05.11.2011, Sabtu - Sekarang jam 10:32hrs dan ketupat Syah baru masak dan sedang disejukkan. Syah sampai ke KTM Rawang jam 20:30hrs dan naik teksi sapu ke Rawang Residence dan hari nie rasa macam kena tipu lah naik kereta tu. Masuk jer pemandu Cina tu kata RM12.00 dan Syah kata biasanya RM10.00 alasannya Hujan sambil tersengih dan malas nak bising diam kan jer lah...... Hehehhe.
Lepas nie nak buat rendang Ayam plak. Alaaaaaaaaaa Syah beli rempah rendang segera tu jer dan tambahkan daun kunyit, serai dan santan. Malam sket nanti baru nak masak. Syah buat untuk makan sendiri jer dan tak sapa pun nak datang. Family Syah semuanya balik kampung. Walaupun raya seorang-seorang aura raya tu mesti ada gak bak kata orang "The Show Mus Go On" Baby....................... hahahah
hahaha.. selamat aidiladha syah///
ReplyDelete