Khutbah Jumaat hari ini disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dengan tajuk Memperkasa Hubungan Ulama' dan Umara'. Doa untuk Tuanku berbeda sedikit pada kali ini dimana disebuat "Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Muta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Hajah Haminah" serta ditambah "Puteri-Puteri dan Kerabat-Kerabat Diraja"
Selepas solat Jumaat disatu sudut Syah nampak orang berkerumun bersalaman dengan somebody special. Rupa-rupanya Mantan Perdana Menteri solat Jumaat di Masjid Negara. Tak lokek dengan senyum Tun Mahathir Muhammad nie? Dia menghulurkan tanganya kepada setiap orang yang sudi memegangnya. Syah pun sempat salam dan cium tangan Tun. Nampak tak ada kawalan ketat untuk Tun, maklumlah Tun sudah tidak dalam kerajaan lagi dan beliau kini bebas bergerak kemana-mana dan mungkin ini lah saat-saat yang diinginkan oleh Tun dalam hidupnya selepas bertahun-tahun menabur bakti untuk bangsa dan negara Malaysia tercinta ini sebagai Ketua Kerajaan.
Selepas itu Syah terlihat seorang pegawai Istana Negara membawa keluar kerusi dan sejadah Tuanku untuk dibawa semula ke Istana Negara. Rupa-rupanya kerusi untuk Tuanku solat dibawa khas dari Istana bagi menjamin keselamatan Tuanku.
Setelah menunggu beberapa ketika, kelihatan Tuanku dan rombongan keluar dari dewan solat utama Masjid Negara dengan kawalan ketat menuju kekenderaan rasmi baginda. Sepanjang perjalanan itu Tuanku telah berkenaan bersalam dan beramah mesra dengan para jemaah yang berbaris panjang untuk bersalaman dengan baginda. Bertuah benar rasanya Syah dapat melihat Tuanku dari dekat setelah menjadi Yang di-Pertuan Agong walaupun beberapa bulan lepas Syah terjumpa Tuanku Abdul Halim di Ampang Puteri ketika baginda melawat Sultan Pahang dihospital berkenaan. Ketika itu baginda masih lagi menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
DIRGAHAYU TUANKU PATIK
No comments:
Post a Comment