02.11.2011, Rabu - Semalam Duke of York Prince Andrew yang berada di Johor Bahru untuk merasmikan Newcastle University di Iskandar Malaysia, Johor Baharu, Johor telah mengabil kesempatan mengadap Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Duke of York menghabiskan masa selama 30 minit mengadap Tuanku Sultan Johor. Putera kepada Baginda Queen Elizabeth ini berangkat tiba di Istana Besar Johor Baharu lebih kurang jam 10:30hrs. Turut serta dalam majlis ini adalah anakanda-anakanda Tuanku. Putera Edward berada di Malaysia dalam rangka lawatan selama tiga hari bermula Ahad lepas selaku wakil khas Britain bagi perdagangan antarabangsa dan Pelaburan.
Nota : Info dari Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.