11.10.2011, Rabu - Pagi nie bas cepat 5 minit lah plak dan masa Syah nak kunci pintu pagar bas dah lalu tetapi dia berhenti di hadapan sedikit daripada bas stop dan Syah berlari kejar bas tu dan dapat naik. Rupa-rupanya driver ganti, patutlah dan agaknya ada orang inform bas gerak 06:30hrs tu yang dia tunggu tu takut ada yang terlepas bas nanti. Pergi kerja macam biasa cuma terlepas komuter jam 07:05hrs dan terpaksa tunggu next train jam 07:15hrs. Hari nie Syah ada fisio.
Saja nak share dengan anda semua gambar yang Syah ambil pagi tadi. Namapun public transport dan kita kena berkongsi dengan orang lain dan tidak pentingkan diri sendiri. Contohnya gambar yang Syah ambil pagi tadi dalam komuter. Nasihat Syah janganlah anda duduk macam perempuan ni. Mereka nie bukannya pasangan. Bukan apa bila anda bersila pangung macam tu iannya akan menggangu orang sebelah dan kadangkal kita tak menyedarinya.
Ialah buatnya orang tu nak solat ker nanti macam mana kalau kasut tu terpijak najis? Biasanya kalau ditegur nanti "buat muka". Begitu juga ada sesetengah orang suka menghenjut kaki ketika duduk dan henjutan tu sebenarnya menggangu orang disebelh kita. Anda sebagai penumpang public transport Syah mohon supaya tak buat kelakuan-kelakuan macam nie. Kita kena fikirkan hal orang lain juga dan cuba bawa pada diri sendiri kalau orang buat kat kita macam tu kita mesti marahkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.