Sunday, October 23, 2011

Raja Saudi Dibenarkan Keluar Hospital dan Siapakah Pengganti Putera Mahkota Arab Saudi

23.10.2011, Ahad - Selepas pengumuman kemangkatan adindanya Putera Mahkota Sultan, Pihak Istana telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui ajensi berita SPA bahawa Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah dibenarkan keluar dari Hospital. Pengumuman memaklum kan The Custodian of the Two Holy Mosques, King Abdullah bin Abdulaziz al-Saud ... left the King Abdulaziz Medical city this Saturday evening ... after God graced him with health to continue treatment in the clinic of his palace. Baginda yang berusia 87 tahun menjalani pembedahan dibahagian belakang baginda untuk memperkuatkan ligamen disekeliling vertebra ketiga baginda pada 17.10.2011 (Isnin) lepas. Selepas ini baginda akan menjalani rawatan susulan di kelinik di Istana Baginda.

Dengan kemangkatan Putera Mahkota Sultan, Pengganti harus dipilih bagi mengisi kekosongan tersebut. Gambar diatas adalah photo Putera Mahkota Sultan (tengah) yang diambil pada tahun 2009. Perlu diketahui bahawa sistem pengganti Raja di Arab Saudi bukanlah diturunkan kepada anak sulung lelaki Raja Arab Saudi tetapi diwarisi melalui penggantian diantara putera-putera kepada pengasas kerajaan beraja Arab Saudi iaitu anak-anak kepada Raja Abdulaziz ibni Saud atau dikenalai juga dengan panggilan Ibnu Saud yang mangkat pada tahun 1953. Keluarga Al Saud memerintah Arab Saudi mulai tahun 1932. Sistem penggantian ini sebenarnya merupakan isu yang sensitif di Arab Saudi untuk diperkatakan secara terbuka kerana pewaris-pewaris sudah berusia lanjut manakala Arab Saudi memerlukan jenarasi-jenarasi baru sebagai pemimpin yang mempunyai idea mengikut peredaran zaman.

Walau bagaimanapun Raja Abdullah telah membuat banyak perubahan dalam pemerintahannya dengan memberi penekanan terhadap perubahan ekonomi yang lebih libral, memperkasakan sistem pendidikan dan memberi lebih ruang kepada kaum wanita. Raja Abdullah juga dilihat menyokong polisi minyak yang sederhana dimana baginda mempertingkatkan pengeluaran minyak untuk menghalang kenaikan harga minyak semasa penghantaran keluar negara. Baginda juga membuka ruang kepada Amerika dalam usaha membenteras pengganas terutamanya Al-Qaeda dan meminta Amerika untuk menyokong penuh hak-hak Palestin sebagai sebuah negara.

Pewaris seterusnya disebut-sebut sebagai Putera Mahkota yang baru adalah Putera Nayef Abdul Aziz Al-Saud yang berusia 77 tahun merupakan menteri dalam negeri semanjak 1975 lagi. Putera Nayef dilantik sebagai timbalan perdana menteri kedua pada 2009 dan sering memangku jawatan Raja Arab Saudi atau Putera Mahkota Arab Saudi semasa ketiada penyandang-penyandang berkenaan di Arab Saudi samada atas tugas rasmi keluar Negara atau mendapatkan rawatan perubatan diluar negara. Sama-samalah kita lihat nanti siapakah yang bakal menjadi Putera Mahkota Arab Saudi yang baru bagi menggantikan Almarhum Putera Mahkota Sultan.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..semoga Raja Abdullah dpt mnjalankan tugas rasmi dengan Rahmat Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.