Friday, September 3, 2010

Tuanku Mizan Menyertai Kejohanan Kuda Lasak - 03.09.2010

Tuanku Mizan dan 100 orang peserta yang lain dijangka akan menyertai Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan atau sebelum ini dikenali sebagai Cabaran Kuda Lasak Terengganu yang akan diadakan di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu pada 05 - 07 November 2010 nanti. Tuanku Mizan akan bersaing dalam kategori 120 km dalam kejohanan yang dijangka akan disertai oleh 12 negara ini. En Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu memaklumkan bahawa setakat ini tujuh buah negara telah mengesahkan kehadiran mereka iaitu USA, Chile, Uruguay, Perancis, Thailand, Indonesia dan Singapura. Pihak penganjur masih lagi menunggu jawapan daripada Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Bahrin, Australia, New Zealand, Korea Selata, Jepun dan India samada mereka akan / tidak menyertai kejohanan ini.

Pemenang akan menerima Piala dan wang tunai, Juara RM30,000.00, tempat kedua RM20,000.00, ketiga RM15,000.00, keempat RM10,000.00 dan keliam RM8,000.00. Disamping itu RM 1,000.00 akan diberikan kepada peserta yang berjaya sampai dalam waktu yang ditetapkan manakala kuda terbaik akan menerima habuan sebanyak RM3,000.00.

Terlewat - 03.09.2010

Hari ini Syah lewat masuk office coz ketinggalan Bus. Syah inform my boss Dik Nor, Syah lambat tiba di office. Hampir jam 10:00am baru sampai office. Macam nielah kalau di Rawang Residence, transportation memang masalah utama Syah. Malam tadi buka puasa makan tuna sandwich buatan sendiri dan lepas tu Syah masak mee sua. Simple jer panaskan air dalam microwave dan masukkan kiub ayam dan panaskan semula dan baru masukkan mee sua dan last sekali tomato lebih buat sandwich tadi. Actually masa di KL Central Syah beli SubWay Veg Sandwich tapi Syah buang dalam tong sampah KTM. Masa staff Subway sediakan sandwich tu Syah nampak tangannya berdarah (warga asing) tapi dia pakai sarung tangan lutsinar (mungkin luka sedikit) So bila sudah bayar, hati Syah rasa tak sedap bila teringatkan tangannya yang berdarah tu walaupun pakai sarung tangan, malas nak ambil risiko, manalah tahu dia ada penyakit ker......... Jadi tak apalah rugi RM7.00++ daripada kalau kita sakit pula bill hospitalnya lebih dari itew. So sampai Rawang Syah terus ke 7E untuk bilik 3 botol mineral water, Gardenia Breakthru Multi Wholegrain Fibermeal Bred, Tuna in Mayo dan Bake Bean untuk buka puasa nanti.

Malam tadi Kak Long call dan inform nak donate 10 pax beras untuk program Cd - Semurni Kasih Ramadhan 7E dan Kak Lang 1 pax. Kak Long Zainab inform 1o pax tu jangan letak nama dia tapi nama kaum kerabat yang sudah tiada seperti Al-Marhum/Al-Marhumah Kedua Nenda, Nenda Saudara, Ucu dan Mon. So Syah call Cd malam tadi dan maklumkan perkara ini. Syah minta Muss beri duit tu pada Cd coz Syah di Rawang dan nanti hari ini Syah bayar semula pada Muss manakala Kak Long Zainab & Kak Lang Ela pula Syah minta mereka bayar semasa Syah di kampung nanti.

Thursday, September 2, 2010

Sultan Selangor Gantung Gelaran - 02.09.2010

Selepas Dewan DiRaja Selangor bersidang pada 19.08.2010 lepas, Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah membuat keputusan untuk menggantung darjah kebesaran negeri Selangor yang membawa gelaran Datuk kepada Tun Dr Ling Liong Sik dan Datin Paduka O.C. Phang. Penggantungan ini adalah ekoran daripada kedua-duanya telah dihadapkan ke Mahkamah berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Tindakan ini diambil kerana kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan kepada Tun dan Datin Paduka merupakan kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara. Walau bagaimanapun penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran bagi kedua-duanya akan disemak semula bergantung kepada keputusan mahkamah samada mereka bersalah atau tidak dan dibebaskan dari pertuduhan.
  • Tun Dr Ling Liong Sik menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992 daripada Paduka Ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah iaitu Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni AL-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.

  • Datin Paduka OC Phang menerima Darjah Kebesaran Datuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang membawa gelaran Datin Paduka pada tahun 2001 juga daripada Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.

Semurni Kasih Ramadhan - 02.09.2010

Pagi tadi Syah call Kak Lang Ella dan Kak Long Zainab sebab dah lama tak dengar berita mereka. Syah inform mengenai projek anak yatin 7E Cd kepada mereka. Kak Lang setuju nak donate 1 pack beras dan Kak Long pula 10 pack. 1 pack berharga RM20.25. Untuk memudahkan kerja Syah dahulukan duit tu dan nanti mereka bayar balik semasa lebaran. By the way program Semurni Kasih Ramadhan ini akan diadakan pada hari Sabtu ini bersamaan 04.09.2010 dan lokasinya di Rumah Bakti Hulu Kelang, KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.

Mimpi Azrin - 02.09.2010

Malam tadi selepas sahur tertidur semula dan bermimpi. Hehehehehehe nak ketawapun ada geli hatipun ada. Syah mimpi macam Azrin menangis dan tak silaplah dia kata macam tak jadi nak kahwin dengan manager TM. Haaaaa...... Dia macam baring dan menangis. Tetiba Syah terbangun dan tak dapat cont' mimpi tu. Tak tahulah apa tanda atau makna mimpi tu. Adakah dia sakit atau tak sihat ker. Lunch tadi call dia dan dia ada di rumahnya di Shah Alam dan suara dia macam serak. Rupanya tak sihat dan demam. Katanya mungkin berjangkit dengan adik iparnya yang tak sihat masa dia berbuka puasa dirumah adiknya Firdaus. Apa-apapun Syah harap semuga cepat sembuh.

Herba Prima - Jusmate 5 Formula Dr Rozmey :- 02.09.2010

Sebelum dan Selepas Menggunakan Jusmate 5


Syah pertama kali mengambil JM5 pada 16.06.2010 dan pada masa itu berat badan Syah 79kg. Syah buat decision menggunakan JM5 kerana sudah tidak tahan dengan berat badan yang dimasukkan dalam kategori obes berdasarkan ketinggian Syah dan perkara ini diconfirmkan oleh kelinik di tempat kerja Syah. Kalau dahulu jika Syah hendak turunkan berat badan, Syah kena jaga makan dan ianya akan mengambil masa approx kurang daripada enam bulan. Bila gemuk menyusahkan pergerakan Syah, rasa malas dan sakit badan, paling tak suka orang pun pandang semacam kat kita atau ada yang bertanya "Engkau Semakit Semangat Sekarang Yer" atau " Syah ko Dah Emok Balik Yek".

JUS DIET MATE 5 merupakan satu revolusi baru dalam produk diet di mana formula yang di temui begitu efektif di dalam mengatasi masalah kegemukan. Di formulasikan oleh Dr. Che Rozmey Che Din, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, MD(USM), M.MED (O&G) (USM). Beliau telah melakukan penyelidikan dan kajian yang terperinci sejak dari Jun 2003 bagi mencari satu formula unik yang serba lengkap bagi program pengurusan berat badan. Herba-herba segar dari Eropah diadun khas istimewa dengan pati buah-buahan menggunakan kaedah 'biotech' terkini berteknologi nano amat berkesan dalam membantu mengurangkan selera makan, menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian. Adunan ini merupakan satu formula yang begitu istimewa di mana semua ramuan-ramuannya yang terpilih diadun dan bertindak balas dengan harmoni.

JM5 ini tidak boleh disediakan dengan air suam atau air panas kerana ia akan menghilangkan khasiatnya. Cara yang terbaik adalah menggunakan air sejuk. 1 sachet JM5 memerlukan lebih kurang 300ml - 400ml air. Larutkan JM5 dalam air sejuk dan goncang hingga larut menggunakan shaker (botol air mineralpun boleh) dan ianya juga boleh diminum dengan meletakkan ketulan ice. Rasanya memang sedap kerana berperisa orange. Ada setengah orang mengatakan iannya terlalu manis dan anda boleh lebihkan air sedikit. Bagi Syah taklah manis sangat. Bila mengambil JM5 pastikan anda minum air kosong/mineral dengan banyak untuk mengelak/menghindarkan kekeringan.

Pastikan perut anda kosong 2 jam sebelum mengambil JM5 dan 3 jam selepas mengambil JM5 baru boleh mengambil makanan lain. Anda mesti menjaga makanan anda dan mesti disiplinkan diri jika hendak mencapai apa yang dihajatkan. Ambil JM5 pada waktu pagi untuk menggantikan sarapan pagi. Tengahari digalakkan makan sup sayur atau tomyam dan buah-buahan dan ambil nasi jika perlu sahaja. Untuk dinner pula makan buah-buahan exspecially buah apel hijau. Nak bagi tips sedikit ................... bila anda terasa lapar minum air banyak-banyak insyallah rasa lapar tu akan hilang. Jika masih terasa lapar, anda boleh makan sedikit buah-buahan. Makan malam kalau boleh sebelum jam 7:00pm, bulan puasa nie lainlah coz siang kita tak makan. Alaaaaaa berkorbanlah sedikit bila dah dapat berat ideal bolehlah makan. Dan anda perlu ingat berat anda boleh kekal jika mengamalkan pengambilan makanan yang sesuai untuk diri anda.

Excersie memang penting untuk kesihatan. Adalah disarankan anda mengamalkan sedikit senaman seperti berjoging atau berjalan kaki. Syah tidak ada kesempatan untuk buat exercise macam tu kecuali pada hari cuti sahaja. Tetapi apa yang Syah buat adalah Syah naik tangga dari ground floor hingga ke office di Aras 14, Menara TM sebagai senaman harian dan dirumah syah buat push up. Bulan puasa nie Syah tak buatlah exercise tue. Buat kerja rumah seperti mop lantaipun kira exercise jua bagi suri rumahtangga.

Inilah hasilnya JM5 yang Syah ambil. Mula-mula berat badan Syah 79kg semasa mengambil JM5 pada 19.06.2010 dan pada 18.08.2010 berat badan Syah 65.5kg iaitu dengan dua bulan sahaja mengambil JM5 Syah dapat menurunkan berat badan sebanyak 13.5kg. Syah ambil 1 pagi dan 1 malam. Jika berat 80kg ke atas disarankan mengambil dua kali sehari. Semenjak 19.08.2010, Syah berhenti mengambil JM5 kerana Syah rasa berat badan Syah sudah cukup sebagai seorang lelaki walaupun untuk mendapatkan berat ideal sebenar Syah terpaksa menurunkan sebanyak 20 kg tapi 13.5 itu sudah cukup kerana Syah bukannya hendak pakai kebaya kan? Hehehheheheh . Pada anda yang ingin mencuba produk ini, anda boleh menjadi ahli dibawah Syah. Dengan hanya membayar RM450.00 anda boleh menjadi ahli dan diberikan 3 kotak JM5, setiap kotak ada 20 sachet JM5. Jika anda ingin mencubanya dulu anda boleh membeli sekotak dari Syah. Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi Syah di talian 013 335 2102. Sebagai peringatan anda semua tidak digalakkan untuk membeli Jusmate 5 daripada kiosk-kiosk atau toko-toko jamu kerana baru-baru ini Dr Rozmey dalam kenyataan akhbarnya ada memaklumkan kebanyakan produk beliau yang dijual diluar adalah tiruan dan akan memberi kesan pada buah pinggang anda dan kemungkinan mengakibatkan kanser. So berhati-hati sebelum membuat pilihan yang salah.

Wednesday, September 1, 2010

Buka Puasa @ Juara Tomyam - 01.09.2010

Hari ini buka puasa dengan Cd dan Muss di Juara Tomyam, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Alamatnya di No. 2, Jalan Puan off Jalan Raja Uda, 50300 Kuala Lumpur. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi 03 26944324. Masa dalam perjalanan tadi ada seorang mamat nie bawa motor macam orang gila untung tak bergesel dan lepas tu dia nak marah orang pula. Dia bawa motor macam lipas kudung. Kemudian Syah tengok dia macam nak terlanggar van pula. Agaknya ada masalah mental mamat nie? Hehehehe lantaklah dia. By the way masa pergi Cd drive dan balik Muss. Masa nak order ketam Cd order 2pcs dan Muss kata 1pcs cukup dan Muss kena marah balik. Heheheheheh

Click gambar untuk menikmati makanan itew dari dekat.


Inilah menu we all today. Syah order Meehom Tomyam Putih dan cakap kat waiter tak mahu lauk tapi sayur sahaja. Bila buka puasa hampeh.... ada sotong, udang dan ayam dalamnya. Lepas tu Syah rasa meehon nya macam hapak, tak tahu kenapa mungkin dia tak basuh meehon tu dan terus celur jer atau mehoon tu sudah lama. Syah makan sayurnya jer dan sedikit meehonnya . Lepas tu ratah ikan dan kailan, ketam dan udang Syah tak usik. Today Muss belanja tiga suku dan lebihnya Cd. Menu arine Ulam dan sambal belacan - FOC, Meehon Hailam - RM4.50, Fried Baby Kailan - RM9.00 for 2pax, Udang Goreng Tepung - RM6.00, Meehon Tomyam Putih - RM5.00 , Ikan Siakap Kukus - RM30.00 for 500gm, Ketam Goreng Black Paper - RM20.00 for 2pax, Bali Panas - RM4.00 for 2pax, Watermelon Juice - RM2.50, Apple Juice - RM2.50 dan Air Kosong - RM0.20 . Semuanya RM85.00. Argggg............ Kenyang. Thanks Muss dan Cd.

Derma Anak Yatim - 01.09.2010

Syah @ KL Residence, Indah Apartments, Tmn Setapak Indah

Lepas balik dari buka puasa di Juara Tomyam tadi, Cd inform bossnya hendakkan gambar penderma bagi program kemasyarakatan 7 Eleven yang dinamakan Semurni Kasih Ramadhan. 7E akan mengadakan majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan kepada rumah anak yatim mengikut kawasan masing-masing di seluruh Malaysia. Bagi 7E area Gombak dan Ampang, program ini dijadualkan berlangsung pada 04.09.2010 di Rumah Bakti Hulu Kelang, KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor. Sebanyak tiga buah rumah anak yatim telah dipilih untuk program ini. Orang ramai boleh memberi sumbangan dengan membeli barang-barang di 7E dan barang berkenaan akan diserahkan kepada rumah anak yatim berkenaan. oleh pihak 7E. Hanya barang yang dibeli di 7E sahaja akan didermakan dan mereka tidak menerima barang yang dibeli sendiri oleh penderma selain daripada di premis 7E. Cd inform Syah masa meeting tempohari rumah anak-anak yatim memaklumkan mereka lebih memerlukan beras. So Syah derma beras kepada mereka dan beli di 7E dengan harga RM20.25/pack dan Syah donatekan 30 pax, Kak Ngah Faziah derma 10pax , Aunty Tina dan Muss 1pax setiap seorang.

Tuesday, August 31, 2010

Pengistiharaan Kemerdekaan - 31.08.2010


Pengisytiharan Kemerdekaan disambut dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali oleh YABM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu, perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Selepas lagu kebangsaan berkemundang diudara kedengaran pula seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan kemudiannya diikuti dengan tembakan meriam sebanyak seratus satu das.

Selepas itu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat dari pentas utama diikiuti oleh Raja-Raja Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray dengan diiringi oleh tiupan nobat DiRaja. Kemudiannya, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan.

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu selama lebih 170 tahun. Pada hari itu juga (31 Ogos 1957) Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu iaitu Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

Text Pengistiharaan Kemerdekaan - 31.08.2010

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Buka Puasa - 31.08.2010

Hari ini Muss dan Cd berbuka puasa di rumah Aunty Tina kerana dia mengadakan birthday party cucunya sekali. Hampir jam 05:00pm tadi mereka bertolak. Syah tak ikut kerana rasa tak sihat dan rasa nak demam sebab penyakit Syah nie lah. Syah sempat ke pasar ramadhan danau kota dan beli tau fo fa. So Syah berbuka seorang hari nie. Macam biasa Syah makan Sup Sayur, Kurma, Bahulu, Oat dan Tau Fo Fa. Minum mineral water dan orange juice. Makan Semua. Sekarang jam 09:05pm dan Syah rasa nak demam, mual dan sakit kepala. Buang air kecil ok dan memang macam ini sekejap ok sekejap tidak macam petang tadi ada masalah sedikit. Sekarang Syah rasa nilu sedikit kat peha kanan pula especially kalau dipegang.

Kesihatan Syah - 31.08.2010

Hari ini rasa macam tak sihat sedikit, masa solat zohor tadi Syah rasa sakit semula di bahagian ari-ari kebawah, sakit yang biasanya Syah rasa bila buang air kecil. Lepas tu Syah tidur dan ok sedikit. masa nak Asar tadi Syah buang air besar/kecil dan rasa sakit di bahagian ari-ari dan dan bahagia "itu" hingga ke kaki rasa nilunya. Sakit, pedih dan nilu. Muss pula buat Syah tension dengan tanya macam-macam sampai Syah "sound dia sedikt". Atau MUNGKIN Syah memang tak boleh tension kot, mana tak nya banyak masalah ditempat kerjalah, masalah keluarga lah dan masalah di rumah. Banyak benda yang dirisaukan/fikirkan kerana Syah bukannya jenis orang Bujang yang hidup tak fikirkan masalah keluarga, Syah jenis bujang yang mempunyai kehidupan dan tanggungjawap macam orang yang sudah berkahwin maksudnya semua benda Syah perlu fikir dan take care pasal keluarga ditambah lagi dengan masalah kerja . Kadangkala terfikir juga mengapa Syah tak macam orang bujang yang lain - Happy Go Lucky. Entahlah.......................... bila agaknya nak ok sakit nie..........

Memorial Peringatan Kemerdekaan - 31.08.2010

Bila bercakap mengenai MERDEKA DAY ini banyak diantara kita selalunya membincangkan mengenai pengertian Kemerdekaan, Sumbangan dan Pengorbanan Tetapi Syah tidak mahu mempersoalkan perkara yang selalu diperkatakan seperti itu. Syah hendak berkongsi sesuatu dengan anda. Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai sebuah memorial mengenai pengistiharaan kemerdekaan?

Kepada anda yang pernah berkunjung ke Melaka, memorial Peringatan Kemerdekaan ini terletak di bandar melaka itu sendiri iaitu berhampiran kota A Fomasa dan Replika Istana Kesultanan Melaka . Memorial ini juga betul-betul berhadapan dengan Dataran Pahlawan (Padang Bandar Hilir Melaka) yang merupakan lokasi pengistiharaan tarikh kemerdekaan oleh YABM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 20 Februari 1956 selepas beliau dan rombongan kembali dari London bagi membincangkan kemerdekaan Malaysia - Malaya ketika itu.

Memorial ini dahulunya dikenali dengan nama Kelab Melaka dan bangunannya telah dibina pada tahum 1911. Keunikan bangunan dua tingkat ini adalah kerana struktur binaannya manampilkan gabungan ciri-ciri tempatan dan barat. Dalam era penjajahan British, bangunan ini merupakan tempat kegiatan sosial hanya untuk golongan atasan dan pegawai-pegawai British sahaja. Walau bagaimanapun ianya mula dibuka kepada umum selepas negara mencapai kemerdekaan.

Untuk memudahkan para pelawat memahami dan menghayati liku-liku perjalanan perjuangan kemerdekaan negara, memorial ini telah dibahagikan kepada beberapa sektor atau bahagian seperti berikut :-
  • Pengenalan dan Pertuanan Melayu
  • Menghadapi Cabaran Kuasa Asing
  • Kebangkitan Semangat Kebangsaan
  • Menentang Malayan Union
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
  • Menghadapi Gerakan Komunis
  • Kearah Kemerdekaan
  • Kemerdekaan
  • Raja Berpelembagaan
  • Ketua Negara
  • Negeri dan Kerajaan
  • Penubuhan Malaysia
Anda nampak tak gambar diatas dimana YABM Tunku menjulang keris ketika mengistiharkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir Melaka pada 20 Februari 1956. Keris tersebut ada disimpan di memorial ini untuk tatapan anda semua. Begitu juga dengan kereta yang digunakan semasa perarakan sambutan Merdeka 1957 dan dua buah kereta perisai yang digunakan semasa darurat juga turut dipamirkan diluar Memorial ini.

So apa lagi ............ Jika anda ada masa terluang sempena cuti umum seperti hari ini atau Hari Raya nanti sudi-sudikan lah membawa keluarga terutamanya anak-anak berkunjung ke Memorial Peringatan Kemerdekaan ini untuk memahami dan melihat dari dekat sejarah perjalanan kemerdekaan negara yang kita cintai ini.


Merdeka Eve Buka Puasa - 31.08.2010

Petang semalam sempena Merdeka Eve, Muss inform Cd nak makan Spaghetty Carbonara dan Syah kata nak ke KLCC window shopping. Tak lama kemudian Muss call balik kata mereka nak join Syah di KLCC dan minta booking tempat dulu kerana mereka naik kereta dan jalan agak sedikit sesak. Macam biasa Syah sampai dulu dan ambil tempat betul-betul didepan stall jual piza dan pasta di Signatures KLCC Foodcourt, Aras 2 KLCC. Muss sampai hampir jam 06:30pm.

Today Cd belanja. Terlebih makanlah pulak Syah malam nie. Hehehhehe.......... Menu kali ini Spaghetty Carbonara, Kaki Ayam Kicap, Wantan Kaki Ayam, Fruits, Subway Veg Sandwich, Mashroom Sup with Garlic Bread, Tuna Pizza, Tuna Veg and Mineral Water.

Monday, August 30, 2010

Sakit Syah - 30.08.2010

Pagi tadi sebelum keluar rumah Syah buang air kecil dan rasa nilu dan sakit sedikit sahaja. Lepas tu Syah sampai LRT Kerinchi Syah ke tandas dan buang air kecil ok pula. Macam tu lah keadaannya. Hehehhehe tak tahu lah. Masa ke Account Department tadi Syah singgah ke aras 26, TM Annexe 2 untuk ke Menara Medical Center berjumpa Dr Rasool, our panel doctor. Syah tunjukkan medical report dan ubat yang Sentosa beri. Dr Rasool inform berdasarkan report tu ok katanya tak ada kanser, batu , ketumbuhan, lendir atau hernia. Syah inform dia mengenai rasa sakit tu dan beritahu rasa sakit tu bukan sahaja masa buang air kecil tapi kadangkala masa bergerak atau buat regangan pun ada terasa sakit yang sama kadang kala lah. Dia kata kalau sakit macam yang Syah explain tu katanya mungkin melibatkan otot atau saraf Syah. Dia kata jangan risau kerana report tu menunjukkan buah pinggang, pundi kencing dan prostate Syah semuanya ok kecuali epididymis Syah yang bengkak menyebabkan infection dan minta Syah habiskan ubat berkenaan ikut peraturan yang doktor berikan dan tak perlu nak risau apa-apa. Dr Rasool inform ubat Celebrex 200mg tu untuk tahan sakit dan kurangkan bengkak manakala antibiotik Vibramycin 100gm tu memang antibiotik untuk sakit sepert yang Syah alami ini. Syah memang biasa dengan Dr Rasool nie exspecially jika sakit macam ini kerana ada dua lagi kelinik di TM tapi semua doktornya perempuan.

Masuk Office - 30.08.2010


Hari ini 1st day masuk kerja. Esok public holiday jadi banyak member yang sambung cuti untuk persediaan lebaran yang bakal menjelma pada minggu hadapan. Office lengang hari ini. Mana yang ada sempat bertanya khabar berhubung penyakit Syah. Pagi tadi call bahagian akaun inform nak hantar accrual payment yang tak sempat nak proses kerana Syah Warded. Actually accrual submission pun dah due datenya tapi merayu pada mereka untuk hantar dan nasib baik mereka benarkan, kalau tidak menjawaplah nanti jawapannya. Tengahari tadi Syah ke Wisma Goshen berhampiran Stesyen LRT Kerinchi untuk menghantar kad hari Raya ke pejabat Kuess Almarhum Sultan Idris Syah dan minta Kuess serahkan kad Raya Syah kepada Permaisuri Aishah (Mantan Raja Permaisuri Agong Malaysia).


Pagi tadi En Talib, Admin Executive datang jumpa Syah. Katanya our big boss ada beri kad semasa Syah sakit hari tapi dia nak cari kat mana dia letak kad tu. Memang hari tu En Talib nak datang ke Sentosa Medical Center tapi Syah inform Syah sudah hendak keluar jadi dia tak jadi datang. Sebentar tadi Syah nampak ada kad atas meja Syah, ingatkan kar raya tapi kad ucapan semuga cepat sembuh daripada Dr. Zainal Abu Zarim.



Sunday, August 29, 2010

Sultan Selangor Berbuka Bersama Rakyat di KKB - 29.08.2010

Hari ini Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Kuala Kubu Baharu (KKB). Turut mengiringi Baginda adalah Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dalam majlis yang diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahman, KKB, Baginda telah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 98 orang anak yatim, 200 orang fakir miskin dan 92 orang saudara baru. Baginda dan rombongan turut serta bersolat Maghrib, Isyak dan Terawih bersama-sama warga Kuala Kubu Baharu.Hadir sama dalam majlis ini adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud, anggota exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohd Azib Isa dan Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abd Wahid.

Majlis Khatam Al-Quran Istana Nurul Iman - 29.08.2010

Majlis Khatam Al-Quran Istana Nurul Iman telah diadakan di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman pada hari Rabu lepas bersamaan 18.08.2010. Majlis Tadarus Al-Quran di Istana Nurul Iman merupakan program rasmi Istana setiap tahun apabila menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Majlis telah disempurnakan di hadapan YAM Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid Bakal, diikuti dengan dengan bacaan ayat-ayat Lazim dari Surah Ad-Duha hingga Surah An-Nass. Manakala bacaan Takhtim dan Doa Khatam disempurnakan oleh Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Yahaya Haji Ibrahim.

Majlis diteruskan dengan bacaan Dikir Syarafil Anam dan Zikir Marhaban yang dipimpin oleh 12 orang pegawai masjid terdiri daripada Pehin Khatib dan Mudim dua masjid utama di negara ini yang diketuai oleh Pehin Khatib Haji Mustafa Haji Murat, yang juga telah membaca Doa Dikir.Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan Brunei, Pehin Dato Paduka Seri Setia Dr Haji Abdul Aziz Juned. Majlis ini telah dihadiri oleh YAM Pengiran-Pengiran Cheteria, Pengiran-Pengiran Peranakan, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Pendalaman, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan para Ketua Jabatan.

Kes YB Serdang Masuk Surau - 29.08.2010

Implikasi daripada isu YB Teo memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lepas bersamaan 22.08.2010 dengan tidak menutup aurat telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak.

  • Sultan Selangor,DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita Baginda berhubung isu tersebut memandangkan ini adalah kali kedua perkara yang sama telah berlaku di Selangor.
  • YB Teo Nie Ching dilaporkan akan mengadap DYMM Sultan Selangor dalam waktu terdekat ini bagi memohon ampun dan memberi pejelasan kepada Tuanku Sultan berhubung isu beliau memasuki dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Central.
  • Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS akan mengambil tindakan terhadap YB Ahli Parlimen Serdang itu dan Jawatankuasa Surau Al-Huda berhubung isu ini. JAIS juga telah mengambil alih pentadbiran surau berkenaan berkuat kuasa serta-merta.
  • Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memaklumkan sebarang tindakan yang diambil oleh JAIS terhadap YB Teo dan AJK Surau adalah bertentangan dengan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Beliau memaklumkan isu ini telah dipolitikan oleh golongan yang berfahaman sempit dan tidak bertamadun.
  • Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin memaklumkan bahawa hasil daipada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang diadakan pada 01 Mac 2010 lalu telah mengharuskan pelancong bukan islam memasuki masjid dan ruang solat dengan BERSYARAT. Walau bagaimanapun memaklumkan bahawa JAIS sebagai pihak berkuasa agama negeri mempunyai hak mengubah apa-apa fatwa satu enekmen kerana kuasa terletak pada mereka dan hanya fatwa yang dititah oleh Majlis Raja-Raja sahaja tidak boleh diubah.
  • Niat Ketua Wira PERKASA Malaysia, Armaan Azha Abu Hanafiah dan ahli-ahli PERKASA untuk menyerahkan surat kecaman dan wang RM1,000.00 bagi menggantikan wang yang diberikan oleh YB Teo kepada AJK Surau Al-Huda dan memohon supaya wang YB Teo dikembalikan semula kepada beliau tidak kesampaian kerana AJK berkenaan tidak hadir semasa mereka ke surau berkenaan dan surau tersebut dikunci. Wang tersebut akan disalurkan terus kepada MAIS.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan bahawa AJK Masjid/Surau perlu merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing apabila ingin menganjurkan sebarang program di Masjid/Surau mereka untuk mengelakkan sebarang isu yan mengelirukan. Setiap negeri mempunyai enekmen khas mengenai garis panduan penganjuran program dimasjid/surau yang perlu dipatuhi oleh Nazir dan AJK Masjid/Surau.

Buka Puasa - 29.08.2010

Untuk buka puasa petang nie Syah masak Sup Sayur Oat - Sup nie Syah letak Bracoli, Kubis Bunga, Lobak Putih dan Tahu Lembut. Kemudian Syah nak masak Oat tapi rupanya Oat tingal CIPUT jer............ So Syah campurkan sekali Oat tu dalam Sup dan jadilah Sup Sayur Oat. Lepas solat nanti baru makan tak tahulah apa rasanya. Ok ker tak ok ker makan jer lah Labu. Petang tadi Syah ke Pasar Ramadhan Danau Kota dan beli Buah Kurma, Belepat Pisang atau ada orang panggil Lepat Pisang dan Apam Kuala. Apam Kuala ini resepi dari Perak, Kuala Kangsar. Saja teman nak coba rasanya macam mana Yob? Tak tahu plak samada Soltan Perak pernah makan apam nie ke tak? Sekarang jam 07:18pm nunggu buka wei..........

By the way Muss dan Cd berbuka puasa rumah Kak Ngah Faziah lagi. hari ini Muss siap bawa lala untuk Kak Ngah masak.

Raya Kat Mana Tahun Nie - 29.08.2010

Tengahari tadi Ayahanda call and as usual bertanyakan khabar Syah. Syah inform dia its going to be ok tapi adalah sakit sedikit kadangkala dan dia kata jangan risau nanti ok lah tuh.Lepas tu dia cakap Bonda Tiri Syah which I call her Encik nak cakap. Encik minta Syah beraya dengan dia di rumah Ayahanda tahun ini, Syah biasanya beraya di rumah nenda dan actually Syah tak pernah sekalipun tidur di Rumah Ayahanda. Syah dibesarkan oleh Almarhum dan Almarhumah nenda Syah. Last year memang Syah beraya dengan mereka at my sister residence di Selayang. Macam mana nie Yek? Apa pandangan anda?

Aktiviti Sabtu Syah - 28.08.2010

Semalam Syah ada appointment dengan May Tan di NY, The Boulevard, Mid Valley jam 04:00pm untuk E&N Treatment. Syah tumpang Muss sampai Ampang Park coz dia nak bayaran credit card di Citi Bank. Treatment selesai hampir jam 06:30pm. So Syah ke Surau Jaya Jasco Mid Valley untuk solat Asar dan kemudiannya window shopping dan menonton persembahan muzik traditional yang diadakan di Mid Valley sebagai salah satu program bulan Ramadhan mereka. Selesai sahaja perembahan sudah hampir waktu berbuka puasa dan Syah beli roti dan mineral water.
Orang Ramai yang keluar dan masuk ke surau dan ada juga yang menunggu giliran diluar kerana Surau penuh untuk mengerjakan Solat Maghrib.


Di surau JJ yang luas dan besar ini Syah menunggu waktu berbuka puasa. Masa berbuka Syah lihat budak sebelah Syah tu tak bawa air so Syah beri satu mineral water 600ml pada dia coz Syah memang beli lebih. Dia ucapkan terima kasih dan kemudian bertanya berapa yer bang? Syah cakap saya memang ada spare lebih tak perlu bayar. Dia inform Syah, saya sebenarnya nak solat dulu dan berbuka kemudian, mungkin dia malu kot dan tak mahu orang ingat dia tak ada duit nak makan? Agaknya ler..........Heheheh muka skima macam student U. Syah senyum sahaja. Beginilah keadaan di pintu masuk surau yang sentiasa penuh dengan pengunjung mall yang ingin menunaikan waktu solat maghrib, kerana waktu magrib kan pendek dan hanya ada lebih kurang satu jam sahaja sebelum waktu Insyak. Haaaa sapa kata anak-anak muda atau orang yang jalan-jalan atau lepak kat shopping complex tak sempat nak solat. Gambar atas tu buktinya betapa sesaknya surau di Shopping Complex apabila tiba waktu solat.

Lepas solat Syah cari tempat duduk untuk makan roti yang Syah beli tadi. Roti tu ada macam-macam kacang dan kismis dalamnya tak tahu nama apa tapi kalau Syah ke Mid Valley mesti beli roti itew? Lepas makan roti macam biasa makan ubat. Kemudian Syah menonton persembahan tarian asli yang diadakan jam 08:00pm di Mid Valley. Memang best dan menghiburkan persembahan kebudayaan ini. Lepas habis show, Syah ke Surau untuk Solat Insyak. Selepas solat Syah ke Metrojaya beli stokin dan T-shirt dalam, semuanya RM34.90. Lepas tu Syah balik nak teksi ke LRT Abdullah Hukum untuk ke Melati.Sampai rumah jam 11:00pm.
Sampai rumah mandi dan online sekejap. Lepas tu keluar ke Danau Kota Uptown kerana nak cari sedikit makanan sebab rasa lapar pula coz hanya makan roti sahaja tadi.Gambar diatas tu menunjukkan keadaan jalan menunu ke Uptown tu. Sesak gila, Jam tak bergerak. Kalau anda hendak ke Danau Kota Uptown pastikan jangan masuk ke area uptown kalau jenis yang tak sabar.Heheheheh..........
Sampai di Uptown Syah beli jagung bakar dan Salted Pistachios, mineral water Syah bawa dari rumah. Beli jagung tu satu jer dan yang kat atas tu gambar Syah ambil kat gerai. Sambil dengar orang berkaraoke Syah duduk makan sekejap. Lepas tu jalan-jalan lihat gelagat orang ramai. Di Uptown Danau Kota nie selain boleh beli baju/seluar/kasut/perhiasan rumah anda juga boleh mengurut kaki dengan OKU, makan/minum di food court, membayar zakat dan ber karaoke. Ditepi jalan pula banyak gerai-gerai steamboat/makanan/minuman, dulu DBKL tak beri mereka berniaga sekarang banyak pula Syah tengok gerai-gerai kecil dibuka dikawasan itu atau mungkin untuk bulan puasa sahaja kot? Tak tahulah? Sampai rumah tengok Muss dan Cd sudah balik, dari rumah Kak Ngah Faziah, Muss on line dan Cd menonton Tv. Balik rasa lapar dan Syah makan mee segera kira sahurlah tuh. Sebelum subuh Syah bangun untuk minum sahaja.

Saturday, August 28, 2010

Sakit Syah - 28.08.2010

Malam tadi selepas berbuka dan buang air kecil, Syah rasa ok tak sakit tapi rasa nilu tu ada lagi sedikit. Shukur alhamdulilah dan minta-minta iannya akan sembuh segera. Semalam Syah rasa dibahagian bawah perut Syah kiri berhampiran pundi kencing tu bila ditekan rasa sakit dan sendawa. Sekarang pun ada rasa sakit sedikit . Dulupun memang ada dan dia akan hilang dengan sendirinya. Cuma Syah sekarang kadangkala rasa nilu dibahagian punggung kebawah dan kedua belah peha. Rasa sakit di testis ada sedikit-sedikit sebab tu Syah tak boleh buat aktiviti-aktiviti "renyah" atau lasak. Kadangkala diantara tempat buang besar dan testis dan peha rasa macam lenguh dan kadangkala rasa macam bergetar di kawasan tertentu maksud Syah rasa macam kalau perut masuk angin.Tapi everything beransur pulih. Shukur alhamdulilah dan terima kasih atas doa Ayahanda dan sahabat-sahabat semua. Cuma semalam Syah tak makan Oat dan hari ini tak ada rasa nak buang air besar. Biasalah orang dah berumur macam-macam halnya kan? hehehhee. Doakan Agar Syah Sembuh Yer?

Sultan Selangor Murka - 28.08.2010

Sultan Selangor,DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita Baginda terhadap tindakan Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching yang telah memasuki dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral. Dalam insiden yang berlaku pada malam Ahad lepas 22.08.2010, YB telah memasuki dewan solat surau berkenaan untuk menyampaikan sumbangan hari raya dan sempat menyampaikan "tazkirah" kepada para jemaah selepas Solat Terawikh. YB juga tidak menghormati rumah ibadat orang Islam kerana tidak menutup aurat, sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wakil rakyat yang perlu tahu what do and dont. Dimana penasihat-penasihat YB Teo sehingga terlupa akan perkara utama seperti ini atau mereka sahaja ingin memerangkap dan menganaya YB Teo?

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjalankan siasatan dan perkara berkenaan didapati memang berlaku. Tindakan awal diambil oleh MAIS adalah mengambil alih dan menguruskan pentadbiran surau berkena serta merta. Selain daripada itu MAIS juga telah menghantar surat amaran kepada YB Teo berhubung insiden berkenaan. Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dalam kenyataannya akhbarnya memaklumkan agar semua wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam disamping menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor.


Insiden seperti ini bukanlah pertama kali berlaku di Selangor kerana pada Ogos 2009, Exco Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar telah berucap dalam majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat Islam. Manalah Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Selangor Tak Murka seolah-olah perkara ini dipandang remeh oleh pihak-pihak tertentu sehingga ianya berulang lagi dalam bulan Ramadhan yang suci ini.

Buka Puasa Semalam - 28.08.2010

Selepas gunting rambut Syah balik terus rumah tapi LRT problem dan terpaksa berhenti lama di stesyen kerana katanya ada kesesakan di stesyen hadapan. Alasan standard LRT ............"Lame Excuse". Muss call inform dia sampai lewat juga kerana hanar kawan dia balik ke bus stop Pekeliling dan dia guna kereta Gen2 Kak Long Fadilah dan tiba-tiba temperature kereta tu naik dan dia terpaksa berhentikan kereta bagi suhunya turun semula. Syah beli kuih sahaja untuk berbuka sebab nak makan ubat dan lepas tu ingat nak belanja Muss dan Cd makan. Muss sampai ke KL Residence hampir jam 08:30pm. Lepas tu dia buka dan baca surat, rehat sekejap dan mandi baru we all keluar makan ke Om Juice Setapak. Syah belanja.

Syah :- Barli Panas dan Meehon Tom Yam Sayur, Muss Meehon Hailam dan Coco Blanded, Cd Nasi Putih, Barli Panas dan Air Suam. Selain tu Syah order Siakap Thai Steam, Lala Berlada dan Kailan Oyster. Adalah Thai dessert yang Syah tak ingat apa nama dia, bercolor-color rupanya. Semuanya RM54.60.

Gunting Rambut - 28.08.2010


Semalam, selepas sahaja Solat Jumaat, Syah terus ke LRT Station Melati dan bila nak masuk gate baru Syah perasaan kad touch & go Syah tak bawa. Jadi terpaksa beratur untuk beli tiket manual. Beli tiket manual nie leceh sedikit kerana kita perlu beratur apatahlagi kalau ramai orang. Dari Melati ke KL Central Syah naik LRT Putra dan kemuduannya menggunakan perkhidmatan monorail untuk ke Bukit Bintang. Sampai di Bukit Bintang Syah ke Snips untuk gunting rambut. Bukan apa sahaja buat persiapan awal untuk aidilfitri nanti takut last minute ramai orang. Disebabkan Syah members, dapat diskaun dan bayar RM45.00 sahaja untuk professional cut. Macam biasa hulurkan kad kredit untuk ditenyeh tapi cashier kata RM50.00 keatas baru boleh pakai kad, untung ada duit spare dalam dompet jika tidak malu oooooooooo.

Victor yang gunting rambut Syah. Dia inform rambut atas (yang terpacak tu atau kita panggil spike) sepatutnya panjang dia 3 in baru cantik dan ngam tapi rambut Syah hanya 1 inci sahaja. kerana beberapa bulan lepas Syah potong rambut ala-ala botak, tak per nak raya nanti panjanglah sket tu dan kita kasi dia terpacak besar punya (macam iklan meggi plak). Pandangan sisi rambut Syah yang diambil sendiri oleh Syah kerana al-maklumlah kamera dah diperbaiki. Macam budak nakal pun ada juga yek............ eh bukan budak nakal bapak budak yang nakal dan cute. Heheheheh boleh..................... CUTE ker?

Friday, August 27, 2010

Solat Jumaat di Melati - 27.08.2010

Sebelum keluar dari Rawang Residence, Syah call Azrin tapi no reply. So Syah keluar jam 10:00am untuk tunggu bas. Syah nampak ada pula kereta dia maknanya dia ada di rumah malam tadi. Hari ini komuter lambat dan masa dalam train Azrin call dan dia inform balik malam tadi jam 04:00am dan today dia nak berbuka di rumah Firdaus. Sampai LRT Melati jam 12:00 tengahaari dan Syah balik rumah naik teksi dan tak sampai 5 minit keluar semula untuk ke Masjid. Keluar jer depan rumah ada teksi dan Syah tahan teksi tu untuk ke Masjid. Naik teksi sebab nak cepat takut terlambat tapi Syah sampai masjid awal rupanya. Cantik, besar dan gah masjid ini segah namanya Salehuddin Al-Ayubi. Ruang solatnya sahaja tiga tingkat. Kadangkala Ustaz Zakuan membaca khutubah Jumaat di masjid ini. By the way Ustaz Zakuan merupakan Ex TM Staff. Lokasi masjid ini terletak berhampiran Stesyen LRT Taman Melati.

Balik Kl - 27.08.2010

Sekarang jam 09:08am dan Syah nak bersiap-siap balik KL. Dari hari Selasa lagi Syah ada di Rawang Residence dan sekarang giliran Syah di KL Residence pula. Tahu sahajalah nak tunggu bas yang sejam sekali masuk kat taman nie dan hari ini Jumaat mana nak solat Jumaat lagi dah lah minggu lepas tak solat Jumaat sebab warded di Sentosa Medical Center. Ok GTG semua sehingga berjumpa lagi.

SYAH Sayang Anda Semua

Doakan Syah Cepat Sembuh Yer

BYE

Sakit Syah - 27.08.2010

Pagi tadi Ayahanda call bertanya keadaan Syah. Syah inform malam tadi selepas berbuka, buang air kecil rasa sakit tu datang lagi. Dua atau tiga kali buang air kecil rasa sakit tu ada tetapi ianya semakin berkurang bila bila buang air kecil kali keempat dan seterusnya. Pagi tadi macam biasa buang air kecil dan besar rasa sakit tu tak ada cuma lepas berbuka sahaja rasa itu ada. Mungkin ker seharian Syah tak minum ? Itu Syah tak tahu. Sekarang nie rasa sakit tak ada tapi nilu kat Peha tu kadangkala adalah. Malam tadi Azrin call tanya khabar lebih kurang jam 12 malam tak silap Syah. Mungkin dia baca blog Syah kot sebab tu dia call tanya khabar kesihatan Syah.

Ayahanda nasihatkan agar Syah bersabar dan dia tak bagi Syah pergi berurut dan ingatkan Syah jangan lupa makan ubat yang doktor beri. Katanya dia akan doakan kesihatan Syah dan telah buat solat hajat dan akan tolong Syah kerana katanya Syah nie anak dia dan dia tahu apa nak buat. Tak faham tapi terima kasih kerana kata-kata itu sebenarnya jadi terapi kepada Syah. Ayahanda kata dia tahu apa nak buat? Hemmmmm Jangan disuruhnya Syah kahwin masa raya nanti sudahlah ............. Hehehheheh. Terima kasih juga atas sokongan dan doa pembaca blog dan kawan-kawan facebook Syah yang banyak memberi semangat pada Syah untuk pulih dan menghadapi masalah ini dengan tenang.

Apa itu Nuzul Quraan - 27.08.2010

Hari ini beberapa buah negeri di Malaysia bercuti sempena Nuzul Quran. Selangor cuti tapi Kuala Lumpur tidak dan situasi ini akan mengundang kesesakan lalulintas kerana ramai yang akan mengambil peluang keemasan ini untuk membeli belah di Kuala Lumpur bagi persiapan hari lebaran yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tidak semua yang tinggal di KL bertugas di KL. Berbalik kepada Nuzul Quraan ini, Tahukah anda sebenarnya masih ramai diantara kita masih tidak boleh menjawap bila ditanya apa itu Nuzul Quraan. Kebanyakan kita tahu Nuzul Quran itu cuti umum sahaja. Syahpun bukannya pandai sangat berhubung isu yang melibatkan agama tapi Syah nak kongsi bersama anda apa yang Syah tahu mengenai Nuzul Quraan secara ringkas sahaja.

Nuzul diambil daripada perkataan Arab membawa maksud PENURUNAN manakala AL-QURAN merupakan Kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir Zaman iaitu junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Sehubungan dengan itu Nuzul Quraan membawa erti sebagai sambutan hari Penurunan Al-Quraan kepada Baginda Rasulullah SAW (Umat Manusia). Macam kita menyambut Hari Kemerdekaan, Hari 1Malaysia dan seumpamanya. Al-Quraan diturunkan dari Allah SWT ke Luh Mahfuz dan kemudiannya ke Baitul Izzah (langit dunia) kemudiannya kepada Rasulalah SAW secara berperingkat. Al-Quraan diturunkan kepada baginda semenjak dilantik sebagai Rasulullah SAW dan selesai sebelum Baginda wafat (meninggal dunia). Proses ini mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk selesai iaitu sepuluh (10) tahun di Madinah Al-Munawarah dan tiga belas (13) tahun di Mekah Al-Mukaramah.

Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam 17 Ramadhan, ketika Baginda sedang beribadat dan mengasingkan diri untuk mencari ketenangan (berkhlawat) di gua Hira', Baginda telah didatangi oleih Malikat Jibril AS membawa wahyu pertama. Jibrail AS menyuruh Baginda membaca tetapi Baginda tidak tahu membaca lalu Jibrail AS memeluk Baginda dan disuruh membaca sehingga tiga kali. Akhirnya Baginda dapat membaca surah Al-A'laq, ayat 1 hingga 5 dengan bimbingan Jibrail AS. Ayat berkenaan merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Baginda ketika dilantik sebagai Rasulullah dalam usia Baginda 40 tahun. Berdasarkan tarikh inilah Nuzul Quraan disambut oleh Umat Islam setiap tahun di seluruh dunia.

Thursday, August 26, 2010

Sakit - 26.08.2010

Hari ini sudah 15 hari kita semua berpuasa manakala Syah 14 hari coz tak boleh berpuasa satu hari kerana kena buat test air kencing tempohari di Sentosa Medical Center. Lagi 15 hari suda Raya, memang cepat masa berlalu. Lepas makan tadi Syah mandi dan bila buang air kecil rasa sakit lagi. Heran pula Syah mengapa lepas berbuka sahaja bila buang air kecil mesti sakit. Sakaitnya dibahagian sebelah kiri Syah, pedih dan nilu. Adoi tak tahulah mengapa dia sakit semula adakah salah ubat, Syahpun naik pening kepala. Ada juga kawan cadangkan buat check up kat hospital lain seperti HKL ker sebagai 2nd openion. Tengahari tadi Syah tension sedikit dengan Ayahanda kerana dia minta Kak Ngah Normah call Syah kerana dia complain tak dapat call Syah. Syah heran nape jadi macam tu sebab orang lain call dapatpun. Mesti dia ada tertekan something menyebabkan setiap kali nak call handphone Syah tak dapat. Benda-benda seperti ini merimas dan memberi tekanan pada Syah exspecially dalam keadaan kesihatan Syah sekarang ini. Akhirnya Syah terpaksa inform Ayahanda yang Syah tidak sihat dan minta dia doakan Syah cepat sembuh dan buat solat hajat. Dia kata hari-hari dia mendoakan Skesejahteraan Syah setiap kali solat. Thanks Ayahanda .................
  • Ya ALLAH jika Ini Dugaan Mu Aku Reda dan Kuatkanlah Semangat Aku tapi Jika Ini Kerja Syaitan atau Iblis Lindungilah Aku.

Sorry Semua sebenarnya Syah dah tak tahu nak buat apa lagi.

Buka Puasa - 26.08.2010

Buka puasa hari ini lebih kurang semalam juga sebab tak ada pilihan lain. Petang tadi ada pasar malam di Rawang Residence dan Syah ingat hendak beli tahu dan tau fo fa tapi bila sampai ke pasar malam benda yang hendak dicari tak ada. Banyak gerai yang tutup mungkin berniaga di pasar Ramadhan tempat lain kot. Gerai nasi adalah tapi tak minat. So dari pasar malam Syah ke kedai dan kebetulan kat kedai tupun ada hanya dua tahu sahaja dan Syah beli semuanya. Balik rumah terus masak Sup Cendawan Bracoli campur Tahu. Masa berbuka tadi Syah makan betik dan minum mineral water. Kurma sudah habis. Lepas solat Syah makan ubat dulu sebab perut rasa penuh macam masuk angin dan rasa hendak muntah. Syah akan mamam Oat dan Sayur tadi tu mungkin lepas solat Insyak. Malas nak paksa makan nanti jadi lain plak nanti.

Anai-Anai Lagi - 25.08.2010

  • Shah sedang membuat semburan serangga di Ruang Tamu Rawang Residence Syah.
Pagi tadi Syah call Shah Pest Control yang buat maintrnance anai-anai rumah Syah dulu. Setiap dua bulan sekali dia akan datang untuk buat semburan serangga seperti lipas dan semut termasuklah tikus sekali. Dah lama Shah nie call Syah untuk appointment tapi Syah tak ada masa dan kebetulan Syah ada di Rawang Syah minta dia datang hari ini. Appointment jam 2:00pm tapi dia call tanya boleh tak datang awal. So Syah tak kisah dan minta dia datang, Jam 11:30 am tadi sampai. Last datang dulu dia terjumpa anai-anai di frame pintu masuk utama rumah Syah. Katanya ballance yang tak mati masa tanam ubat dulu, Dia buat semburan dan inform kalau ada lagi beritahu dia. Bila syah balik Rawang memang dah tak ada lain sarangnya means dah tak ada anai-anai di frame pintu utama ttu.

Masa buat semburan tadi kawan dia nampak ada kesan anai-anai dalam rekahan batu diluar rumah Syah dekat car porch. Alamak pening betullah dibuatnya, hari tu sudah tanam ubat takkan ada lagi. Shah inform anai-anai tu masuk ikut rekahan simen. Semalam sewaktu kemas pokok pisang diluar rumah Syah nampak ada anai-anai pada batang pisang tu. Ingatkan tak akan masuk tapi masuk juga dia melalui tembok pagar batu Syah. Shah sembur bahagian yang ada anai-anai tu dan pokok pisang depan rumah sekali. So Syah tebang buahnya dan beri kepada Shah untuk dibawa balik, Shah inform pisang tu akan mati kerana disembur ubat anai-anai. Pening dengan anai-anai nie. Rumah Syah di Country Homes juga ada masalah yang sama tapi dah ok dah. Rumah di Garing Utama ini pulak degil sangat anai-anainya. Geram nyeeeeeeeeeeee........................ Shah beritahu seminggu dua lagi kalau still ada sarangnya inform mereka kerana mereka akan buat method lain pula iaitu meletakkan umpan untuk menghapuskannya.

Bacaan Yasin dan Tahlil di Makam DiRaja Brunei - 26.08.2010

Semalam 25.08.2010 seramai 150 orang terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam atau singkatannya UNISSA telah mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil untuk Al-Marhum ayahannda dan Al-Marhumah bonda Sultan Brunei iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Majlis diadakan di Makam DiRaja Brunei. Turut hadir adalah Rektor UNISSA, Dr Hj Serbini bin Hj Matahir dan pegawai-pegawai kerajaan. Bacaan Yasin dan tahlil diketuai oleh Dekan Fakulti Usuluddin UNISSA, Dr. Hj Mohd Hussain bin Pehin Penyurat Hj Ahmad. Al-Marhum Sultan Hj Omar mangkat pada 07 Sep 1986 manakala surinya pula mangkat pada 13 September 1979.
  • Al-Fatihah kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Semuga roh Al-Marhum dan Al-Marhumah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. AMIN.

Sahur - 26.08.2010

Jam 04:30am Syah terbangun dan tak berapa lama Muss call untuk kejutkan sahur. Syah ambil lima biji kurma dan minum air sahaja. Tadi buang air kecil ok jer. Memang macam nielah kadangkala ok kadangkala tak. Cuma rasa nilu di bahagian peha ke punggung especially kalau dipegang dan sendawa. Kalau orang-orang tua dulu-dulu kata Angin kot. Sekarang Syah menonton Halimah Jongang di Astro Prima 105 sambil menunggu waktu untuk solat Subuh.

Wednesday, August 25, 2010

Malam Ini - 25.08.2010

Sekarang Jam 10:55pm dan Syah baru lepas call Syuk dan Duki, saja tanya khabar. Tak tahu Syah nak cerita macam mana mengenai sakit Syah nie. Kadangkala rasa sakit kadangkala rasa tidak. Tadi lepas buang air kecil rasa sakit sedikit. Sakit tu sekejap ada sekejap hilang, sampai kadangkala Syah rasa rimas dengan keadaan ini, ubat sudah makan tapi ............ sabar sahajalah dengan dugaan ini mungkin ada hikmahnya. Minta-minta ianya akan cepat berlalu pergi. Tak tahu nak buat apa tu yang call member-member sebab tak tahu nak kongsi dengan siapa lagi. Tadi ada chat dengan Kak Roha dan dia nasihatkan Syah supaya jangan berdiet sangat kerana katanya "Dah ok Tu".

Buka Puasa - 25.08.2010

Shukur Alhamdulilah hari ini berbuka puasa lagi di Rawang Residence. Macam biasa makan kurma dan minum mineral water kemudian solat. Lepas solat nanti baru makan. Menu hari ini Buah Betik, Oat dan Mee Sua Bracoli campur Cendawan. Simple dish jer, masakpun dalam microwave. Senang jer buatnya masukkan air dan larutkan kiub ayam, masukkan sayuran dan last mee Sua. Syah makan Mee Sua dengan Oat untuk menggantikan nasi. Syah pilih Oat coz Syah ada masalah sembelit dan ianya juga baik untuk kurangkan kolestrol. Jemput Semua Maman sama-sama Syah.............


Polis Siasat Facebook Guna Nama TMJ - 25.08.2010


GEMPAR ............... Hari ini Polis Bukit Aman dan Johor akan melakukan siasatan terhadap sebuah laman facebook yang menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail. Laman facebook berkenaan menggunakan nama Tunkuismail CikMiky HalamanRasmi. Jika sabit kesalahan individu berkenaan akan didakwa dibawah akta hasutan 1948. Pihak polis bertindak atas laporan orang ramai terhadap laman facebook berkenaan baru-baru ini. Dalam facebook berkenaan mencatatkan acc bersama Cik Miky n TMJ. Halaman ini dipantau sepenuhnya oleh Tunku Mahkota Johore, Tunku Ismail (Inveryseriouserelate with Cik Miky), Sebarang cetakan umum atau media, tindakan mahkamah akan diambil, terima kasih. Sama-samalah kita lihat perkembangan selanjutnya berhubung isu ini.

Tengku Fakhry Buat Kenyataan - 25.08.2010

Semalam sekali lagi putera ketiga Al-Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar tempatan yang diterbitkan hari ini bahawa Paduka Ayahandanya sudah boleh menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Sultan Kelantan dari Istana Mahkota tanpa perlu masuk kepejabat. Beliau memaklumkan tahap kesihatan Al-Sultan Kelantan bertambah baik semenjak kembali daripada menjalani rawatan susulan di Singapura baru-baru ini. Tambahnya Al-Sultan Kelantan bukan macam kontraktor yang perlu ke tapak projek sebelum membuat sebarang keputusan. Beliau juga memberi contoh Raja Thailand yang sudah lama mendapat rawatan di hospital tetapi masih tetap memerintah.

Kenyataan yang sama juga pernah dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan sebelum ini tetapi keadaan Al-Sultan Kelantan masih tetap gering. Sepertimana yang kita maklum, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu akan mengadap sendiri Al-Sultan Kelantan berhubung kes penceraian Baginda dengan Cik Puan Elia Suhana dalam waktu terdekat ini bagi memastikan kesahihannya. Adakah nanti titah Sultan akan digunakan dalam membuat keputusan penceraian ini tanpa dapat mengadap Al-Sultan Kelantan. Syah percaya dan pasti Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu akan dapat menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama mengikut hukum-hukum syarak sepertimana yang telah diamanahkan kepada beliau.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra ada mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat harus menerima dan mempercayai laporan dari sumber yang sah sahaja berhubung isu yang melibatkan Al-Sultan Kelantan dan Istana Kelantan iaitu melalui baginda sendiri sebagai Pemangku Raja Kelantan atau Pejabat Sultan Kelantan.

Surau Baru @ Tmn Garing Utama - 25.08.2010

Inilah surau baru untuk kami di Taman Garing Utama, Rawang, Selangor. Surau ini masih dalam pembinaan dan kemungkinan siap pada tahun ini juga. Selain daripada peruntukan yang diberikan oleh pihak berkuasa kami penduduk di Taman Garing Utama memberi sumbangan setiap bulan untuk pembinaan surau ini yang dikutip oleh jawatankuasa yang telah dilantik. Surau baru ini mempunyai ruang solat yang lebih besar, tandas awam, bilik petugas, dapur dan kompaun yang luas untuk mengadakan sebarang aktiviti/program. Surau baru ini akan menggantikan surau sediada iaitu rumah teres setingkat lot tepi tidak berapa jauh dari surau baru ini.

Masih di Rawang - 25.08.2010

Hari ini Syah masih di Rawang. Malam tadi rasanya minum banyak tapi tak berapa hendak buang air kecil. Mungkin Syah tak ikut style minum semasa di KL iaitu Syah timing sejam sekali dengan botol 500ml. Tapi di Rawang Syah tak sukatpun air dan minum sahaja melalui botol sebab tu kurang buang air kecil kot?. Risau juga dan malam tadi bila buang air kecil rasa macam sakit sedikit dibahagian ari-ari, kadangkala rasa nilu sedikit sahaja dan bila nak sahur ok pula. Mungkin Syah terlalu memikirkan sangat pasal sakit. Pagi ini rehat dirumah dan kemas tanaman depan rumah sedikit coz tak boleh buat kerja kuat sangat. Kadangkala testis rasa sakit sedikit sahaja dan senak, rasa nilu kat pehalah, begitu juga tempat buang air besarpun rasa sakit sedikit. Macam-macam hal Syah nie. Tapi rasanya oklah nanti tu sebab Syah kalau sakit, sakitnya tu akan terasa sana-sini. Hehehhehe pelik juga. Ada orang kata kalau kita sakit jangan fikirkan sangat penyakit tu kerana ianya kan menambahkan lagi kesakitan kita. Doakan semuga Syah cepat sembuh yer?
  • Tetiba teringat pasal kerja. Account closing dah hampir dan ada aktiviti yang telah due datenya tapi masih banyak kerja Syah pending tak sempat nak submit. Mana-mana bayaran yang tak dapat diuruskan nanti Syah akan Akru sahaja. Risau pula mengenai reversal expenses yang belum Syah uruskan lagi sepertimana arahan my boss, Dik Nor.

Tuesday, August 24, 2010

Buka Puasa @ Rawang Residence - 24.08.2010

Buka Puasa di Rawang nampak gayanya hari ini. Kalau di KL petang sahaja hujan tapi di Rawang panas pula dan sudah beberapa hari tidak hujan. Berbuka dengan Mineral Water dan Kurma, lepas tu solat Maghrib. Selesai solat Syah masak guna microwave jer, Bake Bean, Oat, Gardenia Breakthru Multi Wholegrain Fibermeal Bred, Tuna in Mayo dan Green Apple. Makan Oat dan Bean serta sekeping roti with tuna pun dah kenyang. Apple simpan dalam peti sejuk semula dan bila lapo lagi nanti baru di ngappppppppppp. Betik yang beli kat bandar tadipun tak berusik lagi. Tengoklah cam mana kalau kenyang, esok jer kupas betik itew. Lepas habis berbuka Syah makan ubat dan cuci bekas makanan. Sudah biasa dengan menu sebegini memang sodap. Kenyang................. Amin Shukur Alhamdulilah.

Padah Menggunakan Nama Agong -24.08.2010

Gara-gara menggunakan nama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk memalsukan dokumen perjajian menjual tanah pembalakan di Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu telah mengundang padah kepada Tengku Nikman Tengku Mahmud dan Wan Lateff Wan Embong. Kedua-dua mereka telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu semalam 23.08.2010 atas tuduhan memalsukan dokumen perjanjian menggunakan nama KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

  • Gambar Hadapan berbaju jingga adalah Wan Lateff Wan Embung, berumur 54 tahun merupakan seorang broker tanah dituduh memalsukan Agreement for Sale of Standing Trees diantara Tuanku Mizan dan International Ship Industry (M) Sdn Bhd dan Agreement for Sale of Standing Trees diantara Tuanku Nur Zahirah dan International Ship Industry (M) Sdn Bhd. Beliau dituduh melakukan perbuatan berkenaan di Pejabat Peguam Bela dan Peguam Cara Tetuan Ahmad Shahabudin & C0, Wisma Kokitab, Jalan Sultan, Kuala Terengganu pada 30 September dan 05 Oktober 2009. Beliau adalah suspek utama dalam kes ini. Beliau dituduh melakukan kedua-dua perbuatan itu dengan niat supaya dokumen palsu itu dapat digunakan bagi tujuan menipu. Didakwa mengikut seksyen 468 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan denda. Menetap di Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.

  • Dibelakannya adalah Tengku Nikman Tengku Mahmud, yand dituduh bersubahat dalam kes penipuan ini. Beliau berumur 55 tahun merupakan seorang Pensyarah IPTS dan merupakan bekas Penolong Pendaftar sebuah universiti tempatan . Tengku Nikman merupakan seorang kerabat diraja dan menetap di Taman Sekamat, Kajang Selangor. Didakwa mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 468 akta yang sama.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Yang Arif M. Bakri Abd Majid. Kes akan disebut semula pada 22 September 2010. Pihak pendakwa meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM150,000.00 setiap seorang memandangkan nilai tanah pembalakan yang terlibat adalah RM102 juta bagi perjanjian yang melibatkan nama Tuanku Mizan manakala RM12 Juta yang melibatkan nama Tuanku Nur Zahirah walaupun kes ini tidak melibatkan sebarang kerugian. Walau bagaimanapun peguam Wan Lateff memohon agar jumlah berkenaan dikurangkan atas alasan anak guamnya telah memberikn kerjasama semasa penyiasatan. Manakala Tengku Nikaman yang tidak diwakili oleh peguam turut merayu atas alasan tidak mampu membayar jumlah berkenaan. Mahkamah telah menetaapkan ikat jamin Wan Lateff sebanyak RM30,000.00 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan beliau diserahkan kepada Mahkamah. Tengku Nikman pula dijamin RM20,000.00 dengan seorang penjamin.

Balik Rawang - 24.08.2010

Mini Bus ke Rawang Residence Syah di Taman Garing Utama, Rawang, Selangor. Tambang RM1.00 sahaja. Pemandu bas biasa tida bercuti kot?

Hari ini Syah balik ke Rawang, kesihatan Syah beransur pulih tetapi ada kalanya sakit tu datang sekali-sekali dan rasa nilu. Insyallah akan pulih lah tu. Syah cuma perlu berehat. Mungkin hari Khamis baru Syah nak mula bertugas. Dari KL Residence Syah naik LRT sehingga Stesyen Masjid Jamik. Naik bas ke Rawang di Bangkok Bank dengan tambang RM1.50 jer berbanding Komuter yang dua kali ganda hargannya. Dari pekan Rawang naik Bas ke Rawang Residence Syah di Taman Garing Utama. Lebih kurang jam 12:00 tengahari sampai. Masa dalam bas jumpa anak perenpuan uncle Jega (sebelah rumah Azrin) inform dia akan ke Jepun hari ini selama tiga bulan kerana kilangnya menghantar beliau dan beberapa orang rakan sekerjanya untuk training ke Jepun, katanya ini adalah kali yang keempat. Teringat Syah pada Razak, my cousin dulupun cam tu pernah ke Jepun buat training. Bertuah mereka yang bertugas di kilang Jepun kerana ada benefit seperti ini bak kata orang merasa juga melawat negara orang. Sampai rumah kemas sedikit bahagian hadapan rumah sambil start dan cuci kereta. Vaccum Ruang tamu, bilik TV dan dapur, basuh baju dan kemas belakang rumah. Penat tapi puas. Habis pinggan mangkuk didapur Syah cuci semula kerana sudah lama tidak digunakan. Lepas tu melepak mentenet sambil tonton TV tunggu buka puasa. Buka hari ini Syah nak makam Oat dan bake bean, kurma dan betik. Kat Rawang nie tak banyak pilihan dan buka jerlah apa yang ada. Hehehhehe yang penting makan............. lepas tu makan ubat.

Buka Puasa - 23.08.2010

Petang ini Syah buka puasa seorang-seorang di KL Residence. Call Cd dia inform balik lewat. Semenjak akhir-akhir ini Cd selalu balik lewat coz banyak kerja, lagipun dia baru naik pangkat dan banyak benda yang dia perlu belajar. Sampai rumah jam 06:30pm dan Syah solat Asar dahulu lepas tu Syah masak. Untuk Syah, Buah Kurma, Betik, Sup Sayur dan Oat. Lepas minum Syah solat baru makan dan kemudiannya ambil ubat. Untuk Cd Syah masakkan Paprik Ayam, Telur Dadar, Ayam Goreng Berempah dan Nasi Putih. Syah tinggalkan sayur tu sedikit untuk Cd. Cd balik hampir jam 10:00 lebih masa cerita Dotti di Astro. Dia menonton cerita tu sekejap dan lepas tu kemas sangkar kucing. lepas tu dia mandi dan baru makan makanan yang Syah masak tu. Cd simpan sedikit makanan tu untuk sahur.

Monday, August 23, 2010

Erti Persahabatan - 23.08.2010

Diambil dari YouTube untuk sahabat semua.

Azrinaz Dapat Injuksi Mahkamah - 23.08.2010

Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mahzar Hakim yang sekarang ini dikatakan menetap di London dilaporakan telah berjaya mendapat injuksi mahkamah melalui prosiding perundangan untuk menghentikan pengedaran buku The Fast Life and Sudden Death of Michael McGurk hasil tullisan Ritchie Verker. Buku berkenaan dikatakan paling laris dijual semenjak ianya dilancarkan enam minggu lalu. Buku ini menceritakan mengenai pembunuhan McGurk yang merupakan seorang pemaju Sydney yang juga merupakan seorang pemeras ugut dan penipu. Sydney Morning Herald semalam melaporkan bahawa Peguam Azrinaz di Sydney mendakwa buku tersebut telah menghina mahkamah kerana mengandungi maklumat yang sebelum ini dilarang diterbitkan oleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005.
Buku

Buku ini antara lain menceritakan mengenai urusan penjualan senaskah al-quraan mini bersaiz kotak mancis yang dihiasi batu permata bernilai RM25.6 juta sebagai hadiah perkahwinan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Waddaulah, Sultan Brunei kepada isteri ketiga baginda, Azrinaz Mahazar Hakim pada 2005. McGurk dikatakan telah mengadakan perjumpaan dengan Sultan Brunei dan juga beberapa pertemuan rahsia dengan pegawai-pegawai Brunei di Singapura berhubung pembelian ini. Walau bagaimanapun urusan berkenaan gagal dan McGurk menyaman Sultan Brunei kerana melanggar kontrak (perjanjian) dan Mahkamah Sydney memaklumkan bahawa perjanjian itu di luar bidang kuasa mereka.

Al-Quraan Mini

McGurk yang berumur 45 tahun telah ditembak mati dihadapan anak lelakinya yang berusia 10 tahun di depan rumahnya di Cremorne, Utara Pantai Sydney. Insiden ini berlaku beberapa jam selepas penulis buku ini, Ritchie Verker keluar makan tengahari bersama McGurk. Ada teori mengaitkan kegagalan urusan jual beli al-quaraan mini mungkin sebagai motif pembunuham McGurk. Walau bagaimanapun Verker memberitahu pihak akhbar bahawa ianya tiada hubungan dengan Brunei malah memaklumkan bahawa McGurk mempunyai ramai musuh dan peluru itu boleh dilepaskan oleh sesiapa sahaja. Berhubung perintah mahkamah tersebut Verker tidak dapat memberi sebarang komentar sebelum mendapat nasihat guaman daripada penerbitnya. Richard Walsh yang merupakan penerbit bersama Allen & Unwin memaklumkan bahawa syarikat itu akan melantik peguam untuk mencabar perintah mahkamah berkenaan.