12.11.2011, Sabtu - Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menjemput Pasukan Bolesepak Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Mayaysia 2011 ke Istana Besar Seri Menanti dan meraikan mereka dalam satu majlis jamuan teh petang semalam. Majlis jamuan teh ini diadakan bagi mempersembahkan Piala Malaysia kepada Tuanku Muhriz.
Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan putera Sulong Tuanku Muhriz iatu Tunku Besar Seri Menanti YAM Tunku Ali Redhauddin. Dalam majlis ini juga Tuanku Muhriz telah dihadiahkan cenderahati berbentuk jersi pasukan bolasepak Negeri Sembilan bernombor 1 dengan nama Tuanku Muhriz yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.
Nota : Informasi dari Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.