Friday, October 21, 2011

Pengiran Sufri ke Australia

21.10.2011, Jumaat - Petang semalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah bersama anakandanya Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul 'Aleem serta rombongan telah berangkat ke Bidding Cities (Gold Coast), Australia. Pengiran Sufri yang juga merupakan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke Australia atas jemputan daripada Biding City bagi negara-negara yang menganggotai Commonwealth bagi rantau Asia untuk program lawatan menyaksikan persiapan Commonwealth Games 2018 Bidding Cities. Program lawatan ini bermula 20 Oktober hingga 23 Oktober 2011. Turut mengucapkan selamat jalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas adalah Pemangku Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Datin Paduka Hajah Adina Othman serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.