Sunday, October 16, 2011

Shaikh Faisal Al-Abdullah Al-Sabah Di Jatuhkan Hukuman Mati

16.10.2011, Ahad - Hukuman tidak mengira siapa anda dan jika didapati anda bersalah iannya tetap menerima hukuman yang telah ditetapkan. Beginilah yang terjadi kepada seorang Putera Diraja Kuwait, Shaikh Faisal Al Abdullah Al Sabah (gambar disebelah) yang didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah dan menerima hukuman mati atas kesalahan membunuh anak saudara lelakinya Shaikh Basil Salem Sabah Al Salem Al Sabah. Menurut media Kuwait, Shaikh Faisal yang bertugas sebagai Kapten dalam Angkatan Tentera Kuwait dikatakan telah berjumpa Shaikh Basil pada Jun 2010 di Istana Maseelah yang dipunyai oleh bekas Emir Kuwit. pada mulanya mereka dikatakan sedang berbual bersama tetamu lain sebelum Shaikh Faisal memberitahu Shaikh Basil bahawa beliau ingin bercakap bersendirian dengan Shaikh basil.

Setelah meninggalkan bilik berkenan, beberapa minit kemudiannya para tetamu terdengar bunyi tembakan dan apabila memasuki bilik dimana tembakan itu didengar, mereka mendapati Shaikh Basil telah ditembak dan menghantar beliau ke hospital Mubarak Al Kabeer dan kemudiannya Shaikh Basil disahkan telah mangkat. Pasukan perubatan memaklumkan bahawa Shaikh Basil telah ditembak beberapa kali dari jarak dekat. Pihak berkuasa kemudiannya menahan Shaikh Faisal untuk siasatan lanjut.

Shaikh Basil berusia 52 tahun merupakan cucunda kepada Emir Kuwait ke-12, Shaikh Sabah Al Salem Al Sabah yang memerintah Kuwait mulai 24.11.1965 hingga 31.12.1977, beliau juga merupakan putera sulong Shaikh Salem Sabah Al Salem Al Sabah dan Shaikha Badriya Abdullah Al Jaber Al Sabah. Shaikh Salem merupakan Duta Kuwait ke Amerika Syarikat, Kanada dan Venezuela dar 1970 hingga 1975 dan kemudiannya terlibat dalam politik di Kuwait. Pembunuhan ini tidak ada kaitan dengan motif politik kerana Shaikh Basil tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.