Friday, October 21, 2011

Naik Kereta Sapu Ke KTM Rawang dan Koc Rakyat ke KL Sentral

21.10.2011, Jumaat - Pagi tadi masa tunggu bas nampak ada kereta sapu lalu dan Uncle Indian tu tanya hendak ke Pekan Rawang dan Syah kata yer. Kereta sapu nie kalau dari Pekan ke Rawang Residence mereka caj RM10.00 tetapi sesiapa yang naik dari taman nie ke pekan hanya dikenakan caj RM1.00 jer dan dah "undang-undang" dia cam tue. Hehhehe............ bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal Syah terus naik dan waktu tu hampir jam 06:30hrs dan bas belum sampai lagi. On the way tu nampak bas yang selalu Syah naik itew. Alamak.... pagi lagi dah sampai KTM dan ada komuter yang tertulis Koc Rakyat dan Syah tanya kaunter boleh masuk tak dan dia kata boleh dan terus Syah masuk. Coachnya sebiji macam ETS cuma bentuk kepala keretapinya jer lain tak cantik macam ETS tetapi yang lain semuanya sama. Masuk jer Syah tanya seorang Aci tu "train nie pergi ke Mana" - "Bangi" katanya.

Rupa-rupanya nie komuter enam gerabak dan menuju Bangi dan berhenti disetiap stesyen. Jam 06:40hrs dah jalan dan alangkah baiknya jika pada waktu peak hours KTM gunakan komuter enam gerabak sure bolehlah serba sedikit mengatasi masalah kesesakan melampau yang kami hadapi sejak azali lagi. Sampai office awal jam 07:40hrs dan alangkah bahagianya kalau macam nie hari-hari. Hari nie sebenarnya kalau diikutkan hati Syah nak cuti kerana letih sangat selepas menghadiri kursus dua hari di TM Training Center, walaupun letih tetapi it was a great experience dan kerana semangat Teaming With Passion TM tulah Syah gagahkan juga ketempat kerja. Sekarang nie kepala Syah sakit dibahagian tengah macam orang kena migrain pula dan badan agak lemah dan rasa macam nak demam dan sakit tekak.

Gambar kat dalam Entry kali nie sebagai panduan kepada anda supaya tak melakukkan perkara yang sama yang dilakukan sesetengah orang kita nie yang tak tak boleh diikut dan dicontohi. Ini adalah permainan kanak-kanak berhampiran pintu keluar Stesyen KTM KL Sentral yang perlu dimasukkan duit RM0.50 x 2 baru dia boleh bergerak. Memang cantik tetapi yang tak cantiknya ada diantara segelintir masyarakat kita menjadikan seat tempat duduk permainan tu sebagai tong sampah dengan meletakkan tiket-tiket KTM didalamnya walhal tak jauh dari tempat tu ada disediakan bakul sampah. Ada 5 tiket dalam seat tu dan itu baru awal pagi dan kalau sampai kepetang ?

So ambil ikthibar dari gambar nie supaya kita lebih menghargi kemudahan-kemudahan awam yang disediakan bukan sahaja di KL Sentral malah dimana-mana jua pun kerana kemudahan tu untuk diguna pakai bersama........ seperti tanda nama jalan, telefon awam, tandas awan dan seumpamanya. Jangan disebabkan sikap tak berdispilin kita tu menyusahkan orang lain yang lebih memerlukan kemudahan-kemudahan berkenaan............Bak kata Nabil Raja Lawak - Lu Fikirlah Sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.