Saturday, November 26, 2011

Sultan Pahang Terima Anugerah Pemimpin Unggul

26.11.2011, Sabtu - Hari ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Majlis Bekas Wakil Rakyat atau Mubarak telah menganugerahkan Anugerah Pemimpin Unggul kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Majlis penyampaian anugerah ini diadakan di Kuantan, Pahang. Turut serta dalam majlis ini adalah DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Syarizad Abdul Jalil dan Pengerusi Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Baginda bertitah, seorang pemimpin yang bertanggungjawab adalah yang tidak hanya sekadar melaungkan janji-janji kosong kepada rakyat tetapi mesti mengotakan apa yang dijanji. Tambah baginda lagi pemilihan pemimpin hendaklah dipilih dengan teliti dan menepati ciri-ciri kepimpinan unggul serta berpandangan jauh, berwibawa dan mempunyai keperibadian terpuji. Meurut baginda, Pemimpin harus mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri. Pemimpin juga harus perlu mengawal, mengurus, mentadbir, dan membuat keputusan cemerlang serta dapat mencorakkan dasar dan polisi sediada untuk kemajuan dan kemakmuran negara.

Baginda juga turut memberi pujian kepada kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baginda sifatkan sebagai pembantu kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek terutamanya kebajikan. Kejayaan ini dapat dilihat melalui penyertaan golongan wanita dalam pelbagai ajensi kerajaan dan swasta. Tambah baginda lagi, penghargaan harus diberikan kepada pemimpin wanita yang memperjuangkan pembangunan kaum wanita sebagai motivasi kepada mereka meneruskan perjuangan tanpa mengira kaum dan agama.

Merafak Sembah Ucap Tahniah Kepada Tuanku Sultan Pahang diatas Anugerah ini. Dirgahayu Tuanku Patik.

Nota : - Info dari Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.