05.10.2011, Rabu - Apalah nasib hari nie, tergelakpun ada dan naik geram pun ada. Heheheh............ Perjalanan dari Rawang Residence ke KTM Rawang berjalan lancar dan cantik lagi Komuter jam 07:00hrs on time. Selepas komuter bergerak meninggalkan 2nd station iaitu Kuang tiba-tiba ia berhenti agak lama. Biasalah ingatkan beri laluan pada ETS dan lain-lain train tetapi tiba-tiba ada staff KTM berbaju biru inform supaya kami transfer dari komuter nie ke komuter yang akan datang sebentar lagi kerana komuter nie rosak. Alamak.............. tak dapat nak dibayangkan kena keluar ditengah-tengah landasan. Hari nie dalam sejarah penumpang Komuter terpaksa transit komuter ditengah-tengah landasan keretapi dan akibatnya lambatlah semua yang terlibat dan terperangkap dalam situasi nie. Ada seorang pekerja KTM dalam Komuter tu , Syah dengar dia cakap dengan kami kena keluar train ker sambil mukanya berkerut. Staff KTMpun terperanjat dengan perkara nie inikan kami semua sebagai penumpang.
Tengok jerlah gambar kat atas tu lelaki berseluar biru tu turun dari komuter. Tingginya mak aiii............ Ini bukan bas atau teksi yer yang berhenti tepi jalan tetapi komuter yang berhenti ditengah-tengah landasan dan laluannya adalah dari batu kerikir. Bayangkan jika anda sakit lutut macam Syah, orang-orang tua & kurang upaya, perempuan mengandung dan penumpang yang on the way ke KLIA dengan bagasi yang besar? Nak tak nak kena redah gak lah kannnnnnnn.......... Ramai yang merungut mengapa pemandu komuter tak berhenti sahaja semasa di Stesyen Kuang sebab mesti dia tahu ada perkara yang tak betul sebelum train nie rosak, mesti ada tanda-tandanya. Apa-apapun macam Syah cakap sebelum nie, kita kat Malaysia sebagai pengguna public transport nie tak ada pilihan, ikut jer lah............ Nak naik kepintu nie tinggi tau? adalah 3 kaki lebih rasanya walaupun ada tangga kecil tetapi memerlukan kekuatan untuk berpaut baru dapat naik keatas. Shukur Alhamdulullah Syah diantara orang terawal yang dapat naik dan sempat ambil beberapa gambar ni jer. Very Exclusive kan...... exspecially untuk KTM supaya mereka tahu kesusahan kami. Tambang makin lama makin naik tetapi perkhidmatan yang diberikan seperti melepaskan batuk di tangga, Yang Ado.............. Ini belum lagi masalah coach yang tak ada aircond terutamanya pada waktu puncak sampai habis lencun lah penumpang dengan peluh dan Syah pernah mengalaminya beberapa kali. Tak ada pilihannnnnnnn naik jer lah Labuuuuu.
Gambar dibawah nie pula keadaan dalam komuter yang macam ikan sardin, tunggu masa nak dimasukkan dalam tin sahaja. Biasalah dua komuter punya penumpang dah jadi satu, KTMpun dah pandai buat 2+1 kannnnnnn. Satu jer trick jika nak selamat daripada dipijak kaki atau dihimpit dan ditolak oleh penumpang lain itupun hanya menjanjikan 50% selamat jer........... apa dia? apa lagi ....... berdiri dibahagian tengah coach. Insyallah kurang ganguan. Kalau berdiri didepan pintu alamat jawapnya jika tak sabar boleh bergaduh dan bermaki hamun. Macam tadi ada jer yang terjerit-jerit cakap "Jangan Masuk Lah", "Tak Boleh Masuk Lagi" dan macam-macam words yang kasar dengan nada suara yang tinggi. Kadangkala ada yang ketuk kepala orang pun ada dan Syah saksikannya sendiri sebab susah nak keluar komuter. Heheheheh..........
Inilah salah satu keadaan yang kami sebagai pengguna komuter selalu alami. Macam Syah cakap tadi caj makin lama makin naik tetapi tak ada inisiatif untuk memperbaiki perkhidmatan Komuter yang selalu rosak dan tidak mengikut jadual menyebabkan berlakunya kesesakan dan memberi masalah kepada pengguna. Sekarang nie ada Coach untuk wanita lagilah macam masalah jer tetapi nak cakap susah nanti bak kata orang "menungkah arus plak". Sepatutnya komuter tambah coach terutamanya pada waktu puncak iaitu waktu orang pergi/balik kerja atau musim perayaan tetapi jika ditanya pihak pengurusan mereka ada jer lah nanti jawapnya.. Kadangkala rasa macam berada didunia ketiga pula yang masih belum membangun.
Jika KTM tak menyelesaikan dengan segera isu-isu yang mereka anggap remeh seperti ini, Rasanya kan... Rasanya lah ........Satu hari nanti mesti ada yang duduk atas bumbung komuter/keratapi macam yang kita selalu tengok kat TV tu tetapi tak perlulah sebutkan negara mana kan?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.