Wednesday, November 9, 2011

Terlanggar Kerusi

09.11.2011, Rabu - Ini adalah salah satu Arm Chair kat ruang tamu Rawang Residence Syah. Nak jadi cerita malam tadi Syah nak buka lampu diruang tamu dan ruang tamu waktu itu dalam kedaan gelap dan Syah main redah jer dan terlanggar kerusi nie. Bahagian tepi kerusi tu terkena Ari-Ari Syah atau bahagian Pundi Kencing Syah sebelah Kiri. Memang sakit masa terantuk tu menyebabkan megadoi dan tiba-tiba mengelabah kerana kan bahagian tu sensitif sedikit lalu Syah tuam dengan air panas untuk elakkan kalau ada bengkak ker. Takut gak kan Syah ada experience sakit buang air kecil.

Lepas tu sakitnya hilang dan pagi nie Syah tekan sedikit bahagian tu tetapi tak rasa sakit cuma iannya bermain difikiran Syah dan sekarang Syah rasa macam nilu sedikit kat bahagian peha membawa ke tempat yang teerhantuk tu. Rasanya tak ada apa kot ......... mungkin Syah terlalu memikirkannya? Syah nie kalau sakit suka berfikir akan apa yang akan terjadi seterusnya dan itu adalah perkara yang tak elok dilakukan kerana akan menambahkan penyakit jer kata doktor dan kawan-kawan. Kata orang kalau kita sakit jangan ikutkan perasaan sakit tu kerana jika kita buat begitu iannya akan jadi terapi kepada kita untuk sembuh tetapi kalau kita teruskan juga rasa tu iannya akan menambahkan sakit kita kerana kita dah tanamkan kat fikiran kita macam tu. Yang tak sakitpun akan jadi sakit.

Ulser kat mulut Syah kejap sakit kejap ok rasanya. Lutut macam biasalah ada kalanya teraasa sakit sedikit exspecilly bila naik tangga. Ok Lah Syah nak buat relax dan tak nak ikutkan perasaan sangat dan mereka-reka dalam fikiran Syah perkara yang tak berfaedah. Ubat dah makan dan sekarng jam 08:33hrs dan Syah nak mandi coz nak ke Pekan Rawang beli pembalut buku dan breakfast. Lepas tue nak masukkan duit belanja Ayahanda dan Bonda Saudara Syah sebab baru teringat masa Syah masuk Hospital hari tu dan lupa nak bank-in kan Elaun mereka. Semalam Ayahanda call minta bayarkan bill telefon dia dan lepas tu baru Syah perasaan Syah belum masukkan duit belanja mereka. Heheeheh. ......... Lupa Sowie ...... Mereka tak minta pun tapi sudah jadi tanggungjawap Syah semenjak dapat 1st Job lagi bagi duit belanja kat mereka setiap bulan. Ok lah gtg................... Byeeeeeeeeeeeee

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.