Tuesday, November 1, 2011

Kak Long & Kak Long Sekeluarga Melawat Syah

01.11.2011,Selasa - Malam Nie Kak Lang datang dengan suaminya Azam dan anak bongsunya Ku Chik. Mereka datang sebab hendak fetch Firdaus sekali. Masa Kak Lang sampai Syah sedang solat Insyak. Kak Lang bawakan lagi makanan, Nasi Lemak serta lauk Ikan Sardin, Telur Mata dan Ikan Masin. Kena lah makan sebab dia dah bawak kalau tak kecil hatinya nanti. Tak perlah lupakan diet sementara kat hospital nie.

Lepas Kak Lang sampai, Kak Long dan anak bongsunya Hafiz pula sampai. Kak Long bawa McD dan biskut serta minuman kotak untuk Syah dan kami semua. Hampir jam 22:00hrs mereka balik. Sebelum balik Kak Long bagi Syah RM50.00 dan Syah tak mahu tetapi dia kata ambil jer.....

Thanx Kak Long and Kak Lang Sekeluarga kerana menjenguk Syah di wad nie. Tadi Intan offer nak hantar Syah ke Rawang esok tetapi Syah kata tak apa Syah boleh naik bas. Kak Lang pun offer Syah stay rumah dia sehari dua di Ampang dan Syah kata tak apalah coz nak balik Rawang. Sekejap tadi Syah dah kemas sedikit barang Syah dan lepas mandi esok baru pack betul-betul kerana ada tambahan barang nak bawa balik iaitu makanan yang Kak Long bagi seperti biskut dan air kotak tue. Tak mengapa taulah Syah nak buat macam mana esok. Terima Kasih Kak Lang/Kak Long Sekeluarga yang datang melawat Syah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.