Monday, November 7, 2011

Sultan Muhammad Ke-V Sembelih Sendiri Lembu Korban Sumbangan Baginda

17.11.2011, Isnin - Hari ini Al-Sultan Kelantan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan menghadiri Majlis Korban Anjuran Majlis Agama Islam Kelantan bertempat di Komplek Agama Panji. Pada hari ini sebanyak 40 ekor lembu dan seekor kerbau telah disumbangkan untuk ibadah korban ini dimana Tuanku Sultan Muhammad Ke-V sendiri menyumbangkan seekor lembu dan seekor kerbau. Dalam majlis ini Al-Sultan Kelantan juga telah berkenan menyembelih sendiri lembu yang disumbangkan oleh baginda sendiri.

Daging korban kemudiannya diagih-agihkan kepada penduduk fakir dan miskin serta mereka yang berhak menerimanya sekitar Kota Bahru,Kelantan. Turut serta dalam majlis ini adalah YTM Tengku Mahkota Kelantan. Kelihatan Tuanku Al-Sultan Kelantan yang berjubah putih sedang menyembelih lembu korban baginda dimajlis ini.

1 comment:

  1. Alhamdullillah..begini sepatutnya seorang pemim pin lakukan..sebagai pemegang amanah dan menjaga agama..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.