08.09.2012, Sabtu - Salam semua dan apa khabar. hari nie Syah di Rawang Residence dan pagi tadi Syah ke Pekan Rawang untuk beli keperluan dapur dan singgah breakfast di kedai Mamak. Syah order air Suam dan Horlic O Panas sahaja dan makanan pula Syah makan Apam Balik yang dibeli kat pasar. Lepas sarapan Syah ambil ubat macam biasa dan terus ke Bus Stand untuk balik ke Rawang Residence. Sampai jer rumah Syah lihat kerja-kerja membersihkan longkang sedang giat dilakukan oleh kontraktor.
Syah lihat beberapa budak India masuk ke longkang tu dan Syah tanya buat apa dan katanya tangkap ikan dan belut. Nampak bahaya apa yang mereka buat tu tetapi happy tengok gelagat mereka. balik rumah Syah makan lebihan apam balik tu dan tak lunch hingga sekarang kerana kenyang. hari pula mendung dan Syah pula basuh baju hari nie dan esok hendak ke KL Residence pula. Harap-harap keringlah hendaknya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment