Saturday, October 1, 2011

Perancis Pulangkan Buku Diraja Korea

01.10.2011, Sabtu - Pada 11.06.2011 lepas kerajaan Perancis telah memulangkan UIGWE iaitu buku-buku catatan purba diraja Korea kepada kerajaan Korea Selatan selepas ianya dilarikan oleh pihak Perancis 145 tahun lepas. Satu upacara penuh adat istiadat telah dihadiri oleh seramai 500 orang dengan memakai pakaian tradisi istana yang penuh dengan warna-warni mengarak buku-buku berkenaan disepanjang Sejong Street menuju Istana Gyeongbok yang dibina oleh Dinasti Chosun. Pihak Perancis telah memulangkn 296 volum "Uigwe" yang mengandungi catatan rekod-rekod istiadat utama Istana dan majlis yang diadakan semasa era Dinasti Chosun yang memerintah Korea dari 1392 dan 1910. Turut serta dalam majlis ini adalah Presiden Kore Selatan Lee Myung-Bak dan mantan Menteri Kebudayaan Perancis Jack Lang. Selepas perbincangan diplomatik hampir satu tahun akhirnya buku-buku berkenaan dipulangkan ke tempat asalnya. Pihak Perancis melarikan buku-buku berkenaan pada 1886 apabila mereka menawan Pulau Ganghwa, Timur Seoul. Buku-buku berkenaan dirampas sebagai pembalasan terhadap Dinasti Chosun yang menghukum bunuh mubaligh Katolik Perancis.

Raja Korea terakhir adalah Emperor Sunjong yang naik tahta pada 20.07.1907 sewaktu berusia 33tahun dan diturunkan tahta pada 29.08.1910 dan hanya sempat memerintah selama 3 tahun 40 hari selepas sistem pemerintahan beraja korea dimansuhkan apabila Empire Korea dirampas oleh pihak Jepun melalui Perjanjian Perampasan Korea-Jepun (Japan-Korea Annexation Treaty). Beliau sebenarnya menggantikan ayahandanya Emperor Gojong yang dipaksa melepaskan tahta kepada baginda oleh pihak Jepun.

Gambar menunjukkan Emperor Gojong disebelah kiri sekali dan disebelah kanan pula adalah Emperor Sunjong yang ketika itu menjadi Putera Mahkota.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.