Thursday, May 17, 2012

Membaca Dalam Komuter

17.05.2012, Khamis - Shukur Alhamdulillah hari nie Syah sampai awal kepejabat jam 07:40hrs, jarang dapat sampai office macam nie. Cerita nye macam begini .....Ce Citer. Ce Citer......  Pagi tadi hujan dan masa Syah tunggu bas macam biasa, hujan dah reda adapun setitik dua jer jatuh kebumi yang fana ini.heheheh. Tiba-tiba ada kereta Waja berhenti dan macam nak bagi Syah naik.  Bila Syah hampir kereta tu nampak member bas Syah Aci tu dalam kereta.  Rupa-rupanya kereta dia naik kereta sapu (teksi tak berlesen)dan Syah naik sekali dan itulah sebabnya Syah dapat naik komuter jam 06:45hrs. Syah bayar RM1.00 jer kat driver tu, biasanya macam itulah kalau kita naik dari dalam keluar tetapi kalau dari luar kedalam RM10.00 yer dan ada juga driver yang ambil kesempatan caj RM2.00 atau RM5.00 untuk bawa orang keluar tetapi sepatutnya RM1.00 sahaja. Macam-macam orang kalau nak ambil kesempatan kan?

Inilah aktiviti sebahagian daripada kami dalam komuter iaitu membaca.  Lately Syah selalu bawa buku dari rumah untuk dibaca dalam komuter, Dulu selalu dengar radio atau baca akhbar sahaja, ialah kalau nak harap bersantai kat rumah baru hendak baca nampak gayanya tak terbukalah buku-buku yang banyak kat royal mini library Syah tu. Inilah caranya Syah dapat membaca buku-buku tu kerana banyak lagi koleksi Syah yang Syah sendiri tak baca lagi dan hanya dibuka sekali-sekala jika ada keperluan untuk dibuat rujukan. Penumpang lain ada juga Syah lihat yang membaca novel, surat khabar dan tak kurang juga ada yang membaca Al-Quraan dan surah yasin.  Nampak gayanya kampen kerajaan untuk membudayakan membaca dikalangan rakyat Malaysia bagi menuju status negara maju menjelang 2020 hampir direalisasikan tambahan lagi dengan pengedaran akhbar percuma sepert The Sun yang menggalakkan lagi budaya membaca dikalangan masyarakat.

Oklah semua sekarang sudah jam 008:13hrs dan kita jumpa lagi dilain Entry ............. Bye

Wednesday, May 16, 2012

Sultan Selangor Kembalikan Gelaran Dato' Kepada 2 Penyandang Gelaran Berkenaan

16.05.2012, Rabu - Atas Titah Perkenan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul  Aziz Shah Alhaj setelah mengadakan perundingan dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang kali ke-132 pada 23 April 2012 lepas telah mengembalikan semula Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada penyandangnya yang digantung sementara waktu seperti berikut :-
  • Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Saidin Thamby - Gelaran Dato' dikembalikan setelah Mahkamah Rayuan  pada 06.04.2012 lepas membebaskan beliau daripada pertuduhan menerima suapan RM1juta daripada bekas Pengerusi Eksekutif Nusantara Networks Sdn Bhd, Datuk Dr Hanifah Nordin pada 15 Mac 1997.  Beliau menyandang keahlian darjah kebesaran (kelas kedua) Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan digantungn keahliannya pada 30.10.2004.

  • Bekas Pengurus Besar Kanan (Pelaburan) Lembaga Tabung Haji, Mohamed Shafie - Gelaran Dato' dikembalikan setelah Mahkamah Rayuan melepaskan beliau dari  hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan pecah amanah dan menipu membabitkan wang RM200juta wang Lembaga Tabung Haji pada 2002. Beliau menyandang keahlian darjah kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA).

Dalam masa yang sama pula kerajaan Selangor telah menarik balik dan membatalkan darjah kebesaran membawa gelaran Dato' yang disandang oleh :-
  • Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Md Saberi Md Saleh berkuat kuasa mulai 23 April 2012  lepas. Beliau yang menerima Darjah Datuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) pada 1999 itu didapat bersalah mengikut Seksyen 1(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang dibaca bersama Seksyen 20(1)C akta sama dan dijatuhkan hukuman penjara satu tahun dari tarikh perintah iaitu 30 Januari 2012 oleh Mahkamah Rayuan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud memutuskan tertuduh mempunyai niat untuk mengelirukan sedangkan dia tahu peralatan sukan berkenaan tidak dibekalkan kepada universiti berkenaan.
Sumber :- Berita Harian

Selamat Pagi Semua - Beli Tiket Mingguan dan Dompet Jumpa Dah

16.05.2012, Rabu - Salam dan apa khabar semua pagi nie, Syah macam biasa dan shukur Alhamdulillah perjalanan pagi ini berjalan lancar.  Sampai sahaja di KTM Rawang pagi tadi Syah terus beli tiket mingguan promosi terbaru KTM untuk perkhidmatan komuter berharga RM18.00 yang boleh digunakan bagi sebarang perjalanan dari Rawang - KL Sentral -Rawang dan stesyen diantaranya dalam masa seminggu. Kad kad tu ada ditulis expired datenya so tak mudahlah orang hendak menipu masuk percuma. Bila-bila masa dalam seminggu nie boleh menggunakan perkhidmatan seperti yang Syah sebutkan tadi.  Contohnya tiket Syah sampai KL Sentral sahaja dan jika Syah hendak turun di Mid Valley Syah kena bayar harga tiket daripada KL Sentral ke Midvalley sahaja begitulah sebaliknya.

Macam biasa juga breakfast dengan cereal dan low fat milk.  Masa beli susu kat kedai bakit tu Syah inform kaunter semalam tak jadi beli sebab tertinggal dompet dan adik tu jawap lain kali tak apa ambil dulupun boleh. By the way dompet Syah memang ada kat rumah dalam beg yang lain sebab Isnin semalam kan Syah cuti jadi Syah ke Pekan Rawang dan guna beg porch dan terlupa nak ambil dan masukkan dalam beg sandang yang biasa Syah bawa pergi kerja tu. Oklah semua ... Syah  dah nak mulakan tugas nie, jumpa lagi yer...........................

Tuesday, May 15, 2012

Tunku Aziz Keluar DAP

15.05.2012, Selasa - Hari ini Naib Pengerusi DAP dan juga merupakan Kerabat Diraja Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Senator Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim telah membuat pengumuman keluar parti dan melepaskan jawatannya dalam DAP.  Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP pada 2008 itu, baru-baru ini menyatakan pendirian beliau membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lepas kerana khuatir ia boleh bertukar ganas.  Penderian yang dinyatakan oleh beliau adalah kebanyakan perhimpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan dan siapa yang  akan bertanggungjawab dengan keselamatan mereka.  Tunku menolok mana-mana pihak yang menjurus kepada perlakuan melanggar undang-undang dan menyokong Bersih 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ianya akan mempengaruhi rakyat melanggar undang-undang.  Beliau setuju dengan cadangan pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan ditempat yang selamat seperti Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.  Pihak DBKL tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan dan akhirnya pihak berkuasa akan dipersalahkan dan ini tidak adil bagi Tunku. Tunku berpendapat Parlimen harus digunakan bagi tujuan ini tetapi tidak melanggar undang-undang.

Bantahan ini menyebabkan perselisihan faham antara Tunku dengan pemimpin DAP yang menyifatkan kenyataan itu meletakkan DAP dalam kedudukan yang memalukan sedangkan iannya (DAP) menyokong perhimpunan Bersih untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.   Sehubungan dengan itu, DAP dilaporkan tidak melanjutkan tempoh keanggotaan Dewan Negara Tunku yang dilantik sebagai senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sumber :- Bernama / Wikipedia

Dompet Tinggal Kat Rumah dan Lunch Dengan Kak Yam

15.05.2012, Selasa - Hari nie rupanya Syah terlupa bawa dompet sebab masa nak bayar duit beli susu pagi tadi kat kedai bakit, beg duit Syah tak ada. Rasanya tertinggal kat rumah dan balik nanti nak cek, jangan betul-betul hilang sudahlah.  Untung dalam beg sandang Syah ada duit extra.  Lunch tadi Syah makan tengahari dengan Kak Yam @ KY dan sebelum jumpa KY Syah ke HR ambilkan surat untuk clearance cukai pendapatan KY sebab KY dah pencen.  Lama tak jumpa KY exspecially lepas dia pencen. Ky nak bayar lunch tetapi Syah kata Syah belanja dia. Ky nie satu course dengan Syah masa ambil kursus kesetiausahaan dulu - cerita lama.............. Heheheh. Lepas lunch Syah balik office dan KY call katanya surat tu misplaced dan Syah minta dia ingat betul-betul kat mana dia letak kerana on the way ke LRT tadi surat tu Syah nampak dia pegang.  Selepas solat kat LRT Station KY call Syah inform dah jumpa surat tu tertinggal kat salah satu kedai di Plaza Pantai tu. Kak Yam-Kak Yam .......... sambil berseloroh Syah kata kat dia "Biasalah Kak Yam orang dah pencen" sambil masing-masing ketawa. KY is one of my buddy in TM.  

Figure Terbaru Baginda Queen Elizabeth II Di Madame Tussauds

15.05.2012, Selasa - Kalau sekali   pandang apalah yang dilakukan oleh perempuan ini dengan berus kecil dan seorang lagi memegang mahkota baginda Queen Elizabeth II, takkan mereka berani menconteng muka Baginda Ratu Elizabeth II. Wanita yang memegang berus ini sebenarnya seorang pelukis bernama Lisa Burton sedang membuat sentuhan terakhir kepada patung lilin HRH Queen Elizabeth II di Madame Tussauds di London semalam. Macam wajah sebenar baginda Queen kan?nampak hidup.  Patung lilin ini dibuat menyerupai potrait rasmi sempena sambutan Jubli Intan Pemerintahan Queen Elizabeth II yang dikeluarkan pada awal tahun ini. Patung ini akan diletakkan ditempat yang paling strategik didalam Madame Tussauds yang merupakan muzium patung lilin yang terkenal didunia semenjak 1884 untuk tatapan umum. 

Figure baginda Queen Elizabeth II ini mengambil masa empat bulan untuk disempurnakan dengan kos 150,000.00 pounds sterling.  Figure baginda Queen Elizabeth II merupakan yang terbanyak dicipta disini berbanding dengan tokoh-tokoh lainnya.  Kali pertama patung lilin baginda Queen Elizabeth dibuat ketika baginda berusia dua tahun.  Jika anda berkunjung ke London dan ada masa terluang bolehlah melawat muzium ini dan bayaran masuk yang dikenakan adalah 30.00 pound untuk dewasa dan 25.80 pound untuk kanak-kanak manakala ada juga disediakan pakej keluarga untuk empat orang berharga 108.00 pound.

Sumber :- The Sun / madametussauds.com

Monday, May 14, 2012

Datu Seri Najib Ke London Atas Jemputan Prince Charles

14.05.2012, Isnin - Hari ini YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemani oleh Datin Seri Rosmah Mansor selamat tiba di London untuk lawatan kerja selama dua hari.  Kemuncak lawatan adalah menghadiri penganugerahan piagam diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford atau OCIS. Datuk Seri Najib telah dijemput oleh HRH Prince Charles untuk majlis resepsi ini yang akan diadakan pada malam selasa bertempat di St. James Palace. Perdana Menteri juga akan melancarkan Rakan Barisan Nasional UK, menyaksikan majlis menandatangani memorandum andata Felda Global Ventures dan dua rakan kongsi strategik serta mengadakan pertemuan dengan komuniti Malaysia di United Kingdom. 

Ketibaan Datuk Seri Najib dan rombongan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdon, Datuk Seri Zakaria Sulong dan isteri Datin Seri Hazizah Ahmad dan di bawa kepenginapan beliau di Dorchestar Hotel. Kami semua mendoakan agar Datuk Seri Ketibaan Najib Tun Razak dan rombongan selamat pergi ke Londaon dan selamat pulang ke Malaysia dan dipermudahkan segala urusan beliau dan rombongon di London. Amin.

Sumber :- Bernama

Bakar Sampah Depan Rumah

14.05.2012, Isnin - Petang tadi selepas bersantai minum petang dengan kuih sagu perisa milo resipi khas Syah tu Syah mentenet sekejap dan kemudiannya solat Asar. Rasanya lepas nie tak akan buat lagi kuih tu sebab lain beno ropanya dari yang biasa dimakan tu. Elok letak pewarna jer kot dan tak boleh dibega-bega letak benda lain.  jadinya lain, dia jadi macam dua layer dan bentuknya macam agar-agarpun ada gak.  Tetapi dah buat makan jugalah dan sedap gak rasanya, bukanlah nak masuk bakul angkat sendiri tetapi kalau bagi orang lain makan, tak tahulah apa dema kata kan? 


Lepas siram pokok bunga,  teringat ada kotak-kotak yang tak perlu dan Syah bawa keluar dan bakar kat depan rumah bersama-sama daun-daun  kering. Panas betul api kat belakang tu tetapi sebab nak berkongsi cerita dengan anda semua, tahankan jer lah, sampai berkerut muka menahan panas..............Heheheheheh. Bak kata orang "Sharing is Caring"  Itu jer lah aktiviti Syah petang nie dan dinner nanti tak masaklah kot dan hendak makan buah betik yang Syah beli kat pasar tadi.  lagipun ada kurma dan Oat 3 in 1 dan kalau lapo bolehlah dijadikan pengalas perut.  Sekarang nie nak berjimat cermat sedikit disamping diet, maklumlah harga barang sekarang nie agak mahal dan kalau rasa tak penting tak payahlah beli.  Beli makanan kat luar sekarang niepun mahal dan lebih baik masak sendiri dan kita tahu apa bahan yang kita guna. Tapi kalau emergency atau tak sempat tak salah makan kat luar tetapi maksud Syah tu tidaklah hari-hari makan kat kedai walaupun Syah nie bujang.

Kes Kecurian Harta Raja Firaun Meningkat

14.05.2012, Isnin - Pihak berkuasa di Kaherah, Mesir berasa bimbang diatas kes kecurian yang melibatkan harta warisan Raja Firaun dengan temadun yang berusia lebih 5,000 tahun  itu semakin meningkat semenjak krisis politik melanda negara itu. Komender Jabatan Polis Pelancongan dan Antikuti Mesir, Abdel-Rahim Hassan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa penjenayah semakin berani membuat penggalian haram dikawasan-kawasan penting termasuk berhampiran Piramid di Giza dan kawasan lain berdekatan piramid dan kuil utama di Luxor.  Kecurian juga berlaku di gudang arkeologi dan Muzium Mesir yang menyimpan banyak artifak zaman Firaun.   Menurut beliau lagi, jenayah ini bukan didorong oleh faktor kemiskinan tetapi faktor ketamakan yang membabitkan mereka yang berpendidikan tinggi.

Sebagai langkah pengawalan dan pengawasan, pihaknya dan pakar arkeologi telah membuat pemantauan di pusat-pusat lelongan Eropah dan Amerika Syariikat bagi memastikan artifak yang dicuri tidak diperdagangkan  ditempat berkenaan.Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh The Associated Press, Kementerian Dalam Negeri Mesir, semenjak bermulanya kebangkitan anti-Mubarak di Mesir pada awal 2011, terdapat pertambahan kes penggalian haram sebanyak 5,697 kes iaitu 100 kali lebih banyak dari tahun sebelumnya.Keadaan ini berlaku kerana kawalan keselamatan yang longgar.

Sumber :- Berita Harian

Tuanku Bainun Hadiri Majlis Sambutan Hari Ibu

14.05.2012, Isnin - Semalam sempena sambutan Hari Ibu sedunia, Duli Yang maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd Ali telah berkenaan menghadiri  "Perak Girl Guides & Dato Siti Nurhaliza' celebrate Mothers' Day" sempena hari ibu yang diadakan di Hotel Impiana, Ipoh, Perak. Turut serta adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim yang juga merupakan menantu baginda serta Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah.  Majlis ini dianjurkan oleh Persauan Pandu Puteri Perak dimana Raja Nor Mahani merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Perak.  Turut menghiburkan para hadirin adalah MC Mizal yang kini bergelar dato.

Sumber : Raja Mariam
14.05.2012, Isnin - Hari nie Syah tak kerja dan inform My Boss Dek No yang Syah cuti hari ini, Syah nak habiskan cuti ehsan yang diberikan oleh our big-big boss kerana bertugas di Carrier Fair, April lepas.  Pagi tadi Syah ke Pekan Rawang beli sedikit keperluan dapur.  Hari ini untuk lunch, Syah masak Mee Udon Sayur dan Fish Ball.  Syah beli Udon Mee Jepun tu kat Giant tadi dan masak dengan fish ball, sayur carrot, putik jagung, halia dan tomato. Sebelum tu Syah buat kuih sagu yang bewarna merah dan digaul dengan kelapa tu, tetapi Syah ubah dan letak milo dan gula sahaja.  Tak tahu macam mana rasanya nanti.  Tunggu petang baru boleh dipotong.  Oklah semua sekarang sudah jam 13:55hrs dan Syah hendak solat Zohor dulu yer ............

Sunday, May 13, 2012

Sultan Joor Beri Penghormatan Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Melepaskan Konvoi KMJ 2012

13.05.2012, Ahad - Hari ini Anak Bugis yang amat kita sayangi  iaitu  Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghadiri Majlis Pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 bertempat di TJ Mart, Saleng, Kulaijaya. Datuk Seri Najib juga telah diberi penghormatan oleh Sultan Johor untuk melepaskan konvoi KMJ 2012 yang diketuai oleh Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Dalam ucapannya, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata :-
  • Kembara Mahkota Johor merupakan suatu program yang istemewa dan unik kerana program seumpama ini tidak terdapat di negeri-negeri lain.  Ia menunjukkan Sultan Johor amat mengambil berat tentang rakyatnya. 
  • Saya percaya tiada perkembangan (tentang rakyat Johor) yang tidak diketahui oleh baginda Tuanku.
  • Program Kembara Mahkota Johor juga selaras dengan falsafah gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".
YAB Datuk Seri Najib sempat berseloroh  dengan berkata bahawa menaiki motorsikal besar bukan bidang kemahirannya dan kerana itulah beliau telah mengarahkan dua menteri kabinetnya iaitu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.mengiringi Sultan Johor sepanjang KMJ 2012. 

Sumber ;- Bernama

Selamat Hari Ibu


15.05.2012, Ahad - Sempena Hari Ibu hari ini Syah mengucapkan "Happy Mother Day" to  my beloved Bonda Tiri which Syah call her Enche'. Baru sat tadi Syah call Enche' untuk mengucapkan selamat hari ibu kepadanya dan dia ucapkan terima kasih pada Syah.  Selamat Hari Ibu juga kepada bonda saudara Syah, Bonda Ejon yang sama-sama membesarkan Syah dari kecil hingga dewasa seperti anaknya sendiri.  Gambar Syah bersama Enche' nie diambil pada tahun 2009.

Tak lupa juga Syah mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada :-
  • Almarhumah Soadah Al-Hajjah, bonda Syah yang melahirkan Syah kedunia ini walaupun Syah tak pernah mendapat kasih sayangnya kerana Allah lebih sayangkan dia sewaktu Syah berusia kurang satu tahun kerana melahirkan adinda Syah yang pergi bersama-sama Almarhumah meninggalkan kami semua.
  • Almarhumah Maharum Al-Hajjah @ Gedang, nenda yang Syah panggil EMAK yang membesarkan Syah dari bayi lagi bagai menatang minyak yang penuh sehingga tidak boleh diusik oleh sesiapapun dan memberi kemewahan hidup kepada Syah. Kasih sayangnya membuatkan Syah tak pernah terasa yang Syah sudah ketiadaan ibu.
  • Almarhumah Sadu Al-Hajjah, Nenda Saudara yang amat Syah kasihi dan kami membesar bersama-sama dan dia amat sayangkan Syah dan selalu bercerita kisah-kisah penglipurlara kami kami semua sewaktu kami kecil. Ada juga petua-petua orang dahulu yang diberikan kepada Syah dan Syah amalkan sehingga hari ini.
  • Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah, Bonda saudara yang membesar, mendidik dan menjaga kebajikan Syah dari kecil hingga dewasa.  Semasa hayatnya dia sanggup bercuti kerana menjaga Syah dikampung yang ketika itu sedang sakit dan waktu itu Syah bukannya anak kecil lagi dan Syah berusia lingkungan  20an. Banyak lagi pengorbanan Almarhumah yang kalau diceritakan tak habis satu hari.
  • Al-Fatihah kepada Almarhumah Soadah Al-Hajjah, Maharum Al-Hajjah, Sadu Al-Hajjah dan Che' Zan Al-Hajjah Semuga Roh Mereka Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh.  Amin. Syah sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian disana setiap kali selepas solat.
Kepada Ibu-Ibu yang membaca Blog Syah ini, Syah juga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada anda semua.  Kepada pembaca lainnya sama-samalah kita hormati Ibu yang melahirkan kita kedunia ini.  Selagi ada hayat mereka, hormatilah mereka dan tunjukkan kasih sayang anda kepada mereka dan jangan sekali-kali jadi Anak Derhaka.

Pest Control Maintenance @ Rawang Residence

13.05.2012, Ahad - Pagi tadi Syah bangun awal macam biasa kerana ada appointment dengan Shah untuk buat maintenance pest control di Rawang Residence Syah. Actually dah lama Syah tak buat benda nie kerana renovation hari tu dan dah banyak semut didalam rumah exspecially kat area dapur dan bilik TV Syah sampai merayap kat badan kita dibuatnya. Biasanya Syah buat maintenance nie sebulan sekali ataupun dua bulan sekali bergantung kepada masa Syah.  Adalah hampir satu jam Shah di rumah Syah dan kami sempat bersembang sekejap.  Syah memang dah biasa dengan Shah nie dan perkhidmatannya memang memuaskan.  Jika anda inginkan perkhidmatan beliau terutamanya jika ada masalah anai-anai boleh hubungi beliau di talian 012 3417715.

Dapatkan Cenderahati Kembara Mahkota Johor 2012

13.05.2012, Ahad - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 bermula hari ini selama empat hari dengan konvoi bermotor KMJ sejauh 1,100 km dengan merentasi 10 daerah  di Johor. Berita baik kepada anda yang menyaksikan KMJ 2012 ini kerana anda akan diberikan cenderahati menarik sejam sebelum keberangkatan tiba konvoi Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ke kawasan anda. Gambar disebelah ini adalah Harley Davidson Street Glide yang akan digunakan oleh Tuanku Sultan Johor sepanjang KMJ 2012 ini.
 
Pihak sekretariat KMJ 2012 memaklumkan cenderahati berkenaan akan diberikan oleh anggota konvoi 'Calvacade' yang terdiri daripada anggota Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SAJ Holdings. Sebanyak 2,000 unit cenderahati akan diedarkan di 168 lokasi persinggahan konvoi KMJ 2012. So.............  apa lagi yang ditunggu terutamanya kepada warga Johor, marilah kita beramai-ramai memeriahkan KMJ 2012 disamping mendapatkan cenderahati berkenaan sebagai kenang-kenangan.

Sila Click Link berikut untuk jadual KMJ 2012 sebagai panduan kepada anda semua :- 


Sumber : Bernama/ Johor Tourisme

Sultan Johor Hadiri Perkahwinan Anam Menteri Besar Johor

13.05.2012, Ahad - Malam tadi Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli menghadiri perkahwinan anak lelaki bongsu Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato' Abdul Ghani Othman dan Prof Datin Paduka Jamillah Ariffin. Mohammad Jamil Hilmi bin Abdul Ghani berusia 30 tahun telah diijab kabulkan dengan pasangannya warga Filipina Daryl Maira Orillaza Abdullah berusia 30 tahun. Majlis resepsi diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana.

Turut serta berangkat ke majlis ini adalah Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu tak lain tak bukan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sumber :- Bernama

Saturday, May 12, 2012

Nak Sangat Makan Mee Rebus Akhirnya Dapat Tapi Lain ?

12.05.2012, Sabtu - Petang tadi selepas Asar, Syah ke Pekan Rawang sebab hendak withdraw duit untuk bayar maintenance pest control esok pagi.  Lepas keluarkan duit Syah pusing keliling pekan Rawang nak cari mee rebus tapi tak ada. Akhirnya Syah teringat kedai yang jual nasi padang kat bas stop ada tulis mee rebus.  Lalu Syah order satu.  Yang herannya lambat sampai mee rebus Syah tu.  Rupa-rupanya mereka masak mee rebus tu tak macam biasa kita tuang kuah jew.  Syah tengok cara dia masak agak lain sebab dia masak kuah dan mee sekali dan kemudiannya tutup kuali tu.  Tak kisahlah mungkin itu cara dia.

Akhirnya mee rebuspun sampai depan mata.  Terdiam jap................. sebab tak rupa mee rebus yang biasa Syah makan.  Nak rupa mee laknapun ada kuahnya.  Ada perencah udang dan diletakkan cili padi dua tiga biji dan keropok serta macam bawang jeruk kot.  Ingatkan tak hendak makan tetapi bila ingatkan tentang "pembaziran" akhirnya Syah telanlah juga.  Ok gak rasanya tetapi rasa macam kempunan tak dapat makan mee rebus hari ini. Lain bebeno kata orang Perak rasanya, meenya agak lembik sebab dimasak bersama kuah. Harganya RM3.40 dan Syah tak order air kerana mereka tak jual air barli dan kebetulan Syah ada 100 plus.

Masa hendak bayar, Syah tanya tauke tu ini mee rebus apa dan katanya Indonesia.  Syah tanya lagi, Indonesia dimana dan katanya Aceh.  Hemmmmmmmmmmmm ....... taulah Syah mee rebus style Aceh rupanya.  Agaknya kedai tu kedai orang Aceh walaupun jual nasi Padang. Patutlah Syah perasan cara cakap mereka lain bukan cakap Minangkabau.  Itulah pengalaman Syah jalan-jalan cari makan hari nie. Rasanya tak makan lagi kot mee rebus kat kedai nie lagi lepas nie............hehehheheh.

Oklah semua ............... sehingga berjumpa lagi, Selamat Malam semua.

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke-76

12.05.2012,Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-76 di Dewan Agong Tuanku Canselor, Shah Alam, Selangor. Turut mengiringi baginda adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon.  Dalam majlis ini juga Tuanku Abdul Halim telah dimasyurkan sebagai Canselor keempat UiTM menggantikan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah menamatkan tempoh 5 tahun baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 adalah menjadi kelaziman Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai Canselor UiTM.

Diantara titah baginda dalam Istiadat Konvokesyen ini adalah:
  • Jestru, Beta berharap para graduan sebagai golongan intelek dapat memainkan peranan secara positif agar negara Malaysia kekal berdaulat dibawah pemerintahan kita sendiri.
  • Para graduan adalah pemimpin masa depan yang diharap untuk memastikan negara terus aman.  Pertahankanlah negara, universiti ini agar sentiasa meneruskan kehebatan untuk mencipta peradaban lebih gemilang
Sumber :- Bernama

Sultan Mizan Hadiri Majlis Anugerah Sukan MASUM

12.05.2012, Sabtu - Hari ini Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2011 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai tuan rumah majlis ini . Turut mengiringi baginda adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah yang merupakan Canselor UMT.

Dalam Titahnya baginda menegaskan
  • Diharapkan atlet-atlet ini dapat meletakkan nama Malaysia di tempat tertinggi, dan sentiasa ingat untuk menjaga nama baik negara kerana mereka dilihat sebagai ikon yang menjadi perhatian masyarakat.
Sumber :- Bernama


"Lese-majeste" PM Thailand Umumkan Tiada Perubahan Dibuat Terhadap Undang-Undang Berkenaan

12.05.2012, Sabtu - Perdana Menteri Thailand,  Yingluck Shinawatra dalam kenyataannya   semalam (Jumaat) memaklumkan beliau tidak akan memohon untuk merombak undang-undang berhubung isu menghina keluarga diraja berikutan kematian uncle sms, individu yang didapat bersalah dibawah undang-undang "lese-majeste" didalam penjara pada 08.05.2012. Mendiang yang berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman hukuman penjara 20 tahun mulai November 2011 lepas.  

Beliau memaklumkan "Saya menegaskan bahawa polisi kerajaan adalah muktamad. Saya telah memaklumkan kepada kumpulan yang mahukan undang-undang ini digubal semula bahawa misi utama kerajaan adalah untuk menyelesaikan isu berhubung masalah ekonomi Thailand.

Dibawah undang-undang ini sesiapa sahaja yang didapati menghina Raja, Permaisuri atau  Putera Mahkota Thailand akan berhadapan  dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap kesalahan.

Entry berhubung kematian uncle sms :-

Buat Frame Gambar Yang di-Pertuan Agong Semalam dan Kemas Rumah Hari Ini

12.05.2012, Sabtu - Petang semalam, tiba jer di KTM Rawang, Syah terus ke kedai buat frame berhampiran bas stand kerana hendak framekan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang Syah ambil pada hari Rabu lepas di Angkasapuri. Syah buat gold frame dan mereka caj RM40.00 satu dan RM80.00 sepasang.  Syah bayar down payment RM50.00 dan hari Selasa nie siap. Syah bawa balik lewat sedikit gambar tu sebab petang selalu hujan dan Syah takut gambar tu basah.  

Pagi nie macam biasa Syah kemas rumah dan jemur kain.  Lunch Syah masak meehon sup sayur campur dengan fish ball, milo o panas dan buah anggur. Lepas Asar nanti hendak ke Pekan Rawang keluarkan duit sebab esok vendor pest control hendak datang buat semburan racun serangga.  Ok semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry ............


Friday, May 11, 2012

Sultan Johor Buat Kenyataan Berhubung Isu Ekspatariat Singapura Yang Diserang di Pulau Rawa

11.05.2012, Jumaat - Semalam Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar "Buka Mulut" mengenai isu ekspatariat (pedagang asing) Singapura yang didakwa dipukul oleh pengawal peribadi Kerabat Diraja Johor. Satu sidang akhbar telah diadakan dikediaman rasmi baginda di Istana Pasir Pelangi, Johor Baharu, Johor. 


Tuanku Ibrahim memaklumkan bahawa ekspatriat berkenaan sebenarnya dalam keadaan mabuk dan telah menceroboh bot peribadi baginda dan menyerang kru bot berkenaan.  Ketika kejadian, baginda dan keluarga berada di pulau tersebut untuk ekspedisi menyelam selama tiga hari. Empat ekspatriat berkenan dilaporkan tiba pada jam 23:00hrs sebelum mabuk dan menggangu tetamu diraja yang mengadakan satu majlis dan menginap di pusat peranginan bersebelahan. Ada diantara mereka mengeluarkan kata-kata kesat kepada keluarga diraja  dan tetamu sehingga mencetuskan ketegangan dan berlaku pergaduhan.

Akhbar The Straits Time di Singapura melaporkan pada hari Rabu lepas bahawa empat ekspatariat negara itu diserang oleh pengawal peribadi keluarga kerabat diraja Malaysia ketika mereka bercuti pada 04 Mei lepas. Serangan dilaporkan berlaku di pulau berhampiran Mersing. Seorang lelaki British berusia 28 tahun mengalami kecederaan manakala rakannya dari Jerman mengalami pendarahan otak.  Dua lagi rakan mereka adalah dari Jerman dan Perancis.Salah seorang mendakwa telah dikepung dan ditendang bahagian sulitnya untuk melemahkan beliau dan seterusnya dibelasah.  

Tuanku Ibrahim menyifatkan perkara itu sengaja diperbesarkan oleh akhbar Singapura dengan mengeluarkan laporan yang kurang tepat. Titat Tuanku Sultan Johor  :-
  • Nasihat saya, berseronoklah apabila datang ke Johor tetapi tolong jaga tingkah laku sendiri
Sumber : Kosmo

Tuanku Abdul Halim Selamat Tiba Ke Kuala Lumpur Dari Lawatan Rasmi Ke Brunei

11.05.2012, Jumaat - Shukur Alhamdulillah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon serta rombongan diraja telah selamat sampai Ke Kuala Lumpur pada  jam 17:30hrs tadi.  Baginda dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari bermula Rabu Lepas. Sejurus baginda  tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur nyanyian lagu Negaraku dimainkan diikuti tembakan 21 das meriam. Tuanku Abdul Halim turut berkenan memeriksa barisan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Rejimen Askar Melayu Diraja. 

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei Darussalam telah menunaikan Solat Jumaat di Jame 'Asr Hassanil Bolkiah yang terletak di Kampung Kiarong.


Sumber :- Bernama / Infofoto

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Santapan Negara di Istana Darul Hana

11.05.2012, Jumaat - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah telah diraikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Dalam satu Majlis Santapan Negara yang diadakan di Istana Darul Hana, Bandar Seri Bagawan. Lawatan rasmi Tuanku Abdul Halim ke Negara Brunei Darussalam selama tiga hari akan berakhir pada hari ini.

Sumber :- Infofoto

Thursday, May 10, 2012

Tuanku Abdul Halim Melawat Bngunan Alat-Alat Kebesaran Diraja Brunei Darussalam

10.05.2012, Khamis - Petang tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan rombongan telah berkenan melawat Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja Brunei Darussalam.  Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah telah berkenan menandatangani "parchment" sempena lawatan ini.    Taklimat telah diberikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Muzium-Muzium, Dayang Mariani mengenai bahan-bahan pameran yang terdapat di galeri-galeri Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja.

Seri Paduka Baginda berdua juga sempat melihat foto-foto kenangan semasa Istiadat Perpuspaan (Pertabalan) KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan pada tahun 1968. Rombongan Diraja juga melawat Dewan Jubli Perak yang merupakan galeri bagi sambutan Jubli Perak KDYMM yang ke 25 tahun yang disambut pada 05.10.1992. Kemudiannya baginda dan rombongan telah dibawa menyaksikan barang jualan cenderamata di kedai cenderamata. Kemudianya diadakan sesi bergambar beramai-ramai.  Sebelum mengakhiri lawatan, Seri Paduka Baginda berdua telah menerima cenderahati daripada Timbalan Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

Ambil Potrait Rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

10.05.2012, Khamis - Hari ini Potrait Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah mula diedarkan.  Syah ambil gambar nie di Jabatan Penerangan di Angkasapuri.  Jam 12:20hrs tadi Syah keluar sekejap ke Angkasapuri naik teksi dan sampai jer kena ambil passcard dan tanya guard mana bangunan Jabatan Penerangan.  Kata mereka atas bukit jauh belakang sedikit dan Syah redah jer cari tempat tu sambil berlari-lari anak takut mereka dah tutup  kerana waktu lunch dah nak tiba.  


Akhirnya jumpa juga dalam keadan termengah-mengah dan berpeluh tu.  Masuk jer tanya kaunter hendak ambil gambar Agong dan mereka hendak surat.  Alamak dan terus Syah informed mereka yang Syah dah call tadi hendak dua set sahaja dan mereka kata tak perlu surat melainkan jika Syah minta lebih.   Akhirnya mereka bagi Syah dua set. Satu untuk Syah simpan di MBS Mini Royal Library Syah dan satu akan diframekan untuk digantung dihadapan rumah Syah (car porch).

Abang yang bagi potrait tu tanya untuk sendiri atau company,  terus Syah kata TM kerana nanti banyak pula soalnya dan dia tanya ada kerja kosong tak?  Syah senyum jer. Dapat jer gambar tu terus Syah keluar dan pulangkan semula pass pelawat dan ambil pass card Syah semula.  On the way kejalan besar nampak teksi dan gamble jer angkat tangan dan dia berhenti rupanya.  Kena berlari sedikit kerana teksi tu terlajak berhenti kedepan sedikit. Tak sampai 30minit urusan Syah ambil gambar ini.  Tak lama sampai office hujanpun turun dan tergelak dalam hati, jika tak ada teksi tadi Syah akan jalan kaki ke office dan bayangkan kalau hujan tengah jalan.  Sia-sia jer Syah ambil gambar tu jika basah kena hujan kan?  Shukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.   Suka sangat dapat gambar tu hari ini, Terima kasih Ya Allah.

Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Istana Nurul Iman

10.05.2012, Khamis - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan rombongan telah berangkat ke Istana Nurul Iman untuk majlis kunjungan muhibah terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Rombongan diraja tiba dihadapan Istana kira-kira jam 11:00hrs dan kedengaran lagu Kebangsaan kedua-dua negara berkumandang diudara diikuti dengan 21 das tembakan meriam sebelum Tuanku Abdul Halim dan Sultan Hasanal Bolkiah memeriksa perbarisan kawalan kehormat.

Seri Paduka Baginda berdua telah disembahkan kalungan bunga oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sebelum Tuanku Abdul Halim dan rombongan memasuki Istana Nurul Iman. Tuanku Abdul Halim dan rombongan telah diperkenalkan kepada Speaker Majlis Mesyuarat Negara, para menteri dan timbalan menteri Brunei. Kelihatan Sultan Brunei memimpin tangan Tuanku Abdul Halim sebagai tanda hormat baginda kepada orang yang lebih tua daripada baginda.  Satu contoh yang baik untuk dijadikan tauladan supaya kita lebih menghormati orang-orang yang lebih tua dari kita.  Sultan Brunei yang mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi lagi boleh buat, ini kan pula kita, betul tak?

Sumber :- Bernama/Jabatan Penerangan Brunei

Wednesday, May 9, 2012

Tuanku Abdul Halim Diraikan Oleh Warga Malaysia Di Brunei

09.05.2012, Rabu - Malam ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Shah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam Bersama Rakyat Malaysia di Negara Brunei Darussalam. Kelihatan Seri Paduka baginda berdua beramah mesra dengan rakyat Malaysia yang berada di Brunei Darussalam. Seramai 300 orang warga Malaysia menghadiri majlis ini. Pada masa ini dianggarkan terdapat 30,000 rakyat Malaysia bermaustatin di Brunei dan mereka ini terdiri daripada  kalangan profesional serta pelajar.

Diantara titah baginda dalam majlis ini :-
  • Beta juga bershukur kerana Maswings juga telah berjaya melebarkan sayapnya ke Brunei mulai 1 Feb lalu.
  • Beta mahu rakyat Malaysia yang bermastautin di negara ini supaya sentiasa menjaga nama baik dan imej negara dalam apa jua perkara yang dilakukan.
  • Beta amat berbangga kerana persahabatan di antara kedua-dua negara kini berada pada tahap yang sangat baik dengan kerjasama rapat dalam pelbagai bidang.
Baginda juga dalam titahnya telah menyatakan penghargaan baginda kepada kerajaan Brunei Darussalam kerana telah membuka dan memberi peluang kepada rakyat dan syarikat Malaysia untuk bersama-sama memajukan ekonomi Brunei Darussalam.

Sumber :- Bernama
09.05.2012, Rabu - Shukur Alhamdulillah cermin mata Syah dah siap dan terima kasih kerana bonus TM kalau tak ,,,,,,,,,,,,,,  tak tahulah bila zamanya Syah nak gantikan cermin mata yang hilang tahun lepas tu. Biasalah dah lama tak pakai Syah nampak semua benda macam 3D jer dan mata rasa letih .............. hehehehe. Aactually Syah ada rabuh jauh dan dekat serta silau tetapi masalahnya Syah nie jenis tak suka pakai cermin mata.  Masa hilang hari tu  tak tahu kat mana samada tertinggal di kedai makan atau terjatuh. Dah tanya kedai tu tapi katanya tak ada.  


Waktu lunch tadi Syah lari sekejap ke KLCC untuk ambil cermin mata nie coz malam semalam mereka call, informed cermin mata Syah dah siap.  Tu jer lah citer pasai cemin mata nie yew? Happy sangat dah ada spec kata orang putih nye. 

Tuanku Abdul Halim Selamat Tiba Ke Brunei


09.05.2012, Rabu - Shukur Alhamdulillah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan rombongan telah selamat tiba petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Barakas, Brunei Darussalam.  Keberangkatan tiba Tuanku dan rombongan disambut oleh Anakanda Tuanku Sultan Brunei iaitu YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah serta Menteri Pendidikan Brunei Darussalam, YB Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.  Malam ini Tuanku Abdul Halim dan rombongan dijadualkan berjumpa dengan warga Malaysia di Brunei.

Sumber :- Berita RTM /  Infofoto

Potret Rasmi Yand di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Mula Diedar Pada 10.09.2012

09.05.2012, Rabu - Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia kepada Bernama hari ini memaklumkan Potrait Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan Raja Permaisuri Agong ke-14 akan mula diedarkan secara percuma mulai esok Khamis bersamaan 10.09.2012.  Jika berminat anda boleh mendapatkannya di Pusat Sumber dan Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia di Presint 4, Putrajaya atau disemua Jabatan Penerangan negeri masing-masing. Dengar cerita...........ini cerita jer lah yer, tak tahu betul atau tidaknya ....... gambar seperti yang disebelah ini digunakan sebagai Potret rasmi dan sepatutnya diedarkan lebih awal lagi tak silap Syah 23.04.2012 seperti yang dinyatakan selepas konsert Diraja pada 21.04.2012 lepas tetapi  gambar tersebut terpaksa ditukar dengan gambar yang baru atas sebab-sebab tertentu. Wallahualam bi shawab.................... Sama-samalah kita tunggu esok adakah gambar yang sama atau yang berlainan digunakan. 

Sumber :- Bernama/Sendiri

Tuanku Abdul Halim Mengadakan Lawatan Rasmi Negara Ke Brunei

09.05.2012, Rabu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Hamim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon akan memulakan lawatan rasmi negara selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam bermula hari ini. Lawatan ini merupalan lawatan rasmi pertama Tuanku Abdul Halim ke Brunei semenjak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Menteri pengiring adalah YBM Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Turut mengiringi adalah pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Program yang diaturkan untuk lawatan ini termasuk Majlis Mengadap Sultan Brunei, Majlis Santapan Negara dan Lawatan ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja dan Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  Disamping itu Seri Paduka Baginda berdua akan dijadualkan berjumpa dengan warga Malaysia di Brunei. Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan dijadualkan berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada Jumaat ini.  


Rombongan Diraja berlepas daripada Komplek Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 15:10hrs. Sebelum berangkat, nyanyian lagu Negaraku dimainkan dan 21 das tembakan meriam dilepaskan ke udara. Tuanku juga telah berkenan memeriksa barisan kehormat 103 pegawai dan anggota Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja.  Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh membacakan doa sebelum rombongan Diraja berlepas.


Kami semua mendoakan agar perjalanan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Serta rombongan Diraja dilindungi daripada sebarang malapetaka dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Sumber :- Bernama

Salam dan Selamat Pagi Semua

09.05.2012, Rabu - Hari nie dan sembilan haribulan rupanya dan cepat sunguh rasanya masa berlalu sekarang nie.  Perjalanan ketempat kerja macam biasa as scheduled dan terima kasih Ya Allah kerana permudahkan perjalanan Syah pagi ini. Sampai office hampir 08:30hrs dan pagi nie ada Leadership Communication Program yang diadakan sebulan sekali dimana our Bigg Boss Dr Zainal Abu Zarim akan menyampaikan mesejnya kepada kamis semua dan salah seorang dari kami akan diundi untuk public speaking. Tak tahulah siap yang kena pagi nie. jangan Syah udah ler yer. Tak tahu nak cakap apa nanti .....Hehheeh ........... Sampai jer ke Menara TM, Syah ke MyNews.com beli low fat milk dan as usuall breakfast Syah pagi nie Low Fat Whole Wheat Cereal, Kismis dan Low Fat Milk. Oklah semua member-member dah berkumpul kat depan tu dan sebentar lagi Dr Zainal akan sampai.  Jumpa lagi dilain Entry ...................

Tuesday, May 8, 2012

Uncle SMS Meninggal Dunia DiPenjara Hari Ini

08.05.2012, Selasa - Uncle SMS dilaporkan meninggal dunia di penjara hari ini.  Uncle sms nie atau nama sebenarnya Amphon Tangnoppaku adalah lelaki berusia 61 tahun dan telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dibawah undang-undang "lese-majeste" iaitu tindakan undang-undang yang dikenakan kepada sesiapa sahaja yang  menderhaka/menghina Raja, Ratu atau Putera Mahkota Thailand.  Beliau disabitkan kesalahan menghantar 4 SMS biadap mengenai institusi beraja Thailand kepada Setiausaha Peribadi Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva pada May tahun lepas. Selepas perbicaraan, mendiang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman pada November 2011.  Menurut peguam mendiang, Anon Numpa, pihaknya belum mengenal pasti lagi punca sebenar kematian mendiang tetapi memaklumkan mendiang mengidap kanser mulut.  Mendiang dikatakan mengadu sakit didalam perutnya semenjak Jumaat lepas lagi.

Semasa perbicaraan, mendiang menafikan dia menghantar sms berkenaan dan memaklumkan mahkamah bahawa dia sendiri tidak tahu cara-cara menghantar sms menggunakan telefon bimbit miliknya. Undang-undang "lese-majeste" ini selalu mendapat perhatian dunia luar agar iannya dikaji semual tetapi tidak mendapat tindakbalas daripada kerajaan Thailand.  Isu ini sebenarnya merupakan  isu sensitif di negara gajah putih ini yang menganggap King Bhumibol Adulyadej yang berusia 84 tahun itu sebagai separa tuhan. Kalaulah undang-undang nie ada kat Malaysia nampaknya ramai yang masuk penjara kan? Heheheheh .............. sebab itulah mereka berani menghina raja-raja kebelakangan ini dan itu belum lagi yang mengaku sebagai waris sah yang sepatutnya menjadi Sultan. Ada-ada je kan .....manusia nie?

Sumber :- Reuters 

Santapan Malam

08.05.2012, Selasa - Inilah juadah santapan malam Syah malam nie.  Baru lepas masak Sup Sayur Soon dan Syah masukkan sayur yang Syah beli pagi tadi seperti putik jagung, brocoli, tahu. cendawan, soon dan fish ball.  Kemudiannya Syah  sediakan kurma untuk dimakan dengan mentimun. Air pula air suam dan macam biasa ubat-ubatanlah.  Apa menu anda semua malam nie ? Syah baru sahaja lepas solat Maghrib dan jom kita makan semua  ............... Silakan ...........

Sempena 37 Tahun Pertabalan Sultan Pahang pada 08.05.1975

08.05.2012, Selasa - Shukur Alhamdulillah, Hari ini merupakan tarikh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ditabal dan dimahkotakan sebagai Sultan Pahang Kelima daripada Keturunan Bendahara pada tanggal 08.05.1975.  Pada 07.05.1974, baginda yang ketika itu bergelar Tengku Mahkota Pahang  dimasyhurkan menjadi Raja yang memerintah negeri Pahang sebelum jenazah Ayahanda baginda dimakamkan. Setahun kemudian Istiadat Pertabalan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat diraja Pahang di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Dalam masa yang sama suri baginda Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Pahang dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Afzan binti Tengku Muhammad.  


Turut berangkat ke Istiadat Pertabalan ini adalah Sultan Perak ke-33, Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah] yang merupakan bapa saudara baginda dari sebelah bonda baginda KDYMM Tengku Ampuan Besar Raja Hajjah Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah. Banyak yang tidak tahu sebenarnya Tuanku Ahmad Shah merupakan Cucunda kepada Sultan Perak ke-30, Paduka Seri Sultan Iskandar Shah ibni Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah 1.

Tuanku Sultan Pahang di puterakan pada 24.10.1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan Pahang. Tuanku adalah anakanda ketiga dimana yang sulung ada lah perempuan dan kedua lelaki tetapi telah mangkat ketika kecil. Ketika Tuanku dalam kandungan, Sultan Abu Bakar dan Tengku Ampuan Raja Fatimah telah bernazar jika anak yang dilahirkan seorang putera ianya akan diserahkan kepada Sultan Perak untuk diasuh. Tuanku telah dibesarkan di Istana Perak dan mendapat pendidikan awal di Kuala Kangsar termasuk Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum kembali semula ke Pahang semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Tuanku menyambung semula pelajarannya di MCKK selepas Jepun menyerah kalah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Worcestor College, Oxford.

Baginda dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 28.05.1944 dalam usia 14 tahun dan dimasyhurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-7 untuk tempoh lima tahun bermula 26.04.1979 hingga 25.04.1984 ketika berusia 49 tahun.  

DIRGAHAYU TUANKU PATIK.

Sumber :- Arkib Negara / Kesultanan Pahang Darul Makmur
08.05.2012, Selasa - Macam-macam jadi pada Syah pagi tadi tetapi Insyallah dengan kehendak Allah semuanya sudah settle.  Dalam FB Syah kata Boring kat Rumah Tak Tahu Nak Buat Apa.  Hari nie TM cutikan kami semua yang bertugas di Menara TM ada EGM Meeting untuk pemegang saham dan sepatutnya Syah pergi meeting tu sebagai Proxy my Ayahanda tetapi mereka kata tak terima fax proxy form tu.  So duduk rumah jer lah hari nie dan tu buat statement dalam Fb TERPAKSA CUTI SATU MENARA TM KERANA ADA EGM MEETING UNTUK PEMEANG SAHAM TM ....... NAKBUAT APA YEK CUTI-CUTI NIE. Nah kau "mendapat" ............. jugak akhirnya, tu ler lain kali bershukur dengan apa yang kita dapat dan jangan asik nak complain jew? Kan dah mendapat tetapi ini iktibar buat Syah dan kita semua.  Banyak kerja yang Syah kena buat hari nie rupanya.

Ce Citer Ce Citer ......... Macam nie kisahnya Hehehehh :
  • Pagi tadi Syah terdengar macam bunyi meletop dan Sah ada accident nie.  Syah jengok kat luar kereta Syah ok tetapi nampak pasu-pasu Syah pecah dan berterabur. Syah nampak ada motor yang dibawa oleh remaja India melanggar pasu Syah dan terhumban kat depan rumah jiran Syah Chong.  Pasu Chongpun pecah tetapi taklah bersepah macam Syah punya dengan serpihan pasu dan tanah berterabur. Malas Syah nak keluar dan biarkan jer dan dengar macam bunyi orang menangispun ada.  Agaknya berlumba budak-budak tu sebab ada dua motor Syah tengok tergelempang depan rumah Chong.  Bila mereka dah beredar baru Syah keluar bersihkan tanah dan pasu yang pecah tu.  Kena sapu dan Syah gantikan pokok-pokok tu dalam pasu baru yang ada kat belakang rumah Syah.  Berpeluh Syah dibuatnya tetapi kena uruskan juga.
  • Dalam masa yang sama Maybank call inform Cheque yang Syah keluarkan semalam "overdrawn amount" dan baru Syah teringat Syah belum masukkan duit dalam akaun tu.  Mereka nak caj RM100 tetapi Syah minta tolong dan kena caj RM50.00 tetapi mereka hendk Syah masukkan duit tu sebelum jam 09:30hrs melalui Maybanku2.com tetapi Syah tak ada kemudahan transfer cuma view jer dan mana sempat nak tunggu bas lagi dan depan rumah bersepah. Tension Syah. Akhirnya dia minta kebenaran untuk transfer duit dalam saving ke current Syah yang pada awalnya dia kata tak boleh tadi bila Syah suruh.  Tetapi katanya Syah kena ke Maybank Rawang untuk isi borang "Authority To Debit Account" iaitu kebenaran daripada Syah untuk mereka transferkan duit Syah dari saving account ke current account. Kena caj juga RM50.00.  Adaoiiiii .............. syah memang jenis lalai dan pelupa, inilah yang Syah dapat.  Terima kasih kepada officer di Maybank Rawang Mr. Y.K. Tang yang banyak membantu syah.
Lepas selesai urusan di Maybank Syah ke pasar beli sayuran dan kemudiannya makan laksa kat kedai bersebelahan Giant . Lepas makan Syah ke Giant beli mineral water 9.5 liter tu untuk bekalan seminggu Syah.  Memang besar botol dia dan Syah jinjit bawa naik bas.  Tak ada apa nak dimalukan dah biasa buat banyak kali. Heheheheh ............ Syah sampai Rawang Residence hampir jam 12:15hrs dan terjumpa jiran sebelah rumah Chong dan inform kejadian pagi tadi.  Katanya budak-budak kat sini suka bawa motor laju-laju dan hari Sabtu lepas kereta suaminya tiba-tiba dilanggar oleh seorang budak perempuan yang bawa motor sampai tanggal bumper depannya. Sampai rumah Syah tidur jap sebab letih sangat dan terbangun semula jam 13:40hrs dan terus Syah solat Zohor.  Lepas tu rasa lapar dan nak beli buah-buahan potong kat gerai tempat Syah selalu tungu bas pagi-pagi tu.  Ingat nak beli betik tapi dah habis lalu Syah beli nenas dan pelam jer.  Sambil makan fruits tu Syah panaskan enjin AEL.

Sebentar tadi Ayahanda call Syah inform dia hendak hantar Bonda Tiri Syah pergi mengaji dan kemudian dia hendak ke bank keluarkan duit bonus yang Syah kasi kat Ayahanda dan Bonda Tiri Syah hari tu.  Katanya dia akan hantarkan juga duit yang Syah kirim untuk Bonda Saudara Syah, Bonda Ejon dan Kak Engah.  Syah memang bagi mereka duit belanja tiap-tiap bulan dan bulan nie kasi lebih sedikit coz dapat Bonus. Syah mengadulah dua kejadian yang berlaku pagi nie dan Ayahanda nasihatkan Syah supaya buat Solat Hajat bila Syah kata "Lately Nie Selalu Nasib Tak Baik".  Katanya dia juga akan buatkan Solat Hajat untuk Syah........... Ayahanda memang macam tu pantang tengok anak-anaknya menghadapi kesusahan dan sebab tu kalau Syah sakit ker Syah tak bagi tahu dia takut dia risau tetapi sebagai Ayah dia macam ada rasa kalau Syah nie ada masalah.  Tak dapat nak sorok........... heheheheh.

Oklah semua, sehingga kita berjumpa lagi di lain Entry ............... Syah doakan agar kita semua dipermudahkan segala urusan setiap masa, diberikan rezeki yang halal dan mendapat  kesihatan yang baik serta menjadi orang yang beriman.  Amin