ker Kerinchi dan terus masuk pejabat. Dari pagi tadi sibuk menyediakan proses bayaran peserta program SL1M untuk September 2011 kena buat sekarang sebab banyak brooooo....150 orang dan buat melalui proses manual Direct AP dan awal bulan sembilan lepas raya kena kemas cubical dan pindah tempat, takut tak dan nak siap payment nie kalau tak buat dari sekarang.

Peserta TM Got Tallent yang di Indonesia pula ada masalah tak terima bayaran mereka dan terpaksalah menyemak dengan pihak akaun. Tanya sana-sini, call help desk dan ada benda yang ditanya tak pasti nak jawap, lalu call staf yang proses dan ada juga yang kita nak tak dapat dijawap dan minta call bahagian lain pula untuk maklumat lanjut dan orang tu tak angkat phone sebab cuti kot? macam tak berapa teratur plak sistemnya tapi tak perlah buat jer ler kalau tak kerja tak jalan nanti. Akhirnya Syah inform pengadu supaya menyemak akaun dia kerana mengikut pihak Akaun bayaran telah diproses dan jika masih tak dapat juga baru Syah akan mengadap mereka dan minta kepastian kenapa kata dah bayar tetapi penerima tak dapat payment tu.

Hehehe macam nielah sebahagian daripada tugas-tugas Syah. Kadang-kadang vendor/penerima bayaran niepun mengada-mengada kerana tak cek betul-betul account transection mereka terus kata tak dapat dan bila disuruh semak dengan bank barulah ada sebenarnya payment tu? Mengada kan...............

Thursday, August 18, 2011

Pakej Perkahwinan Issyaz Wedding Enterprise

Entry Baru Syah DiBawah Iklan Ini
Kepada anda semua yang ingin melangsungkan perkahwinan, kami di Issyaz Wedding Enterprise amat berbesar hati menawarkan promosi untuk bakal raja sehari meraikan hari bahagia anda seperti berikut :-
Pakej untuk 1000 pax termasuk Perkhidmatan Katering, Meja Makan Pengantin, Pintu Gerbang, Red Carpet, Pelamin 3 Panel dengan Bunga Segar, Baju Akad Nikah dan Persandingan, Dua Makeup, Bunga Tangan, Bantal Nikah, Photographer dan Kek Pengantin hanya dengan kadar harga RM19,500.00.
Promosi ini hanya untuk 11 pasangan pengantin yang terawal sahaja dan anda akan diberikan Cup Cake secara Percuma.
Perkhidmatan Issyaz Wedding Enterprise merangkumi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja. Rebutlah Peluang ini untuk merealisasikan Impian Raja Sehari Anda Menjadi Satu Kenyataan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung promosi ini anda boleh menghubungi Isz - 013 435 9383 atau Syaz - 019 260 5077 dari Issyaz Wedding Enterprise di No.7, Jalan Garing Utama, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor.
Anda juga boleh melayari page Issyaz Wedding Enterprise di laman sesawang berikut :-
http://www.issyazwedding.blogspot.com

http://www.facebook.com/pages/Issyaz-Wedding-Enterprise/108592945882897?ref=ts&sk=wall
Jumpa Anda Semua di Issyaz Wedding Enterprise

Buasa Puasa ke-18

18.08.2011, Khamis - Hari nie dah 18hari kita puasa means 12 hari lagi dan tak sampai dua minggu dah nak raya. Sampai KTM Syah beli kuih- 6pcs for RM2.00 dan Betik-RM1.00 dan hari nie sampai awal jam 18:05hrs dan sempatlah tunggu bas kerana tak tergesa-gesa. Khamis malam Jumaat nie ada pasar malam dan sampai je ke Rawang Residence, Syah letak beg dan kemudian keluar ke pasar malam. Sempat tanya khabar Bak on the way ke pasar malam sebab waktu tu dia tengah berkebun. Dipasar malam Syah beli Mee Goreng - RM2.00 dan Fresh Soyabean Panas RM1.80 serta Tau Foo Fa 1 mangkuk- RM1.50.

Masa kat office tadi Syah juga beli kacang tumbuk pack baru RM5.00 - 15 pcs. Dari pasar malam ke kedai runcit dan beli dua karton minerl water Bleu 1 liter dan minta pekerja kedai tu hantar kerumah. Nie jer lah juadah buka puasa Syah hari nie. Makan Semua ................ by the way masa kemas dapur tadi buka microwave dan rupa-rupanya Syah lupa ada balance bubur lambok semalam dan terlupa nak makan, apalagi dah basi dan nak berbuihlah makanan tu dan terus Syah buang dan basuh containernya.

Crown Princess Victoria of Sweden Bakal Melahirkan Pewaris Tahta

Her Royal Highness The Crown Princess of Sweden dan suaminya Prince Daniel. Tahniah Atas Berita Yang Mengembirakan Ini.

18.08.2011, Khamis - Pihak Istana Sweden dalam kenyataannya semalam 17.08.2011 memaklumkan bahawa Crown Princess Victoria sedang mengandung dan dijangka akan melahirkan bayinya sulungnya pada Mac 2012. Dengan pengumuman ini berakhirlah tandatanya rakyat Sweden bilakah Puteri Mahkota itu akan melahirkan pewaris tahta. Pengumuman ini telah dibuat oleh jurucakap diraja, Annika Soennerberg.

Tambah beliau, kerabat-kerabat diraja begitu teruja mendengar berita mengenai kehamilan ini dan memaklumkan Puteri Mahkota dalam keadaan yang amat memuaskan. Crown Princess Victoria telah mengahwini suaminya, Danial Westling yang merupakan jurulatih peribadi baginda pada 19.06.2010 dalam satu majlis berkonsepkan “Fairytale”. Kini suami baginda mendapat gelaran Prince Danial.

Crown Princess Victoria begitu popular dinegaranya dan merupakan pewaris pertama tahta Sweden dan bakal menjadi Ratu Sweden ketiga dalam sejarah pemerintahan beraja di Sweden. Dari kajiselidik yang dibuat, rakyat ternyata lebih memilih beliau sebagai ketua negara daripada Ayahandanya sendiri, King Carl XVI Gustaf yang dikaitkan dengan pelbagai skandal beberapa tahun kebelakangan ini.

Bayi yang bakal dilahirkan ini akan menjadi cucu pertama kepada raja dan permaisuri Sweden dan secara automatic menjadi pewaris kedua tahta diraja Sweden. Pihak istana juga memaklumkan bahawa buat masa ini tidak ada pengubahsuaian terhadap jadual rasmi puteri mahkota dan iannya akan berjalan seperti biasa.

Perdana Menteri Sweden, Fedrik Reinfeldt dalam kenyataannya memaklumkan “It is with great joy that I receive the news that the Crown Princess and Prince Daniel are expecting a child. You have a fantastic experience in front to look forward to and I want to send you both my most heartfelt congratulations”

Raja Muda Perak Berbuka Puasa di PULAPOL

Raja Muda Perak telah disambut oleh Ketua Polis Negara setibanya baginda di PULAPOL dan diperkenalkan kepada pegawai-pegawai kanan PDRM - Gambar dari Bernama.

18.08.2011, Rabu - Semalam Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenaan untuk menghadiri majlis berbuka puasa dengan anggota-anggota polis. Majlis diadakan di Pusat Latihan Polis atau lebih dikenali sebagai PULAPOL di Jalan Semarak berhampiran Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala Lumpur. Turut serta adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta pegawai-pegawai kanan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Syah Kena Tukar Cubical

18.08.2011, Khamis - Pagi nie terperanjat Syah bila Rohizat call inform mengenai new layout. Syah tak tahu mengenainya dan rupa-rupanya Rohizat akan duduk ditempat Syah dan kemudiannya my boss, Dek no e-mail Syah dan katanya

En. Syah,
Bersedia utk berpindah ke belakang saya ye……
Alamak kena duduk belakang Boss dalam cubical yang sama. Segan lak rasanya sebab dia dan Syah jer duduk disitu. Yang tukang buat plannya Saiful, Manager kat sini.......... Apalahhhhhhh, tapi dah arahan kenalah patuh jika tidak nanti menjawablah , nak ker...heheheh....... Tak nak ler.

Wednesday, August 17, 2011

Buka Puasa Ke-17 ......... Makan Apa yang Ada Jer

17.08.2011, Rabu - Hari nie sampai KTM Rawang jam sudah 18:30hrs dan terus Syah bergesas ke perhentian bas untuk kejar bas jam enam setengah untuk balik ke Rawang Residence Syah. Saja gamble lari-lari anak dan dalam hati kata kalau ada bas terus naik macam semalam. Shukur alhamdulillah bas masih belum jalan dan bila syah naik jer bas bergerak. Tak sempat nak beli apa-apa makanan lagi hari nie, lagipun Syah tak perlu risau kerana dah beli kuih RM2.00 - 5pcs Kuih Cucur Badak dan Karipap Sardin. Syah beli semasa ke Jalan Masjid India tengahari tadi dan ambil bubur lambuk di Surau TM.

Kat office kuih mahal betul di jualan Ramadhan Menara TM, satu limapuluh sen dan kecil plak tu dan pelanggan pun beli jer sebab tak ada pilihan lain, takut tak sempat nak beli kat kawasan perumahan mereka. Sampai Rawang Residence jam 19:00hrs dan Syah ke kedai sebentar untuk beli air soyabean. Syah juga beli kacang tumbuk dan tahu serta tomato kerana kalau lapar nanti buat mee segera jer coz ada balance satu lagi kat dapur. Ini jer lah menu buka puasa hari ke-17 Syah. Apa-apapun Syah bershukur atas rezeki yang dikurniakan oleh yang Maha ESA. Makan .....................semua.

By the way pagi tadi handphone tertinggal kat rumah dan malam nie pula charger netbook Syah tertinggal kat office. Jap lagi habislah bateri netbook Syah nie. Ok esok sahajalah Syah buat entry untuk anda semua yer... Tungguuuuuuuuuuuu...............

Jenazah Allahyarham Tengku Ismail Su Selamat Disempurnakan Di Garden of Peace, London

Perginya Sebutir Permata Dalam Hidup Kita Semua Yang Tidak Akan Kembali Lagi Buat Selama-lamanya. Kelihatan Adinda Allahyarham menutup jenazah Almarhum selepas kemangkatannya. Syah ada melihat gambar jenazah Allahyarham yang nampak tenang dan seperti mengukir senyuman. Tetapi Syah minta maaf banyak-banyak kerana tak boleh sertakan gambar berkenaan untuk tatapan umum kerana iannya hanya untuk kaum kerabat Alllahyarham sahaja dan Syah rasa bertuah kerana dapat melihat wajah Allahyarham buat kali terakhir.  Rasa Sayu dan Sedih bercampur difikiran Syah ketika menatap gambar wajah terakhir Allahyarham.


17.08.2011, Rabu - Shukur Alhamdulilah malam tadi Syah mendapat berita mengenai Allahyarham Tengku Ismail Tengku Su telah selamat dimakamkan di Garden of Peace, London selepas waktu Zohor bersamaan lebih kurang jam 08:30hrs waktu Malaysia malam tadi dan telah dihadiri oleh warga-warga Malaysia yang berada di London. Terdahulu jenazah telah dibawa ke East London Mosque untuk disembahyangkan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 13.08.201 bersamaan 13 Ramadhan 1432H di Royal Brompton Hospital, London disisi adinda lelaki bongsunya YM Tengku Muhammad Yusof. Ulangtahun hari keputeraan Allahyarham yang ke-60 jatuh pada tanggal 25.07.2011 lepas.

Dengan kemangkatan ini, Tengku Muhammad Yusof merupakan satu-satunya putera YM Allahyarham Tengku Su yang masih hidup. Allahyarham merupakan Putera ke-4 daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada lima lelaki dan lima orang perempuan. Ayahanda Allahyarham adalah YM Tengku Su bin Tengku Hussin manakala bondanya adalah YM Tengku Azizah binti Tengku Muda Haji Ahmad. Kirannya hubungan diantara Allahyarham dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah dua pupu dimana Allahyarham merupakan cicit kepada Almarhum Sultan Zainal Abidin III.

Tak kira dimana pun Allahyarham dimakamkan yang pentingnya kita semua sebagai kawan atau sahabat Allahyarham harus meluangkan masa seketika membaca Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan agar Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.

Syah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Takziah kepada kaum kerabat Allahyarham Tengku Ismail bin Tengku Su diatas kemangkatan ini dan berharap agar anda semua tabah menerima dugaan ini.

Entry Syah Sebelum Ini Berhubung Kemangkatan Allahyarham Tengku Ismail Su

Tuesday, August 16, 2011

Buka Puasa Ke-16 Dengan Mee Segera

16.08.2011, Selasa - Tak tahu lah kenapa dalam minggu nie train lambat sampai sebab berhenti lama untuk beri laluan pada train lain. Biasanya sebelum 18:30hrs sampai tapi sekarang sampai hampir 18:30hrs. Syah beli kuih RM2.00 dan terus kejar bas 18:30hrs dan malas nak buka kat luar sebab masa di KTM KL Sentral tadi Syah dapat bubur lambuk percuma KTM kasi. Dapat tahan bas tengah jalan tetapi drivernya lain pula petang nie. Sampai rumah Syah buat Mee Segera Laksa dan tambahkan sayur bracoli yang Syah beli semalam. Kenyang juga rasanya, lagipun diet gak sket, sebab berat badan maintain jer 70kg tak turun-turun. Kena kurangkan makan nasilah kerana bulan puasa nie Syah makan nasi tiap-tiap hari, sebelum nie jarang makan nasi. Makan Semua...............

Charlotte Casiraghi Menghiasi Muka Hadapan Majalah French Vogue Keluaran September 2011

Charlotte Casiraghi merupakan cucunda kepada Princess of Monaco, Mendiang Princess Grace Kelly yang juga merupakan artis terkenal Hollywood dan anak perempuan kepada Princess Caroline of Monaco telah diberi keistemewaan untuk menghiasi kulit hadapan majalah French Fogue bagi keluaran September 2011. Puteri yang berusia 25 tahun ini mempunyai naluri yang tinggi dalam dunia fesyen dan merupakan seorang “equestrian shojumper”. Beliau seringkali dilihat berada dibarisan hadapan dalam majlis-majlis Minggu Fasion Paris dan pernah tersenarai dalam Vanity Fair’s Best Dress untuk tahun 2006. Dengan penampilan beliau dalam majalah vogue dan menghiasi kulit hadapan majalah berkenaan, beliau dikatakan telah menyayingi popularity Duchess of Cambridge, Kate Middletton.

Keluaran September merupakan keluaran bulan yang paling penting bagi majalah-majalah fesyen bertaraf dunia kerana iannya merupakan permulaan yang baru dan musim yang menguntungkan majalah fesyen. Dalam muka hadapan keluaran September 2011 ini, Charlotte tampil dengan fesyen rambut yang agak kusut (tousled hair) dan mengenakan solekan “Smokey Eye” diabadikan oleh jurufoto pilihan utama Majalah Vogue, Mario Testion Manakala dibahagian dalam majalah, beliau mengayakan busana dari Chanel, Baiman, Isabel Marant dan Gucci. Mario Testion juga terkenal dikalangan kerabat diraja dan merupakan jurufoto pilihan utama Mendiang Princess Diana dan menjadi pilihan Prince William dan Kate Middleton untuk mengabadikan photo-photo rasmi pertunangan mereka.

Pagi Selasa

Disebabkan bersiap awal, Syah cuba teknik timer untuk ambil gambar Syah. Tak guna flash dan agak blur sket. Nie kat dalam Master Bedroom Syah di Rawang Residence. Jarang beradu dibilik nie sebab selalunya Syah bobok didalam bilik TV diaras bawah.

16.08.2011, Selasa – Malam tadi tak dapat update blog kerana rasa tak sihat dan letih. Dan tertidur. Komuter semalam sampai cepat tapi perjalanan ke Rawang banyak berhenti-henti menyebabkann nya sampai lewat hampir jam 18:30hrs. So .............. Syah berbuka puasa di Pekan Rawang @ Syakila Corner. Lepas makan Syah terus ke bas stand untuk ambil bas jam 20:30hrs. Dalam bas bahagian mata sebelah kanan Syah berhampiran hidung terasa sakit macam ada sampah masuk dan pedih plak tu. Ingatkan ada orang terenjis makanan ke tapi tak ada plak. Dekat Syah memang ramai orang berdiri. Lepas tu rasanya hilang sket dan sampai rumah Syah cuci muka dan bahagian mata tu.

Lepas tu Syah panaskan Ael dan kemudiannya solat dan mandi. Kat rumah tunggu kontraktor kata nak call pasal cat rumah tu tapi Syah tunggu tak ada pun dan Syah rasa macam tak sihat dan hendak demam, rasa sejuk pun ada lalu Syah baring dan Kak Ngah Normah call tanya khabar dan Chat dengan Kak Long sekejap di FB dan lepas tu terlelap dengan sendirinya sampai jam 05:20hrs Syah terjaga. Syah makan supplement dan minum air, mandi dan bersiap ketempat kerja.Hari nie sakit perut sedikit dan buang air besarpun cair sedikit tapi taklah cirit beret yang teruk Cuma perut rasa macam tak selesa.

Bas sampai KTM hampir jam 07:05hrs dan macam biasa kami semua berlari-lari masuk stesyen kejar train jam 07:05hrs dan shukur alhamdulilah walaupun lutut sakit sedikit mengejar train dapat juga Syah masuk. Masa tunggu bas di Rawang Residence, Syah Nampak jiran (Indian) sebelah rumah Azrin buka gerai nasi lemak dekat tempat Syah selalu tunggu bas tu. Sekarang jam 07:25hrs dan Syah baru sampai KTM Kepong Sentral sambil membuat entry nie. Pagi nie Syah ada appointment dengan fisio untuk terapi lutut Syah.

Sebelah Syah nie ada orang perempuan mengandung berdiri tapi tak seorangpun nak bagi dia duduk. Syah pun heran, mengapalah dia tak naik coach yang dikhaskan untuk perempuan nak naik juga coach yang bercampur-campur nie. Bila orang lelaki tak bagi duduk kata tak perihatin lah pulak. Cuba masuk coach wanita dan tengok ada tak wanita lain nak bagi duduk? Kan KTM dah sediakan coach wanita yang bertujuan untuk membantu wanita tua/muda yang kurang upaya, mengandung dan seumpamanya untuk keselesaan mereka. Gunakan lah kemudahan yang ada dan mana yang sihat tu bolehlah naik coach yang bercampur-campur nie.

Oklah Syah hendak meneruskan perjalanan nie................ sehingga berjumpa lagi dilain Entry yer.

Monday, August 15, 2011

Pakej Perkahwinan Issyaz Wedding Enterprise

Entry Baru Syah DiBawah Iklan Ini
Kepada anda semua yang ingin melangsungkan perkahwinan, kami di Issyaz Wedding Enterprise amat berbesar hati menawarkan promosi untuk bakal raja sehari meraikan hari bahagia anda seperti berikut :-
Pakej untuk 1000 pax termasuk Perkhidmatan Katering, Meja Makan Pengantin, Pintu Gerbang, Red Carpet, Pelamin 3 Panel dengan Bunga Segar, Baju Akad Nikah dan Persandingan, Dua Makeup, Bunga Tangan, Bantal Nikah, Photographer dan Kek Pengantin hanya dengan kadar harga RM19,500.00.
Promosi ini hanya untuk 11 pasangan pengantin yang terawal sahaja dan anda akan diberikan Cup Cake secara Percuma.
Perkhidmatan Issyaz Wedding Enterprise merangkumi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja. Rebutlah Peluang ini untuk merealisasikan Impian Raja Sehari Anda Menjadi Satu Kenyataan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung promosi ini anda boleh menghubungi Isz - 013 435 9383 atau Syaz - 019 260 5077 dari Issyaz Wedding Enterprise di No.7, Jalan Garing Utama, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor.
Anda juga boleh melayari page Issyaz Wedding Enterprise di laman sesawang berikut :-
http://www.issyazwedding.blogspot.com
http://www.facebook.com/pages/Issyaz-Wedding-Enterprise/108592945882897?ref=ts&sk=wall
Jumpa Anda Semua di Issyaz Wedding Enterprise

Serba Tak Kena Pagi Nie

15.08.2011, Isnin - Bangun jer pagi tadi rasa macam berat nak gi kerja tapi gagahkan juga. Kak Long Zainab call jam 05:30hrs tanya khabar dan Syah terpaksa berlari dengan lutut yang sakit ke tingkat atas kerana phone kat bawah tak dengar kerana ada internet connection .zzzzz. tringgg, zzzzz bunyinya dan tak dengar orang cakap. Lepas mandi, gosok baju dan seluar lepas tu solat Subuh. Jam hampir 06:25hrs dan Syah tak jumpa passcard dan kad touch n go Syah. Bengang , terus keluar nanti ketinggalan bas plak. Keluar gate nampak bas berhenti disatu kawasan berhampiran Rawang Residence Syah dan mesti driver ganti kerana dia tak mahu jalan awal kerana takut ada yang terlepas bas nanti coz timing dia dah lari.

Sempat Syah berlari tunggu ditempat biasa tu. Dalam bas cari gak pascard tu tetapi tak jumpa dan heran mana Syah letak. Sampai jer KTM, train sudah ada dan Syah terpaksa beratur panjang dapatkan tiket manual sampaikan train dah jalan dan terpaksa tunggu next train. Semasa tunggu train saja Syah buka notebook cover Syah dan rupa-rupanya ada dalam cover tu. Mungkin Syah simpan kat siti hari Sabtu lepas kot? Syah memang seorang yang pelupa semenjak dari dahulu lagi. Sampai tension Syah memikir kemana ginya passcard tu - pening dan rasa nak muntah memikirkannya. Hari nie sampai office hampir 08:30hrs dan Syah lewat approx 30 minit. oklah semua ............. sehingga berjumpa lagi dilain entry.

Tengku Ismail Su Mangkat Di London

................... Al-Fatihah ................
Semuga Roh Pak Engku Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN.
Kehilangan Ini Amat Dirasai dan Segala Bantuan dan Maklumat Yang Pak Engku Berikan Pada Syah Akan Tetap Kekal Dalam Ingatan.

Allahyarham Tengku Ismail Su bersama Tunku Zain (anakanda Tuanku Muhriz) yang melawat beliau di hospital pada 05.07.2011 lepas jam 23:14 hrs di Royal Brompton Hospital. Bonda Tunku Zain merupakan kerabat Diraja Terengganu.

15.08.2011, Isnin - Dukacita Dimaklumkan Bahawa Salah Seorang Sahabat Syah di Facebook, Tengku Ismail Su (Tengku Ismail bin Tengku Su) atau Syah panggil dengan gelaran Pak Engku sahaja telah kembali ke Rahmatullah pada 13.08.2011 lebih kurang jam 17:00hrs waktu London kerana masalah Jantung di Royal Brompton Hospital. Marhum yang lebih dikenali sebagai Ku Wei dikalangan sahabatnya ke Londan semenjak Jun lepas dan telah mendapat serangan jantung sebanyak dua kali dan dimasukkan ke hospital berkenaan yang terkenal didunia sebagai hospital pakar rawatan sakit jantung dan paru-paru untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Allahyarham sebenarnya berada di London sebelum serangan jantung berkenaan atas urusan kerja dan mengadakan pameran disana. Gambar ini diambil sempena The Royal Waves Gala Dinner semasa Allahyarham di London. Selepas mengadakan pameran, Allahyarham  dikatakan telah ke Istambul dan kemudiannya kembali semula ke London sebelum pulang ke Malaysia. Malangnya semasa berada di London, Allahyarham mendapat serangan sakit jantung.

Walau bagaimanapun Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Allah S.W.T. Ini adalah masa Allahyarham, kita tak tahu bila kita pula akan dijemput oleh Yang Maha Esa. Jika mengikut perancangan, Jenazah akan dimakamkan di Garden of Peace Muslim Cemetry yang terletak di Elmbridge Road, Hainault, IIford pada hari Isnin selepas Zohor mengikut waktu London. Khabarnya, kekanda Allahyarham, Tengku Yusuf memang berada di London. Sebab itulah agaknya jenazah tidak dibawa pulang ke Terengganu, lagipun Allahyarham masih bujang. Allahyarham merupakan kerabat Diraja Terengganu sebelah Allahyarhamah   bondanya. Allahyarham juga dikenali dengan nama Tengku Ismail Songket kerana kecenderungan dan minat beliau dalam bidang tenunan kain songket.

Sunday, August 14, 2011

Perayaan Keagamaan Penganut Hindu @ Rawang Residence Syah

14.08.2011, Ahad - Selepas solat Insyak tadi Syah dengar macam ada dengar bunyi gendang muzik kaum India di hadapan rumah Syah. Dalam hati Syah kata mungkin jiran India lat satu rumah tu buat party sebab tengok semenjak hari Sabtu ada ramai orang kat rumah dia dan nampak anak-anaknya bersihkan barang-barang tembaga untuk sembahyang mereka. Lepas solat terus syah keluar rumah menjoyah sekejap dan memang ramai orang sepanjang jalan macam berarak, ada pemain muzik dan lori yang membawa Dewa mereka.

Rupa-rupanya ada upacara sembahyang penganut Hindu. Syah tengok jiran Syah tu siap letakkan peralatan sembahyang atas meja depan rumah dia. Syah minta kebenaran untuk ambil gambar dan dia kata boleh. Ada bekas tembaga yang Syah lihat mereka basuh Sabtu lepas. Selain daripada itu ada buah tembikai dan pisang serta macam-macam lagi yang Syah tak tahu apa namanya. Van yang membawa dewa mereka tu akan singgah kerumah-rumah yang hendak join sembahyang nie sahaja bukannya semua rumah penganut hindu.

Bila lori yang membawa dewa mereka datang, keluarga berkenaan akan mengambil semua peraltan sembahyang tadi kedepan dewa berkenaan serta sembahyang dan berdoa mengikut cara agama mereka. Selepas selesai lori akan bergerak ke distinasi seterusnya. Ramai betul Syah lihat penganut agama Hindu mengekori lori berkenaan dan dengarnya mereka akan berarak satu taman nie. Sembahyang nie di selenggarakan oleh salah sebuah kuil berhampiran highway rumah Syah tu menurut salah seorang ahli rombongan yang mengikut perarakan dewa tu, Syah tanya dia.

Ini adalah pertama kali perarakan seperti ini diadakan semenjak Syah duduk di area Rawang Residence Syah nie. Syah muatkan cerita nie diblog kerana hendak berkongsi dengan anda semua mengenai budaya dan upacara keagamaan kaum India yang beragama Hindu ...................kan kita nie 1 malaysia. Setakat untuk mengetahuinya sahaja dan tidak boleh diikuti.

Buka Puasa Ke-14 @ Rawang Residence lagi

14.08.2011, Ahad - Hari nie buka puasa di Rawang Residence lagi. macam biasa beli kat Pasar Ramadhan Rawang. Jam 15:00hrs Syah keluar rumah dan sampai jer pekan Syah ke Giant untuk beli barang-barang tapi tak jadi cuma beli Bracoli sahaja. dari Gian ke Pasar Ramadhan dan Syah beli Nasi Dagang Ikan Tongkol - RM3.00, Pelbagai kuih RM3.00 - Popia goreng, wade, karipap, pelbagai apam dan kek coklat, Murtabak Ayam -RM2.50. Daripada Pasar Ramadhan Syah terus ke bas stand untuk ambil bas jam 17:30hrs dan sempat cari-cari buah dan akhirnya Syah beli buah Anggur Hijau - RM5.00. Sampai rumah Syah turun kat area kedai runcit sebab nak beli mineral water yang sudah kehabisan stock. Beli dua botol jer RM4.00. Tanya Aci tu kalau beli satu cartoon (12 botol) berapa dan katanya RM15.50. Jimat lagi beli satu cartoon jika beli satu-satu yang dicaj Rm2.00/botol. Syah kata kat dia nanti saya nak beli satu cartoon dan dia mengangguk.

Sampai rumah terus Syah Solat Asar dulu dan kemudiannya baru susun makanan atas meja. Bracoli tadi tu Syah rebus dahulu, kemudiannya masukkan dalam ketulan ais dan hidangkan. Saja coz dah lama tak makan sayur tu. Minum hari nie mineral water jer. Sekarang jam 18:45hrs dan sambil mentenet Syah menonton Warung Kita di Astro 105 - cerita pasal makanan ler apa lagi yope................Selamat berbuka puasa yer semua.

YTM Pengiran Muda Abdul Malik Hadiri Majlis Tadarus Al-Quraan

YTM Pengiran Muda Abdul Malik

14.08.2011, Ahad - Semalam Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Malik yang merupakan salah seorang putera kepada Sultan Brunei telah berkenaan berangkat menghadiri Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quraan Belia Senggara 2011. Majlis diadakan di Masjid Jame Asri Hasanal Bolkiah. Keberangkata tiba YTM Pengiran Muda Abdul Malik dijunjung (sambut) oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Pendidikan, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Setelah majlis khatam Al-Quraan tamat, YTM Pengiran Muda Abdul Malik mengerjakan solat Zohor berjemaah bersama-sama hadirin lainnya sebelum berangkat pulang.

Prince Christian Memulakan Sesi Persekolahan

Prince Christian of Denmark
-Bersedia untuk hari pertamanya ke sekolah

14.08.2011, Ahad - Hari pertama persekolahan begitu bermakna bagi semua orang dan ibu bapalah yang paling sibuk menghantar anak-anak kesekolah. Teringat syah masa mula-mula sekolah dulu Nenda Syah - Atok dan Mak yang hantar Syah kesekolah untuk hari pertama dan setiap kali balik sekolah Atok yang akan fetch Syah sehinggalah Syah boleh berdikari sendiri. Begitulah yang berlaku kepada Prince Christian yang berusia 5 tahun telah memulakan sesi pertama persekolahan beliau baru-baru ini . Prince Christian merupakan pewaris kedua tahta Denmark dan putera kepada Crown Prince Federik of Denmark dan Crown Princess Mary of Denmark.

Prince Christian kelihatan begitu gembira apabila jurugambar mengambil gambarnya yang diampit oleh kedua ibubapanya diluar istana Fedrik den VIII Palace, Copenhagen sebelum memulakan hari pertamanya di sekolah dan memberitahu wartawan bahawa beliau begitu teruja untuk kesekolah. Beliau telah dihantar menuntut ilmu Christian's Tranegards Scholl yang merupakan sebuah sekolah yang terkenal dan merupakan yang ke 16 terbaik dari segi keputusan GPA (group point average) dengan motto sekolah " A good place to be - a good place to learn" telah menambat hati hati pasangan diraja itu untuk menghantar putera sulung mereka menuntut disini berbanding kebiasaan bagi kerabat diraja lainnya yang dihantar belajar ke sekolah swasta.

Selain daripada itu, sekolah ini dipilih kerana lokasinya yang sesuai dan berdekatan diantara kedua-dua kediaman Crown Prince samada di Istana di Copenhagen atau di Fredensborg dan tak jadi masalah untuk Prince Christian kesekolah bergantung dimana hari berkenaan ayahanda dan bondanya bersemayam.

Baca Akhbar Online - Nabil, Pipa Middleton dan Isteri Minta Cerai Kerana Suami Masak Sedap

14.08.2011, Ahad - pagi nie tak buat apa-apa dan cuma baca akhbar secara on-line sahaja di e-browse. Syah taklah baca satu-satu tetapi secara lalu jer tak terbacalah kisah Nabil, Pipa Middleton dan kisah seorang wanita Mesir minta cerai kerana suami mengambil alih tugas dia memasak didapur pada bulan Ramadhan nie.............. yang Syah nak kongsi bersama anda semua. Nabil, Naib Juara Maharaja Lawak tu rupa-rupanya akan melangsungkan perkahwinannya 30 September nie dan majlis resepsinya pada 02 Oktober di I-City Shah Alam dengan konsep Garden Wedding. Kedua-duanya juga dilaporkan telah menghadiri kursus perkahwinan selama dua hari iaitu semalam dan hari ini. Bakal surinya bernama Nazirah Ayob, 23 tahun atau lebih selesa dipanggil Zaira sahaja. Ziara merupakan bekas paramugari Air Asia dan mula intim awal tahun ini walaupun sudah mengenalinya selama enam tahun lalu tapi kata orang kenal-kenal macam tu jer kerana Ziara nie adalah kawan adik ipar Nabil.

Keputusan untuk bersatu sebagai suami isteri diambil semasa musim Maharaja Lawak hari tu dan tidak menghebohkan perkara ini kepada umum kecuali keluarga dan teman rapat sahaja sehinggalah keluarganya merisik Zaira 18 Jun lalu dan menetapkah hari langsung barulah iannya di maklumkan kepada umum. Menurut Nabil beliau dah serik hendak bercinta lama-lama yang akhirnya tak kesampaian seperti yang berlaku pada dirinya sebelum ini. Tambahnya lagi, duit kemenangan sebagai Naib Juara Maharaja Lawak sebanyak RM150,000.00 digunakan untuk majlis perkahwinannya disamping akan membawa kedua ibubapanya dan isteri menunaikan umrah selepas majlis respesi mereka nanti. Apa-apapun semuga jodoh Nabil dan Ziara hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga keakhir hayat.

Cerita kedua nak kongsi pula pasal Pipa Middleton iaitu adik kepada Duchess of Cambridge yang tiba-tiba popular diseluruh dunai selepas menjadi pengapit pada hari perkahwinan kakaknya dan Prince William di Westminister Abbey 29 April lepas. Satu kajian telah dibuat di USA mengenai Pipa dan hasil laporan kajiselidik menyatakan rakyat Amerika beranggapan Pipa sebagai bintang filem lucah. kajian pendapat oleh Majalah Vanaity dan program berita 60 minutes itu mendapati bahawa separuh daripada penduduk USA masih tidak mengenali beliau. Daily Star melaporkan hanya 32% mengenali Pipa manakala selebihnya menyangka beliau adalah seorang wartwan atau heroin buku kanak-kanak.

Penduduk Amerika menggap Pipa sebagai bintang filem prono kerana pernah ditawarkan berlakon filem lucah walaupun beliau menolaknya. Steve Hirsch, Ketua Vivid Entertaiment yang mengeluarkan filem lucah dilaporkan pernah menawarkan sebanyak USD5 Juta atau RM15Juta untuk Pipa berlakon filem lucah dalam satu adigan sahaja dan dia boleh memilih sendiri pasangannya. Selain daripada itu, adik lelaki Pipa juga ditawarkan berlakon filem lucah dengan kadar bayaran USD1 juta. Tawaran ini dibuat selepas majlis perkahwinan diraja tersebut melalui surat. Petikan surat Hirsch kepada Pipa berkenaan perkara ini seperti berikut :-

"Sebaik sahaja saya melihat siaran mengenai acara itu, saya hanya memikirkan kecantikan dan cara anda yang mampu menjadi seorang bintang filem dewasa terbaik. Hanya dengan satu babak saya amat gembira untuk menawarkan anda USD5 juta dan pastinya anda boleh memilih pasangan anda". Ada-ada jer idea mereka untuk menjatuhkan marwah orang kan?

Kes ketiga nie lagi lawak. Akhbar Al-Masry Al-Youm melaporkan bahawa seorang wanita mesir Nahal mengemukakan permohonan cerai kerana masakan suaminya Mohammed Said yang merupakan seorang chef lebih di sukai oleh anak-anak berbanding masakannya sendiri. Isterinya berasa tertekan kerana beliau telah mengambil alih tugas memasak semenjak awal Ramadhan lagi dan berasa malu kerana anak-anak menganggap beliau merupakan seorang tukang masak yang teruk. Sehubungan dengan itu beliau berasa malu dan memohon cerai Khula di mahkamah. Khula merupakan satu fasal dalam undang-undang Islam merujuk kepada hak bagi sesorang wanita untuk mendapatkan penceraian dan menerima nafkah.

Jawapan suaminya dihadapan Biro Penyelesaian Pertikaian Keluarga bahawa beliau masih mencintai Nafal dan anak-anak serta sekadar mahu membantu isterinya didapur walaupun berasa letih setiap kali pulang dari kerja. Nahal pula berkata beliau mahu mengambil alih tugas memasak tersebut dan mahu suaminya menumpukan perhatian beribadat dibulan Ramadhan. Hemmm bagi suami-suami yang suka memasak tu hati-hatilah yer jangan sampai isteri terasa hati plak? Rasanya kan banyak Kakak Kakak kat luar sana tu berharap agar suami tolong didapur tapi kempunan sebab suami buat dekkk jer. Ini lain pula dengan wanita Mesir seorang nie sampai mintak cerai. Ada-ada jer kannnnnnnn?

Terbangun Jam Duabelas

14.08.2011, Ahad - Sekarang jam 03:32hrs dan Syah tak boleh tidur lepas terbangun jam 00:30hrs tadi. Lately Syah selalu rasa sakit kepala, rimas dan cepat mengantuk. Agaknya jam 22:00hrs tadi Syah tertidur kot? Bangun jer terus Syah makan Laksa yang beli untuk berbuka tadi dan minum balance air tebu yang masih ada dalam fridge kira bersahurlah tu dan kalau jam 05:00hrs nanti baru nak makan memang tak boleh masukkkkkkkk. Lepas makan menonton channel 141 - The making of Saus Kacang dan kemudiannya tayangan filem tu pula. Filem lakonan Ashraf Sinclare dan Bunga Cinta Lestari. Seronok tengok aksi budak kacukan melayu tu dengan awek dia masa tu tapi sekarang udah jadi pasangan suami isteri donk.

Seronok tengok chanel Indonesia di saluran 141-Bintang dan 142-Pelangi, sebahagian rancangan mereka tu ada persamaan dengan rancangan di Malaysia. Tak tahulah siapa tiru siapa, tapi rasanya kalau dari segi hiburan Indonesia lebih advance kot? Agaknya lah , jangan marah yer itu pendapat Syah jer........... tapi lepas nie tak boleh tengok channel nie sebab kena melanggan lah plak, sekarang nie trial jer. Tak taulah kul berapa mata nie nak mengantuk agaknya. Ayam jantan serama si Azron jiran belakang rumah tu dah mula berkokok. Baru jam 03:41hrs, awalnya dia berkokok ingatkan dia nak tunggu jam 06:00hrs baru berkokok, agaknya................ agaknya lah kan ayam tu terjaga dan tak boleh tidur kot? macam Syah . Untung dia tak ada blog atau FB kalau tak mentenet jer lah dia pagi-pagi nie, heheheheh ...........

Saturday, August 13, 2011

Buka Puasa hari Ke-13

13.08.2011, Sabtu - Sekarang jam 19:08hrs dan inilah juadah berbuka puasa Syah hari nie. sekarang nie hujan lebat. Seorang di Rawang Residence jadi beli jer lah di Pasar Ramadhan Bandar Rawang. Jam 16:00hrs tadi Syah tunggu bas untuk ke Bandar dan sampai jer bandar terus jalan kaki ker Pasar Ramadhan Rawang. Sebelum tu singgah ke kedai kek Kings tapi belek punya belek tak ada yang berkenan dihati dan teruskan perjalan ke distinasi yang dituju. Bersebelahan pasar tu ada sebiah surau, Surau Darul Salam namanya dan Syah lihat ada beberapa orang sedang bersolah Zohor dan terus Syah join mereka solat berjemaah. Selepas solat baru Syah gerak ke pasar Ramadhan. Macam-macam juadah ada dijual disini, cuma sediakan duit jer............. tepuk dada tanya selera.

Hari nie Syah beli Laksa Utara - RM3.00, Nasi Kerabu dan Telur Asin - RM3.00 dan Air Tebu Sebungkus - RM4.00. On the way ke bas stand hari sudah hujan dan Syah redah jer sebab nak kejar bas 17:30hrs. Sampai bas stang baru jam 17:10hrs dan bas tak ada lagi lalu Syah ke gerai buah bersebelahan 7E nak beli buah tetapi buah nenas dah habis lalu Syah cakap kat penjual tu tak apalah. Syah tak beli kuih hari nie kerana dah terbeli laksa tu, takut kalau beli nanti tak habis. Syah sampai rumah hampir jam 18:00hrs dan sampai jer Syah hidangkan makanan dan terus mandi sebab kepala kena hujan nanti pening plak. Ok lagi beberapa minit jer nak berbuka nie....... Syah dalam bilik TV sambil siapkan entrance nie dan buka tingkap bagi angin masuk. Sejuk sebab hujan, best nya macam dalam aircond pula. Ok Lah .............Selamat berbuka semua.

Selamat Hari Ulangtahun Ke 79 HM Queen Sirkit

13.08.2011, Sabtu - Tanggal 12 Ogos lepas merupakan tarikh lahir HM Queen Sirkit Yang ke 79 dan iannya disambut dengan meriah di seluruh Thailand sebagai hari Ibu dan diistiharkan sebagai cuti umum seluruh negara. Potrait Baginda Queen dan bendera Thailand dikibar dan digantung dimerata tempat oleh orang persorangan dan organisasi kerajaan dan swasta. Baginda begitu dekat dihati rakyat kerana sumbangannya terhadap mempertingkatkan kebajikan dan memastikan kesejahteraan rakyat Thailand. Baginda juga terkenal dengan usaha gigihnya memulihkan industri kraf dan seni tradisional Thailand. Dengan inisiatif baginda, kedai-kedai kraftangan telah diwujudkan di bandar-bandar dan kawasan tumpuan pelancong serta penubuhan dua buah pusat latihan kraftangan dan seni tradisional di Chitralada Villa dan Bangsai di Ayutthaya.

Tempat yang paling meriah bagi menyaksikan sambutan hari ulangtahun ini adalah di Ratchadamnoen Avenue dan sekitar Grand Palace, Bangkok dimana iannya dihiasi dengan lampu-lampu berhias, bunga-bungaan serta potrait baginda sempena hari istemewa ini serta pelbagai persembahan bagi menghiburkan rakyat. Semuga HM Queen Sirkit dipanjangkan umur dan dapat berbakti kepada bangsa dan negara Thailand.